Tuesday, December 30, 2008

so he's getting married...

kebelakangan ni ramai betul yang mintak alamat dari aku.

mula dari isti, fir, adha (oh aku mintak maaf pasal tak reply. sudahkah anda berkahwin?) kemudian atha, kawan sekolah rendahku. tak termasuk yang mintak adress kat friendster.

maksud isti & fir mintak alamat aku masih tidak ku ketahui. persiapan untuk masa depan kut?

adha mau hantar kad kawin beliau. tapi tidak dapat ku balas sms atas satu hal. sudah kawinkah beliau?

keluarga atha dengan keluarga aku boleh dikira rapat. maklumlah kami dulu berjiran. akak kami pun berkawan. dulu aku pernah tersuka kejap dengan dia. maklumlah dia boleh dikira kacak jugakla waktu itu. tapi suka2 biasalah pasal kami pun tak pernah rapat. sekelas pun tak pernah. cuma tuisyen je sama-sama.

tapi aku ingat dia amik kad pengakap aku sampai sekarang tak pulang. yang aku sayang plak tuh. tak patut betul. lagi satu yang aku ingat ialah masa main tembak rusa aku pernah terbaling bola kat muka dia. menangis kau budak tuh. hehe. tapi dia tutup muka kaver malu. pastu lari balik rumah.

eh, lari balik rumah tu aku exaggerate je.

tahun bila ntah keluarga dia berpindah dari situ. lepas tuh aku lost contact dengan dia sampailah 2,3 tahun lepas kut. on-off gitu2 la. aku lagi selalu berhubung dengan another one of my ex-neighbour, akram. kawan2 setuisyen la kami bertiga ni. tambah lagi 2 orang. including my ex. wah saje nak include my ex dalam entry ni. tapi my ex tu memang my classmate + neighbour + tuition mate. i mean, EX. ex-neighbour, ex-classmate, ex-tuition mate. plus, ex-boyfriend.

aku beritahu semua ni tanpa ada perasaan. so jangan ingat lepas ni aku akan menangis sebelum tidur. dan, ape benda yang aku melalut pulak ni?

oh ye, di lubang sampah rumah beliaulah (atha) tempat aku melandingkan motosikal ayahku dengan begitu bergaya sekali. i bet he still remember that.

budak yang jadi kawan sepermainan aku dulu dah nak kawin. ish, cepatnya dia membesar. ceparnya kami membesar. padan la dia asyik2 tanya aku bila turn aku plak. rerupanya turn dia dah nak tiba. pandai berahsia.

well, congratulations to you. kau tunggu aku 15 tahun tu sekejap aje tau tak? pejam celik pejam celik kita dah 26. nak masuk 27 pun. tapi sebab kau usha awek lain dalam 15 tahun takdela namanya menunggu kan? haha. ok itu adalah lawak. pandai kau buat lawak =P

selamat mau berkahwin ya!

Sunday, December 28, 2008

lagi lagi tag

terima kasih en. or0 kerana mengetag saya.


1. Anda rasa anda hot?

tidak. suam-suam kuku sahaja. tapi cukup untuk mencairkan coklat cadbury sebarang perisa.


2. Upload gambar kegemaran anda.




3. Kenapa anda suka gambar ini?

kerana saya sedang gembira. environment yang membuat saya rindu kepada dia, dia dan dia.


4. Bila kali terakhir anda makan pizza?

isnin lepas. saya jalan jalan cari makan ke bandar muar bersama adik adik. semasa pulang bas pancit pulak. oh saya memang malang. mungkin berjangkit dari en or0.


5. Lagu terakhir yang anda dengar.

tapi bukan aku - kerispatih versi saya sendiri. mau dengar?


6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?

tengah fikir sama ada adik saya akan balik ke uni atau tidak pada hari ini.


7. Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang panggil anda?

mungkin tiada.


8. Tag lagi 5 orang.

boleh tag org yang sama? tak boleh? betul tak boleh?

kalau begitu saya tag along, dayot, mizzyn, seseorang(amirnazrin) dan capang.


9. Siapa orang nombor 1?

geng 12 jahanam masa sekolah dulu. sekelas lagi. serumah sukan. panggil along sebab dia macam akak. juga sebab dia sangat tinggi. dan matang.


10. Orang nombor 3 ada hubungan dengan sesiapa?

hubungan cinta dengan boifrennya yang tidaklah saya tahu dan kenal.


11. Kata sesuatu berkenaan dengan orang nombor 5.

seseorang yang fokus dan mementingkan akademik.


12. Bagaimana pulak dengan orang nombor 4?

seseorang yang sedang mencari titik permulaan baru. saya yakin dia boleh lakukannya. menurutnya dia hensem tapi entahla, saya tidak tahu.


13. Siapakah orang nombor 2?

orang sabah. muda setahun dari saya. sempat juga beberapa tahun sekelas dengan dia. serumah sukan. dorm sebelah-menyebelah.



sekian jawapan tag dari saya. ho ho ho dari sarizah clause....

Saturday, December 27, 2008

aku.memang.loser

remember ad*l from here?


jadi ad*l balik kampung sempena cuti krismas. agen perisik tak bertauliah (duh. nenek aku la tu) bagitau petang tadi. aku disuruh sms/call si ad*l kerana kononnya si ad*l ada sesuatu nak dicakapkan dengan aku. disuruh datang rumah katanya malu.


ah, alasan je tu. tekaan aku sebenarnya memang dia takde benda nak cakap pon. tapi mungkin sebab nenek aku (yg mintak tolong dia crkan aku keje btw) yang bertanya dia jadi segan. segan nak cakap yang dia tak dapat tolong aku. atau lebih tepat, tak boleh. tak boleh sebab tuan yang empunya diri pun tak bersungguh.


aku teka je nih. wild guess.


kesian dengan ad*l. percayalah ianya bukan sesuatu yang baik melibatkan diri dengan nenek aku. believe me. i know.


dan lebih tak baik lagi bila melibatkan diri dengan aku. believe me. I KNOW.


aku sms dia. terpaksa. nenek aku kata berdosa kalau aku tipu dia. isk, sms orang pun kene paksa ke? aku memang malang.


sms masih belum di-reply.


jap. ada call.


oh dia yang call.


hmm, happy je bunyi suara dia. belum ape2 dah gelak. wah wah berguna jugak sms lawak yg aku karang tadi. haha. loser gila sampai bagi sms pun kene buat joke untuk amik hati dia.


dia kata aku sampai hati tak balas sms dia from before. tapi sms tu aku tak dapat pun macam mana nak reply? padanlah dah berminggu2 takde khabar. rerupanya dia ingat aku yang menyenyapkan diri. oh satu misteri telah terurai...


apa punya lame aku ni sampai hal rumahtangga pun nak cerita kat orang. haha banyak la aku punya rumahtangga. sila lempang untuk bagi kesedaran.


kesimpulannya, nampak gayanya aku akan terus menyusahkan dia . tu la sape suruh baik sangat kan? haha... aku gelak tapi dalam hati harap aku boleh berhenti menyusahkan dia. tapi yang mintak tolong tu nenek aku. bukan aku. tapikan, ehemm, lelaki baik memang sangat menarik hati kan? kan?


p/s: kan bagus kalau per'kahwanan' kami ini bukan bermula di sebabkan perkara job hunting ni. tidaklah aku berasa serba salah sebab menyusahkan dia. tak lah aku rasa awkward/segan sangat dengan dia. adoii ai...


Wednesday, December 24, 2008

TVXQ Love In The Ice lyric + eng translation

taken from here


[Jaejoong]
Tsumetai sono te kimi no seijanai
Osanaki hibi hotta kizukakae

[Changmin]
Dareka wo aisuru koto osoreteru no
Kotoba no uragawa se wo mukete

[Yoochun]
Dakishimeta kokoro ga koori no you ni
Sotto tokedasu

[Jaejoong]
Daremo ga dare ka ni aisareru tameni
Kono you ni inochi wo kiramekaseru no sa

[Junsu]
Sore ga moshimo boku nara
Mou ichido kimi no kokoro wo
Towa no yasashisa de atatameruyo

[Yoochun]
Unmei no itazura

[Jaejoong]
Kokoro wo itametemo

[Yoochun + Jaejoong]
Sono namida no saki ni wa

[Yunho]
Hitosuji no hikari ga

[Changmin]
Yami no naka maiorite

[Yunho + Changmin]
Bokura wa kizukusa

[Jaejoong]
Kurushii hodo ni tsuyoku kanji ya eru
Hito no nukumori

[All]
Daremo ga motteru kanashimi ya kodoku
Iyashite moraeru basho sagashiteiru
Sou kimi ni wa sono basho ga koko ni arusa
Osorenaide mou mayowanaide
Boku ga mamoru

[Junsu]Setsunai hodo ([Jaejoong] My heart)

[Junsu]Utsukushii ai dakara ([Yunho] Don't be afraid)

[Junsu]Hakanai hodo ([Changmin] Let you know my mind)

[Junsu]Uruwa shii ([Yoochun] You know)

[Junsu]Kono toki wo ([Yoochun] Let you Know my love too)


[All]
Daremo ga dare ka ni aisareru tameni
Kono you ni inochi wo kiramekaseru no sa
Sore ga moshimo boku nara
Mou ichido kimi no kokoro wo
Towa no yasashisa de atatameruyo


TRANSLATION:

Those freezing hands aren't your fault
They carry scars from long before
Afraid to love someone,
You turn your back on the other side of the words...

Like ice, the embraced heart slowly starts to thaw

* For anyone to be loved by someone,
Makes life in this world shine
If it was me, I’d make your heart warm once more
With eternal tenderness

Even if fate’s games hurt the heart...
On the other side of the tears,
A single ray of light will swoop down into the darkness
We know that this is so

As strong as the suffering, we can feel people’s warmth

Everyone is searching for a place
That can take away the sorrow and loneliness
So… for you, that place is here
Don’t be afraid, don’t hesitate anymore, because I’ll protect you

To the point of being painful (my heart)
This love is beautiful (don’t be afraid)
Even if just momentarily (let you know my love)
This time is beautiful (you know… let you know my love)



beautiful song isn't it? it swept me with so much emotion...

Tuesday, December 23, 2008

i'm drooling so much i think i'm gonna faint


first time watching 'beautiful you' vidz i knew i stumbled on something good *pat myself on the back*. after watching their other vidz i'd slowly began to take interest on them. after watching their live concert i was convinced.

i am now proudly declaring myself as a fan.

from left to right: u-know, micky, hero, max, junsu

WHY I LOVE TVXQ


1. hero jaejoong is drop dead gorgeous *drooling*

2. hero jaejoong has a great body. so hot! *drooling like crazy*

3. hero jaejoong is so cool *sparkling eyes*


oh my pretty pretty boy i love you,
oh my pretty pretty boy i do....


in mirotic vidz i just can't keep my eyes of him. him and only him.


you must think i'm shallow, aite? wait, let me get to point 4.

4. hero jaejoong CAN sing. like, seriously. i'm not just saying it because he's drop dead gorgeous, has a great body and cool. haha. hey i'm laughing but i am being serious..

fact: he used to live in poverty before becoming a singer. i kept thinking that it's almost a sin to let anyone this pretty to suffer. don't you agree?


let's continue shall we...

5. xiah junsu closely resemble yoon kye sang, a korean actor that i love.

6. xiah junsu put a lot of emotions in his singing. like he meant every words he sang. it's so beautiful. and that's why he's so great.


i think i'm not exaggerating about this. check out his solo performances if you don't believe me...

fact: he was discovered at the age of 12. he made his debut at the age of 18. 6 years of training sure have help him a lot. his voice control, his high note is just amazing. oh, he's 21 now.

7. micky yoochun has a rockish voice (voice like a rocker). it's kinda different from the other member. sexy. i like it very very very much. VERY.


8. micky's hair always a problem to my eyes. but he's cute nevertheless.

9. max changmin is a heartthrob. can't say any better. sings very well although sometimes i can't feel emotion in his voice.

10. u-know yunho is my least fav of the members. doesn't mean that i don't like him, i just don't pay attention to him as much as the other. maybe because he didn't sing that much. he's a great dancer though. he used to be a backup dancer for an artist before joining tvxq. he's also the leader of tvxq.

11. if their concert opening is this good, who wouldn't be a fan?



12. if their concert ending is like this, who wouldn't be a fan?


from left to right (so you can also recognize them. haha): junsu, micky, hero, max, u-know. u-know hair is pretty cute don't you think?

their best performance ever. all of them sounded great. all of them sang their heart out. it was so beautiful it makes me wanna cry. i have always love 'love in the ice'. but i like it even better in this live version. i feel like hugging each and everyone of them and congratulate them on job well done.

ah, i wanna see them live!!!



TVXQ, they look great, they sing great. together they complete each other.


oh tvxq, you had me at hello...



still not convince? still think i'm shallow?


[TVXQ is also known as TVFXQ,DBSK, tohoshinki]

other fact
-in the beginning i watched their vidz repeatedly until i can recognized each one of them. i take being an otaku very seriously you know. huhu...

Wednesday, December 17, 2008

kisah 80% benar

ye, cuma 80% je yang benar. 20% lagi ialah kisah yang ditokok tambah penulis bagi mengisi fakta yang hilang. maaf, sebab penulis agak malas jadi dia tak nak bother pasal details. tumpukan pada main story saje cukuplah.


lelaki A ialah abang kepada perempuan A. mereka berdua ni orang kampung biasa biasa je. bukan orang kaya mahupun royalti. watak utama dalam cerita ini ialah lelaki A. perempuan A cuma watak sampingan yang mempunyai kaitan dengan penulis. Lelaki A juga mempunyai kaitan dengan penulis secara tidak langsung.


lelaki A ialah abang perempuan A.


ok,dapat ikut tak?


satu hari sewaktu usianya sedang meningkat dewasa, lelaki A telah merantau untuk mencari rezeki. ke mana penulis tidak berapa tahu. malas pulak nak bertanya pada orang yang tahu. kemudian lelaki A telah bertemu dengan perempuan B dan mereka pun jatuh cinta. ntah macam mana hubungan mereka tidak kesampaian lalu mereka terputus hubungan. lelaki A kemudiannya dikahwinkan dengan jodoh pilihan keluarga, perempuan C. perempuan C ialah gadis sekampung yang mempunyai hubungan saudara dengan lelaki A. setelah berkahwin mereka kemudiannya menetap keluar dari kampung.


lelaki A + perempuan B = putus cinta.
lelaki A + perempuan C = kawin.


still boleh follow?


selepas beberapa tahun, takdir telah menemukan lelaki A kembali dengan perempuan B. lelaki A sedar yang dia masih mempunyai cinta pada perempuan B. oleh itu dia berusaha untuk mendekati perempuan B walaupun dia telah berkahwin. perempuan B yang mulanya menolak lama kelamaan cair jugak. mereka akhirnya berkahwin tanpa pengetahuan isteri lelaki A, iaitu perempuan C.


lelaki A + perempuan C = kawin.
perempuan C + perempuan B = madu.


sejak berkahwin baru, lelaki A sudah jarang-jarang balik ke rumah isteri pertama. makan minum pakai selalunya diuruskan oleh perempuan B. perempuan C, walaupun telah diberi 'hint' berkali-kali oleh saudara terdekat (termasuk oleh perempuan A) tetap tidak mahu mengesyaki lelaki A. mungkin sebab sayang, mungkin sebab takut kehilangan, dia tetap memilih untuk percaya pada lelaki A. mungkin dia syak jugak kut tapi simpan dalam hati.


oh ya, saudara lelaki terdekat lelaki A ada juga yang tahu pasal perkahwinan kedua itu. tapi mereka senyapkan je pasal saudara dan sebab mereka berkawan baik.


satu hari setelah berpuluh tahun, lelaki A mengalami kemalangan teruk lalu dimasukkan ke hospital. perempuan C walaupun sebagai isteri yang sah tidak dapat menjenguk mahupun menjaga lelaki A di hospital bagi mengelakkan dari bertemu perempuan B dan saudara yang lain. akhirnya setelah masuk minggu ke-2, perempuan C bertekad untuk pergi setelah mendapat khabar dari saudara yang tahu bahawa tiada sesiapa yang menunggu lelaki A di hospital. tapi mungkin dah takdirnya begitu, hari itu perempuan B bertemu juga dengan perempuan C.


perang mulut pun bermula.


perempuan B dilemparkan bermacam kata-kata hinaan oleh perempuan C dan saudaranya. perempuan B berdiam diri tapi saudara perempuan B pula masuk campur untuk pertahankan perempuan B. kemudian akibat terlalu sakit hati atas penipuan selama berpuluh tahun perempuan C mengeluarkan pistol yang disimpan dalam beg tangannya lalu menembak perempuan B. tembakan tepat mengenai jantung perempuan B. perempuan B meninggal di tempat kejadian.


TRAGIS!
SADIS!



tett! aku mengarut je tuh. kau ingat ni macam drama tv ke sampai ada pistol segala? KAH KAH KAH. ini bukan cerita mafia la wei...


**amacam suprise tak?


cerita yang sebenarnya ialah akhirnya perempuan B telah dihalau dari situ lalu beliau pun pulang ke rumah. 2 hari selepas itu, lelaki A pun meninggal dunia. perempuan A langsung tak dapat melihat lelaki A buat kali terakhir. waktu kebumi pun perempuan B tidak boleh hadir.

aku bersimpati dengan nasib perempuan B dan C. ye, kedua-duanya memang patut dikasihani. lelaki A meninggalkan mereka secara tiba-tiba. perempuan C ditinggalkan dengan perasaan sakit hati dan benci, perempuan B pula ditinggalkan tanpa tempat bergantung. perempuan B langsung tidak kenal saudara sebelah lelaki A disebabkan perkahwinan sembunyi mereka. malah sepanjang hidupnya lelaki A tidak mengizinkan permpuan B untuk menjejakkan kaki di kampng tempat kelahiran lelaki A walau berkali diminta.


perempuan C berhak marah perempuan B sebab merampas lelaki A. tapi bila dilihat dari satu sudut, yang salah ialah lelaki A kerana tak berupaya melupakan cinta pertamanya. perempuan B pula setelah dikejar secara berterusan mungkin juga kalah akibat cinta. tapi pada aku kesalahan terbesar ialah pada lelaki A sebab dia tak berusaha nak menyatukan kedua-dua isterinya sebelum beliau pergi. akhirnya yang menanggung penderitaan ialah mereka berdua, dan anak2 mereka.


tapi dari sudut yang lain pulak, yang ini berdasarkan pemahaman aku sendiri, zaman tok nenek kita dulu jarang-jarang kita jumpa pasangan yang berkahwin atas dasar cinta. biasanya ialah atas pilihan keluarga. perkahwinan macam tu yang walaupun selalunya bertahan sampai ke hujung nyawa jarang pulak bertahan atas dasar cinta. maksud aku cinta lepas kawin. it just that, lepas beberapa lama they learn to coexist. nak cerai tu toksahla cakap. memang payah nak jumpa. zaman dulu tak macam zaman sekarang yang kawin sebulan dua dah nak cerai. zaman dulu kan perkataan cerai tu macam taboo sangat sangat.


apa yang aku nak cakap tadi?


maksud aku, bila lelaki A yang cintakan perempuan B (cinta yang agak rare pada zaman tu ) terpaksa kawin dengan perempuan C yang dia tak cinta memangla susah pada dia kan? tapi dia turutkan atas dasar persaudaraan. dan bila dia dapat berjumpa balik dengan perempuan A, mestilah dia rasa itu peluang yang dia tak boleh lepaskan kan? itukan peluang dia untuk mengejar kebahagiaan dia sendiri. walaupun perbuatan dia tu agak selfish tapi rasa macam boleh di justifikasi. kan?


WATAK:

perempuan A ialah nenek aku iaitu mak kepada ibu aku.

lelaki A ialah abang nenek aku merangkap atuk saudara aku.

aku tak pernah jumpa dia memandangkan dia jarang balik kampung. aku cuma sedar dia wujud lepas dia meninggal. itupun waktu perempuan B datang ke kampung (rumah aku sekarang) buat kali pertamanya. kesian, lepas lelaki A meninggal baru dia berkesempatan jumpa keluarga sebelah kami. perempuan B orangya sangat mesra dan peramah. aku dapat bayangkan kenapa lelaki A boleh jath cinta pada dia. perempuan C aku bayangkan sebagai gadis kampung tipikal, jenis yang bergantung dan ikut saja cakap suami. aku tak pernah jumpa perempuan C jadi aku boleh bayangkan je. mungkin juga aku silap. tapi aku agak mungkin itulah sebab lelaki A lebih memilih perempuan B berbanding perempuan C. kerana perbezaan personaliti mereka yang ketara.

cerita ini perempuan B sendiri yang cerita pada aku masa dia datang berbulan lepas. lama dah aku nak tulis entry ni tapi tertangguh dek kerana malas dan takde idea. gila peramah banyak benda dia cerita kat aku yang kejenya cuma mengangguk je. tapi itulah sebab aku tak berapa ingat dan aku malas nak tanya balik pada ibu mungkin jalan cerita dia ada yang aku exaggerate sikit. biasala aku kan drama queen. haha...





tambahan: aku harap aku dapat berkahwin atas dasar cinta. paling penting selain cinta ialah orang itu mestilah mestilah somebody that i can give my absolute trust. aku tak harap ditipu seperti perempuan C. betrayal...sakitnya mesti tak tertanggung kan? tapi ada kawan kata dia sanggup hidup bermadu. wah, aku hairan sungguh. kalau aku sanggupla bercerai dari terpaksa berbagi suami. perbuatan tu tak mulia tapi pada aku lebih baik dari sakit hati sepanjang hayat. btw, ada yang tengok drama indon 'isteri untuk suamiku'? pasal alya yang carikan laki dia, indra isteri kontrak pasal dia tak boleh mengandung. aku dah tengok dulu kat tv9. sekarang ulangan kat tv3. boleh tahan sedih jugak....

Monday, December 15, 2008

aku tak habis fikir ni

wajar tak kalau aku kata orang yang melayan misscall/sms dari stranger ni lame?
**maksud aku ialah lame bila melayan tu sampai tahap bercinta

kurang ajar tak kalau aku kata yang mereka ni takde life?

dan kalau mereka rela dipau (mintak topup misalnya) boleh tak aku katakan mereka bodoh?



ye, DIA memang lame, takde life and bodoh.


DIA ialah........
......
....
..
.
ah, lain kali je la aku bagitau.


haih makcik, sampai bila baru kau nak sedar?



p/s: sepengetahuan aku, si tukang miss call atau sms rambang ni biasanya kalau muka tak macam kene langgar lori, ialah kaki pau. sila betulkan kalau aku salah.
p/s/s: aku bukan bercerita pasal makcik aku.

Tuesday, December 9, 2008

aku yang terkorban

**ah malasnye nak updet. kenape kenape kenape?

aku mulakan updet dengan bercerita pasal raya haji ituhari. aku mau kata raya haji tahun ini disambut sama seperti tahun-tahun lepas. malangnya aku tak ingat macammana sambutan raya haji tahun lepas. untuk dua tahun lepas pulak (ke 3 tahun lepas?) aidiladha disambut di pusat pemulihan banjir dekat sekolah menengah kat Pagoh sana nun. tapi aku tidak menyambutnya kerana air sudah surut dan aku sudah pulang ke rumah. dan perut aku sakit nak mampus (akibat food posoining + senggugut) aritu sampai makan nasi pun tak lalu. punyela terliur tengok along aku bawak makanan sodap-sodap dari umah mak mertua dia....

ke situ pulak aku. mari membaca cerita aku pasal aidiladha tahun ini. pertamanya, hujan lebat. memang sangat tidak gembira menyambut hari raya sewaktu hujan kan? lebih sedap jika dapat peluk bantal busuk dan diselimuti selimut tebal kan? kan? yang membuatkan aku bangkit ialah suara riuh budak kecik. along & angah aku balik membawa sekali anak buah yang kurindu.

ecehh... bila masa aku suka budak? bila masa? tapi ketawa budak budak memang infectious kan? membuat kita senang. tapi itu cuma sebelum mereka membesar menjadi brats. (kan shaggy kan?). haha..

sebab angah & abang ipar aku jauh dari kedah sanggup balik, makanya wajiblah kami menyediakan makanan yang sedap-sedap buat santapan. so dari semalamnya sibuklah kami berbuat sibuk untuk menunjukkan kami rajin bekerja. kami ke? sebenarnya aku je. yang lain tidak berpura-pura seperti aku. sungguhpun begitu, akhirnya aku memutuskan untuk menunjukkan kehebatan memasak aku dengan memasak ayam sambal. tapi jadi tak sedap sebab aku marah dengan orang-orang yang mencopet ayam goreng sampai tinggal sedikit. hampir terbantut niat aku untuk memasak tau! memasak dengan hati panas memang membawa padah. gula kurang. garam kurang. sambal terlebih. esok pagi ibu telah mengadjustnya menjadi aik-apesal-lain-plak-aku-rasa?

menu lain ialah rendang itik (yang maaf kurang laku kerana kami bukan pemakan itik) dan kuah lodeh. rendang itik frozen masih disimpan untuk dimakan suatu hari nanti. maybe.

paling best di aidiladha ialah aku pergi menyaksikan penyembelihan lembu.

haih best ko kata cik? ko tak ingat ko pakcik2 tu pandang ko semacam? siap cakap abah pergi angkut anak dara lagi. padahal diorang tak tau aku kene tengok pasal abah letak korban atas nama aku. diorang tak tau hampir je aku termenangis tengok lembu2 tu semua. diorang tak tau aku kene gigit banyak2 semut api yang manjat kaki pasal hujan. sakit tau!!

nasib baik adik aku yang 2 ekor tu ikut sekali. eh, 2 orang la. ingat diorang tu binatang ke? adela jugak aku kawan. aku tak nangis pun tengok lembu tu kene sembelih sebab aku sibuk halau semut. lagipon aku mati-mati percaya kalau nangis aku tak boleh makan lembu tu nanti. sape kata hah? sape kata? ibu kata lainla kalau aku bernazar.... arghh., tipah tertipu mak!!!

balik rumah aku makan seperti biasa. mulanya aku ingat aku akan dihantui dengan bayangan lembu itu semua. tapi aku silap. adik aku yang seploh tahun tu je cakap dengan adik aku yang 15 tahun "akak, lepasni kita taknak lagi makan lembu,". KAH KAH KAH. apeke poyo adik aku tu. cuma haritu je dia tak makan.

sekian laporan saya untuk Aidiladha tahun 2008. kita bertemu lagi tahun depan untuk laporan yang sama.



p/s: akukan dah lame teringin jadi vegetarian. nak nak bila teringatkan haiwan comel (ayam itu comel. lembu juga) yang terpaksa mati supaya aku boleh makan dengan sedap. tapikan, taaaaapiiiiiiii, bila teringat KFC mahupun McD aku jadi lemah. oh hot & spicy chicken, oh double cheeseburger....

Wednesday, December 3, 2008

kenapa aku tulis ayat merah dipermulaan entry di bawah itu



aku sempat tengok bulan senyum itu tak sampai 1 minit. kecewa jugaklah sebab tak dapat betul-betul menghargai pemandangan itu. siapa sangka waktu 5 minit yang aku amik untuk masuk rumah untuk amik hs dan sms kawan untuk tengok sekali merugikan aku.



eh, rugi tak rugi sangatla kut. paling kurang aku dapat juga tengok kan. ada orang langsung tak dapat. termasuk la kawan yang aku ajak tadi.



but i tell you, it was a beautiful sight. yang aku ingat bintang itu rupanya bulan. Jupiter and Venus, Venus being the bright one (sebab lebih dekat dengan bumi). padanla terang semacam.



sapa yang tak dapat tengok boleh tunggu 5 tahun lagi. dalam paper kata it happens every 5 years. mari kita berdoa nyawa kita diperpanjangkan. AMIN....



dulu masa aku duduk kota tinggi malam-malam aku suka keluar rumah dan tengok bintang. mungkin sebab rumah aku atas bukit jadi aku rasa langit sangat dekat. bintang pun nampak lebih cantik. tambah lagi angin malam yang dingin. rasa macam nak baring je dekat court buruk kat laman rumah aku tu sambil layan perasaan. chewaahhh....



kalau edah ada sekali kitorang main cari2 buruj. selalu nampak big dipper. tapi betul ke tak tu wallahualam la. susah nak bezakan dari berjuta-juta bintang. lagipun boleh ke nampak kalau tak pakai teleskop eh? aku pun taktau...



p/s: aku rasa ramai bloggers yang tulis pasal bulan tersenyum (smiley moon) ni. sila cari kalau mau tau lebih lanjut.

Monday, December 1, 2008

sky of love


i think it's pretty reassuring to know that regardless of where we are, we still see the same sky, the same stars, the same sun, the same moon. that is, despite the distance, somehow we are connected to each other.



koizora; sky of love, i was pretty reluctant to watch the movie at first. that night i forced myself to do so because i was dead bored and i couldn't sleep. i ended crying at the end. lame. i know i know. but it was sad ok. kinda. i couldn't even sleep that night. tossing and turning around desperately like cacing kepanasan.


ok. whatever.


now it sucks because my heart feel uneasy everytime i think about it. by 'it' i mean the movie. koizora is definitely NOT the saddest movie i've seen but somehow, i don't know how, everytime i think about it, it makes me sad.


i'm gonna watch it one more round. and then i'm gonna cry again. ah i'm such a crybaby wtf.



p/s: truth to be told, if it wasn't for the cute guy (read: Miura Haruma), i wouldn't even consider watching this. hehe...

Wednesday, November 26, 2008

dia buat my heart goes shalalala...

siapa yang memandai-mandai suggest aku tengok hana kimi?


aku sudah jatuh chenta sama dia....



Nakatsu @ Toma Ikuta. kawaii!!!

OMG.OMG.OMG.OMG.OMG.OMG.OMG *jantung dup dap dup dap....*

p/s: aku paling suka part2 dia cakap dalam hati sambil buat gaya. super kawaii!!

Monday, November 24, 2008

some people just can't handle rejection


[tambahan: pernah dengar tak lelaki kalau bengang perempuan tolak dia akan kutuk perempuan tu macam2? contohnya, alah macam cun sangat. aku pon tak hingin la. berlambak lagi perempuan lagi cun.... lelaki yang bitter macam ni patut dikawenkan dengan lembu]



satu hari lelaki yang pernah suka aku (atau lebih tepat direject oleh aku tapi masih mahu menunggu) tetiba cakap (ym) pada aku....

"aku mintak maaf kalau kau masih menunggu/suka kat aku. hati aku dah takde untuk kau,"

or something like that...

eh? aku dah lama tolak dia bila masa aku masih suka kat dia? kalau aku suka aku tak tolak dia in the first place kan?

dia cakap begitu setelah dia mengantoikan aku menulis email pasal dia (atau pasal kenapa aku tidak memilih dia) pada 'kawan' yang aku suka. macammana boleh kantoi kau tanya? sebab dia hack email aku. lepastu boleh pulak ber'ym' dan menyamar jadi aku untuk tanya no phone aku pada kawan aku tu. lepastu boleh pulak sms aku dan menyamar jadi bestfren aku yang kebetulan terlost contact beberapa bulan sebelum tu. [aku sedar dia menyamar pon sebab dia tiba tanya aku pasal lelaki tu pada aku. my bestfren wouldn't ask me about him sebab dia tau aku tak suka ]

kau tak naik angin? kau tak rasa nak menyepak dia sampai tujuh petala langit?

kemudian dia kata itu semua kerja awek (baru) dia. ohmaigod, was she treating me like that because of her paranoia? because she's afraid i'm gonna steal her boyfriend? or was it actually him doing all that and 'blame' it on her when his cover blown? after all i couldn't be mad with someone that i didn't know right?

from time to time she would harassed me. bertahun jugakla even bila aku dah tak berhubung langsung dengan lelaki tu. sebenarnya aku paham jugakla kalau dia risau sangat dengan pakwe dia tu. mamat tu memang jenis overfriendly, especially dengan perempuan. tapi aku tak tahan bila aku yang takde kene mengena ni masih di kacau. gila perempuan ni. ada pulak yang sanggup ber'girlfren'kan orang macam ni...

tahun lepas sekali lagi aku terkena dengan minah ni. dia menyamar jadi lelaki tu kat ym. even after years dia masih nak buat macam tu ke? that's it, i have enough. lebih baik aku sever ties dengan lelaki tu 100%. aku ingat lepas dah bertahun stuff like this takkan jadi lagi. walaupun bukan salah lelaki tu, aku rasa dah cukuplah aku jadi mangsa penyamaran & mangsa tipu. terperangkap tengah-tengah penipuan membuatkan aku rasa macam nak gila.

sekarang paham tak kenapa aku tak suka orang menunggu? macam yang aku pernah tulis di sini. sometimes people jadi bitter bila tak dapat apa yang dia mahu. macam lelaki itu. he used to be so nice to me despite the fact yang aku tidak terima dia. he keeps on pinning his hope on me, waiting when i told him not to. bila akhirnya dia sedar that i've moved on, dia jadi bitter. saying hurtful things, doing unnecessary thing [like flaunting his new gf at me]. aku tak marah dia buat aku macam tu [sebab aku sedar diri jugaklah yang aku buat dia sakit hati], tapi aku marah bila dia buat seolah-olah aku yang tergila-gilakan dia. keep the fact straight man. have some dignity..

apepon, semua orang ada their time of weaknesses. macam mana baik pun dia, macam mana sabar pun, ada masa dia akan meletup. macam aku sekarang. aku sedang mengalami waktu2 kelemahan aku (err, macam tak betul je ayat ni). atas sebab itu aku mintak maaf pada beberapa orang sebab mengelak dari kamu. ini untuk mengelakkan aku bercakap di luar dari kebiasaan/kewarasan aku. harap kamu faham....nanti tiba masanya aku cari kamu ok?

pesanan akhir, kalau tak dapat apa yang kau mau jangan jadi bitter ok? something good might come out of it. sapa tau....



p/s: pada lelaki itu (& awek), kalau kebetulan kau terbaca aku mintak maaf ye. aku bukan nak buat kau sakit hati.
p/s/s: like i said, late wish doesn't count...

Friday, November 21, 2008

so you guys did forget my birthday.....

that's kinda sad.


whatever. let me wish myself.


happy birthday to me.



thanks hisyam, thanks edy_boy, thanks isti & thanks jeni (though you wished a week earlier).


thanks k.long, thanks edah (for that tasty RM26 cake. yummy), thanks mom (err, thanks but no thanks?) & thanks to my other siblings who celebrated my birthday. MMmuahhs!
-late wish doesn't count-

Wednesday, November 19, 2008

a resolution, an advice

a guy friend once said to me,

"do you know why i contacted you that time, eventhough i have a girlfriend?"

i left the question unanswered.

just like Sara Bareilles says, leave unsaid unspoken.

because i refused to be in the midst of break-up that got nothing to do with me.

nothing.to.do.with.me.

stop sweet-talking me. it won't impressed me. it repulsed me.


if you have decided to be with someone, give it your all. give it your best. give your everything.

it won't work if you keep thinking there is a safe exit somewhere, a hidden passage.

a second choice.

love is NOT a game.


and love is certainly NOT like a bus, if you ever heard of that story. that's bullshit. you wouldn't think that way if you ARE the bus...


think through and through before getting in a relationship. the bus may not wait for you, but the one who loves you will. so if you have decided to be with someone, give it your all. give it your best. give your everything. and don't let your heart waver.



call it my resolution, or my advice.

Wednesday, November 12, 2008

aku pernah!

korang pernah tak, menangis sambil buang air (besar) sambil pegang kepala paip?




*ye sembelit + sakit perut memang combinasi yang shilake *


satu hari, waktu petang di meja makan

sambil sengih-sengih macam kerang busuk aku bertanya pada adik aku.


aku: adik, macam mana naga (dragon) dapat anak? beranak ke bertelur.


adik: hmm....*berfikir*......bertelur!


aku: salah!


adik: beranak!


aku: SALAH!


adik: abistu?


aku: naga BERBUAH!




itupon tak tau? padahal kami berdua baru lepas makan sebiji buah naga. hahaha.

korang senyum-senyum ni jawapan korang jawab betul ke?




yang merah memang lebih sedap dari yang putih & kuning.

Tuesday, November 11, 2008

you and me always between the line



Between the Lines - Sara Bareilles



first time dengar lagu Love Song, l was hooked. i thought she has a great voice. lepas tu baru perasan lagu love song selalu juga main kat radio. haha. aku tak tau sebab aku lama tak dengar radio. Between The Line aku dengar kat tv. tak silap jadi lagu tema iklan untuk Ampang Medikal. aku suka sebab selain sedap, lirik dia ada depth. bukan sekadar lagu ballad (ye ke ballad?) yang simple.

sila google for the lyric sendiri ye... enjoy!

Saturday, November 8, 2008

untuk apek sayang....

gua telah ditag oleh apek kacak (sila muntah) oleh itu walaupun gua tak rela terpaksa juga gua jawab.

1. What are you wearing?
t-shirt tido, seluar tido. jenama pasar malam.

2. What did you do last night?
layan bleach. kol 12 tido.

3. Favorite Memory with significant other?
not something that i want remember.

4. Last gift received?
sudah lama tak menerima mahupon memberi hadiah.

5. Describe the last picture you were in?
atas katil tengah lepak dengan adik beradik sambil buat peace.

6. Last thing you ate?
nasi lauk telur asin kuah kari udang.

7. Last thing you drank?
teh tarik buatan tok yah.

8. What kind of underwear are you wearing?
takde kojo aku nk bgtau ko.

9. What was your best vacation?
everyday is a vacation.

10. What are you most looking forward to in the next vacation?
aku sangat ingin pergi ke laut, buat istana pasir, cari kulit siput.....

11. What is happening around you?
the usual.

12. What is your shoe size?
6 (or 7)

13. Last event you dressed up for?
ntah.

14. What is the most cheap thing you bought?
gula gula seposen

15. What is the most expensive thing you have on right now?
jam yang abah bagi tapi telah aku hancurkan engan membasuhnya dalam mesin basuh. tak sengaja ok!

16. What is your favorite smell?
as long as it smells nice

17. Is there something you really want to buy right now?
antara handphone (i'm still using my sister's hp) & digital camera .

18. What are your nicknames?
icik, achik, chomell (sila muntah) but the later one dah bertahun tak guna.

19. What are your plans for today?
the usual.

20. Describe your friendster picture.
black & white self snap picture taken with my sis hp.

21. Describe your myspace picture.
none.

22. Describe your facebook picture.
none.

23. What did you do last weekend?
the usual.

24. Favorite brand of clothes?
semua aku bantai. takde feveret2 ni...

25. What is your ringtone?
nokia ringtone.


apek, silap besar la kalu lu ingat gua tak berani nak jawab...

Friday, November 7, 2008

kisah budak 9 tahun yang (sedikit) gedik

darjah 3 aku pindah masuk sekolah baru, sekolah kebangsaan felda cahaya baru, masai. hari pertama sekolah aku lari balik rumah. itu gara-gara bapak aku yang tinggalkan aku di pintu gate sekolah tanpa meninggalkan pesan. akak aku sekolah tak sama sesi dengan aku. jadi aku sendirian. gile kau ingat first day dah tau ke mana nak pegi.



aku ingat lagi ade budak jerit "woii, ponteng sekolah!" waktu aku lalu depan rumah dia (yang akhirnya jadi rumah aku) yang bersebelahan dengan sekolah. hey don't blame me. aku cuma budak 9 tahun yang tatau nak menguruskan hal kemasukan sekolahnya sendiri. bukan saje saje ponteng tau!



btw, dengan tak tau jalan pulang aku main redah je. lantaklah janji sampai rumah. suprisingly aku tak sesat. mungkin aku harus bersyukur zaman tu kegiatan seperti menculik dan merogol masih belum popular. kalau tidak mungkin cuma ada pusara aku sebagai tanda aku pernah tinggal di dunia ini.



hari kedua baru aku betul betul mula bersekolah. kali ini ada sudah cikgu yang menunggu aku di pintu gate. [hehe. mesti keje bapak aku]. seperti biasa budak baru memang popular. nak nak budak comel macam aku ni (sila muntah). semua orang sibuk tanya aku itu ini. semua orang jakun dengan aku. macam la aku ni alien dari planet marikh.



selepas beberapa bulan ntah macam mana aku dapat kawan sparring. lelaki. 2 orang pulak tuh. adeke budak comel comel macam aku ni nak dijadikan kawan sparring. adakah aku kelihatan seperti Hillary swank dalam Million Dollar Baby? tapi tak logik la sebab Million Dollar Baby cuma keluar tahun 2004. tapi diorang memang silap besar. ingat aku kecik, aku perempuan korang boleh buli. aku lawan balik. ko tendang aku, aku tendang balik. walaupun kudrat aku takle sekuat mana, aku menang sbb aku banyak strategi. ye strategi itu penting. bila dia tendang aku, aku pegang kaki dia tak bagi tak boleh gerak. nak tumbuk tak boleh sebab tak sampai. akhirnya dia mengalah. contohnya begitulah strategi aku.



sorry baby, you just can't handle me...



tapi dek selalu sangat bergaduh, sampai tak sempat nak letak beg sebaik sampai sekolah, aku jadi kamceng dengan diorang. taklah kamceng sampai kongsi bekal waktu rehat. tapi oklah. dengan tak disangka-sangka juga aku terminat kat salah seorang budak ni. nama dia zulhelmi ke norhelmi. haha aku tak berapa ingat. dia ni kacak tak sangat la tapi manis tu ade kut? seingat aku le. selain tu dia aktif bersukan dan juga mempunyai suara yang sedap. wah aku memang suka dengan lelaki yang punya suara sedap. antara kelemahan aku tu. jadi diam diam aku minat kat dia. kalau ikut dari khabar angin yang aku dengar, dia juga suka sama aku. begitu juga member sparring aku lagi sorang. tapi budak budak kan, mane ade konsep kapel2 ni. jadi minat & suka dalam diam (yang tak berapa diam sangat) je la.





satu hari, kat rumah, hari cuti, aku mendapat satu idea. aku terfikir boleh tak menyalakan anak mancis menggunakan anak mancis yang lain. oh bukan idea sebenarnya. more to curiosity. aku cari mancis cuma jumpa sebatang. aku pergi cari kat garaj sebab aku teringat macam ade mancis kat situ. ok jumpa. aku pun cuba la. sekali cuba tak berjaya. dua kali tak berjaya. ah aku nak cuba sampai berjaya.



tetiba ada suara menegur "tak bolehlah,". kuss semangat. terperanjat aku. aku pusing belakang. DIA!. punyalah asyik sampai aku tak perasan dia belakang aku. aku malu terus lari masuk rumah. masuk bilik mak aku, pergi almari dia yang ada cermin besar, sikat rambut, bedak muka, konon nak cantik cantik la sebab nak mengadap dia. pastu aku keluar rumah balik dengan semangat berkobar kobar. hah! dia dah takde! dari jauh aku nampak kelibat dia dengan abang aku menuju je sekolah. diorang nak pergi practice handball.


arghhh melepas! eksperimen aku tak disambung sebab aku keciwa.


lepas aku pindah masa darjah 5 aku tak pernah keep in touch dengan kawan-kawan aku kat situ. aku pun tak tahu ape perkembangan dia sekarang. mungkin dah kawen anak dah 5. mungkinlah. tapi yang kekal dalam ingatan aku ialah sepanjang aku kat situ hormon gatal aku mula naik. pengaruh kawan barangkali. atau barangkali minat minat, suka suka itu adalah normal bagi budak 9 tahun ke atas. aku pernah cabar kawan aku, kalau dia dapat kawen dengan h**d*n (kawan sparring lagi sorang, merangkap jiran dia, yang agak cute), aku akan bagi dia RM100. gile murah betting bagi seratus je. gile sekolah rendah dah sibuk pasal kawen. aku taknak cari dia. takut dia menang bet nanti aku rugi.



[ada siapa boleh bagi aku tips macammana nak usha lelaki? i really REALLY need help. there's this guy that i like & i don't want to be just friend. adakah keterlaluan if i make the first move? tapi aku takut jugak kalau kene reject. ada cara tak untuk mengusha tanpa kelihatan too obvious? ]

Wednesday, November 5, 2008

from hot to cold

antara benda yang aku takutkan ialah aku takut akan kehilangan rasa.


sedih.marah.gembira.malu.sakit.


aku takut kalau aku kehilangan keupayaan untuk merasai semua perasaan tu. aku takut kalau aku jadi insan yang mati jiwanya. dalam hidup aku yang dihujani kebosanan ni aku memang takut kalau aku kehilangan semua tu.


tapi aku bengang jugak kalau bila aku tak nak rasa, perasaan tu tetiba datang pulak. macam aku taknak marah tapi aku termarah pulak. macam aku dah kata nak let go tapi aku still marah lagi atas perkara tu. macam i have to be nice to people that i really love to hate (but couldn't). it sucks!


aku sangat confuse. adakah lebih baik kalau aku kehilangan rasa?


aku benci bila hati aku rasa macam dilanda badai tapi i have to play it cool. kenapa aku je yang kena paham orang tapi orang tak paham aku? sedikit je. paham aku sedikit je dah cukup. susah sangat ke?


sekarang aku pening. lately aku rasa aku banyak buat/cakap something that contradict myself. bukan lah aku menipu diri sendiri. cuma hati aku ni macam bermusim. sometimes it's summer, sometimes it's winter. other time it's spring. even autumn at times. do you get the idea? senang kata apa yang aku rasa biasanya berubah mengikut musim tersebut.


aku kira ini disebabkan kurangnya interaksi aku dengan manusia di luar dari keluarga sendiri. no wait, maybe that's a good thing. kalau lebih banyak ansir luar yang menggangu aku waktu sebegini aku mungkin jadi gunung berapi yang tunggu masa untuk meletup. kau tengok aku baik begini. kau tak tau bila aku snap aku boleh jadi bitchy. kenapa? tak percaya?


whatever. i don't plan to show you that side of me anyway.


aku sudah lebih tenang. aku sudah tahu apa aku harus buat selepas ini. i have found my resolve. sekarang masa untuk melaksanakannya. harapnya aku dah tak teragak-agak lagi.

Friday, October 31, 2008

aku VS best friend

ter'inspire' dengan entry miss qider, aku pun ade cerita pasal bestfriend. biar aku cerita kisah sedih aku beberapa tahun dulu.

KISAH SATU

hujung tahun 1994, aku masuk ke sekolah berasrama. walaupun dah terbiasa berpindah randah bertukar sekolah sepanjang sekolah rendah, inilah kali pertama aku benar-benar berjauhan dengan keluarga. inilah kali pertama aku tercampak ke tempat asing dan melihat muka muka yang tak familiar. sekurangnya-kurangnya dulu bila masuk sekolah baru aku sentiasa bertemankan kakak aku yang umurnya cuma beza setahun dari aku. tapi di sini, di sekolah baru, segalanya bagai baru bermula. hidup baru aku bermula di sini.

dalam dorm aku, termasuk aku, ada 5 orang budak form 1. tapi dah ditakdirkan tak seorang pun yang sekelas dengan aku. dua orang masuk kelas Alpha, 2 orang masuk Beta, aku pulak masuk Omega.

di kelas, 3 tahun seterusnya aku duduk dengan orang yang sama. F namanya. aku sangat mengagumi F. selain baik dia juga pandai, rajin dan alim. walaupun luar kelas aku baik dengan orang lain, aku anggap F macam besfren aku. aku ingat dia pun anggap yang sama.

ada sekali dia kena hantar pergi ke hospital sebab jatuh. bila aku dapat tau (dorm dia tingkat 2. aku ground floor. berita lambat sampai), aku menangis sungguh sungguh. aku sangat takut kalau terjadi apa apa pada dia. korang rasa benda tu biasa kan? biasa la kalau risaukan kawan kan? tapi aku rasa lain. aku tak pernah risaukan orang lain macam aku risaukan dia. apetah lagi untuk menangis.

satu hari.....

masa tu dalam exam english essay ada tajuk my bestfriend (kalau aku tak silap). soalan tu soalan pilihan kalau kau taknak jawab ko jawab je lah soalan lain. abis exam kitorang (aku, F & N) borak borak la pasal tajuk essay pilihan kitorang.

sekali je F cakap "saya tak jawab soalan tu. my bestfren, saya mana ada bestfren,"

aku terdiam. ayat tu umpama anak panah robin hood yang kena bulls-eye buat kali ke tujuhbelas. bull-eyes itu ialah hati aku. impaknya sangat kuat sampai aku masih boleh ingat lagi kata-kata dia sampai sekarang. ah rupanya selama ni aku je yang perasan aku bestfren dia. sungguh aku tak sangka...

walaupun beberapa tahun lepas tu dia sudah menganggap aku sebagai besfren, the damage had already been done. hati aku ni dah rosak. betul kami bestfren sampai habis sekolah walau selepas dia kena pindah kelas pandai dan aku dapat partner-in-crime baru. tapi dalam friendship tu macam ada lompong yang tak boleh diisi. feeling tu dah tak pure macam yang mula mula aku rasa dulu.

aku tetap sayang pada dia though. sebahagian daripada sisi baik aku yang ada sekarang mungkin takkan terwujud tanpa dia.

KISAH DUA

N ialah salah seorang dormmate aku. kami tidak pernah sekelas dan kami juga punya circle of friends yang berbeza. aku rasa aku agak susah nak fit in dengan dia sebab kami sangat berbeza. lagipun aku dapat rasa/tau awalnya dia memang tak berapa suka dengan aku. aku tak salahkan dia pun. suka hati dia la nak suka atau tak suka kat aku kan? hati dia. perasaan dia. takkan aku nak buat baik kat dia supaya dia suka kat aku kan?

ntah macammana ada satu ketika kami boleh jadi baik pulak. mungkin disebabkan kami berkongsi katil double decker tu. dia atas, aku bawah. boleh kata setiap malam kami akan berborak borak sambil lepak di katil aku sebelum tidur. kadang-kadang stay-up sama sama kat surau. tapi jarang sebab aku lagi suka tidur dari stay-up. aku bukan kaki belajar macam dia.

satu petang ni, tetiba dia hilang dengan sorang lagi dormmate aku, I. sampai malam tak balik-balik. kawan-kawan lain suspek dia pegi outing haram, atau lebih dikenali sebagai 'up' disekolah kami. aku diam je la. mungkin ye la kut tapi heran jugak aku, awat tak bilang sama aku? nak ikut memang tak la kan. aku memang jenis tak berapa rajin nak buat perkara yang bakal menyusahkan diri.

malam tu kebetulan ada event apentah kat sekolah. ada bukak gerai ala-ala pasar malam kat basketball court. tetiba je dia muncul dengan I. jadi kami yang lain ni sibuk la tanya mana dia pergi & stuff. some time later aku tanya dia, kenapa tak bagitau aku?

dia jawab "buat ape bagitau kau. buang karen je,".

BUANG KAREN JE KO KATA???!!!!

aku terdiam. ayat tu umpama anak panah robin hood yang kena bulls-eye buat kali ke lapanbelas. bull-eyes itu ialah hati aku. impaknya sangat kuat sampai aku masih boleh ingat lagi kata-kata dia sampai sekarang. ah rupanya selama ni aku je yang perasan aku kawan baik dia. sungguh aku tak sangka...

selepas peristiwa tu, sikit demi sedikit aku menjauhkan diri daripada dia. sampai la kembali ke asal macam sebelum aku baik dengan dia. aku tau dia pelik. aku tau dia hairan. dia ingat i simply get bored with her. yang dia tak tau, yang aku tak boleh nak bagitau dia, sebenarnya aku sangat terasa dengan peristiwa itu. aku sakit hati dengan peristiwa tu. ye memang aku bosan. aku bosan bila orang tak appreciate aku. lagi bosan bila orang treat aku ni macam doormat. doormat has feeling too, you know?

lebih tepat lagi aku tak tau macam mana nak mengadap dia lagi lepas apa yang dia cakap tu. bolehlah dikatakan aku sangat kecewa. mungkin kalau dia mintak maaf afterward aku takla terasa sangat. tapi dia boleh cakap ayat tu tanpa rasa bersalah maknanya dia maksudkan la ape yang dia kata tu kan? yang aku ni buang karen je?

hummp, sama je la kalau dia kata aku ni takde makna pada dia.

dia buat aku sedar diri yang aku sebenarnya tak layak menjadi kawan baik dia. itu bukan tempat aku.

KISAH TIGA

perempuan ni kata dia anggap aku sebagai bestfren dia (dia kata, aku tak. aku pun tak pernah kata dia besfren aku) dek kerana kekerapan aku menjadi pendengar setia dia, jenis yang palat sikit, jenis yang sedikit tidak mengenang budi dan tak tau muhasabah diri. selalu dia nak salahkan aku atas perkara yang dia pun pernah buat kat aku. aku tak bising pun, yang dia bising kenapa?

aku benci perangai dia yang palat tu. rasa nak hentak je dengan helmet. tapi kadang-kadang dia ni baik jugak. haihh....

-----------------

dua kisah petama aku tak pernah cerita pada mana-mana orang.

tak perlula aku memanjangkan lagi cerita ni. pendek kata, tiga kisah ini telah cukup buat aku sangat susah untuk mengaku mana mana perempuan sebagai bestfren aku. kawan baik mungkin banyak. kawan TERbaik lain cerita.

dengan lelaki lain sebab aku rasa bonding antara perempuan dengan lelaki tak sekuat bonding antara perempuan dengan perempuan. lagipun kawan TERbaik aku yang lelaki semuanya best. best la sebab aku tak ngadap muka diorang hari hari, tak makan sepinggan, tak tidur sebantal. kalau tak macam haram jugak la kut..haha.

tapi jujur aku kata, isti memang bestfriend material. bukan nak promote atau puji dia lebih-lebih, tapi itu fakta. memang dia ada sedikit masaalah mental (contoh: moody secara tiba-tiba, especially bila tidurnya diganggu. haha), tapi dia sangat baik ok. dia juga cool.

dah, jangan nak rebut dia pulak lepas ni. hehe.


kesimpulannya di sini, aku sebenarnya jenis yang agak cepat terasa juga. common trait bagi perempuan la kan? kalau aku tak boleh luahkan apa yang aku rasa aku jadi terseksa. bila aku terseksa aku akan mengelak dari orang yang buat aku terasa tadi. kadang-kadang aku akan ok dengan sendirinya. aku boleh buat macam biasa. kadang-kadang, macam kisah dua tu, aku akan terus mengelak dan mengelak. aku akan mengelak bila aku rasa tak boleh nak berhadapan dengan orang itu. perempuan di kisah tiga itu, walaupun aku tak mengelak dari dia, aku berhenti dari menjadi her shoulder to cry on. aku serious malas nak layan orang yang suka tikam belakang ni. buang masa tau...


*err, aku mintak maaf kalau aku ada buat salah kat korang. harapnya aku bukan kawan yang teruk pada korang*

Wednesday, October 29, 2008

all thanks to Thunder 5

let me tell you this, i'm not so much of a moviegoer. heck, i'm not even a movie watcher. i don't get all hype & hyper everytime a new movie is coming out. in fact, i rarely care at all.


rarely? means i usually don't care, but sometimes, unwillingly, i ter'care'. usually when there's partner in crime. usually when isti's around. hehe.


truth is, i'm cheap. err, i'm a cheapskate. i don't go to movies because i don't like to pay for something that i might not like. but i don't mind going to the movie if you'll pay. if i really want to watch movies, i'll go & buy a RM10 pirated DVD. a pirated DVD got 3 (sometimes 4) movies rite? so cheap maa...doesn't matter la if the movie not good. so long as it's cheap.


thanks to Thunder 5 or Xunlei 5 [sila google kalau anda tak tau], i've watched quite a number of movies lately. compared to utorrent, thunder 5 offers superfast downloading. it used to take me about 3 months to download a movie using utorrent (which pretty much shatter my will to download), it'll only takes me about 1 to 2 days using thunder 5 ( around 6-8 hours if you don't switch off your pc). of course, it depends on the seeder la kan. lagi banyak lagi cepat. lagi satu, selain torrent file, you can also use it for direct downloading.


they say thunder is fast because it can bypass streamyx capping. well, thank god for that!


thunder 5 sofware is originally from china (xunlei means thunder), so it is in chinese. if you are like me, you know you can't read chinese. but don't worry, an english language is made available by hehehunter. the translation only cover the basic operation though. but hey, it is good enough for me.


this is pretty much what Thunder 5 looks like.




can you see what i currently downloading? [pic sudah ku edit. "we're not gonna show the rest of the world we're pirated people. we've got dignity to keep"~ copy paste ayat dari satu forum. haha]


so far i've watched/downloaded

1) you don't mess with the zohan

2) deception

3) ironman

4) transformers

5) speedracer

6) indiana jones and the kingdom of crystall skull

7) wanted

8) susuk (di download oleh adik aku)

9) 2 bleach movies & countless bleach & naruto anime.

mungkin ada lagi tapi aku tak ingat. for the record, i've been using Thunder 5 for like 6-7 weeks.


DVDrip je yang aku donwload. alang-alang free biarla berkualiti kan?


ironman & speedracer were good, transformers was amazing. i never thought i have a stomach for CGI (because CGI has failed me before), but in transformers the CGIs seem so real, so alive. and who can forget optimus prime's voice? i'm happy they used the original voice from the cartoon. very nostalgic. yes, i used to watch the cartoon. i like transformers. i always have.


waitseminit, i'm not here to talk about transformers, am i?


i'm going to download more movies. anybody want to recommend me any good movie?



i have to promote this, please, sesape yang tak tengok lagi Ouran High School Host Club (anime, 26 episodes) silalah tengok. sangat best ok! aku tak habis download lagi but i will soon. i can't wait!




again, i broke my janji melayu. bad achik, very bad.....

Saturday, October 25, 2008

mari kita nyanyi lagu besday ramai ramai untuk isti

hari ini 25th oktober 2008, genaplah 26 tahun umur cik isti izyanni kita. aku harap & berdoa yang baik baik je untuk kau. semoga lepas ini kita masih lagi akan mempunyai kenangan manis/pahit/masin/masam untuk dikongsi bersama.


HAPPY 26TH BIRTHDAY ISTI!

oh isti, aku wish ko sedikit lambat [tak tepat 12 a.m] harap dimaafkan ye.


p/s: isti, kenapa blog ko sekarang untuk invited readers je? abis aku macam mane?

Friday, October 24, 2008

there goes my janji melayu

UVERworld, you rock my world!


D-tecnolife


Chance!


Colors of the heart


inilah hasil penemuan aku setelah menonton bleach berpuluh episode. D-technolife tetap bleach opening song yang paling aku suka.

Thursday, October 23, 2008

23rd october

pada tarikh ni, 4 tahun lalu, aku break-up dengan Z.


ia bukannya sesuatu yang aku nak ingat. malah aku tak pernah tulis pasal peristiwa ni dalam diary. tapi tarikh ni macam dah terpahat dalam ingatan aku. mungkin sebab bersempena aku (ke dia?) abis final exam masa tuh. ye, konon break-up lepas final exam will not jeopardize our preparation untuk exam. yang sebenarnya dah lama study aku terganggu. sebab aku dah lama terasa akan hilang dia. you know the feeling when you feel you're desperately trying to hang on to somehing? macam tu la. cuma tunggu masa untuk dengar sendiri je dari mulut Z.


kat blog friendster dulu aku banyak tulis pasal kekecewaan aku pasal Z. bila aku buat blog baru, bila orang still link-kan ke blog lama aku, aku deleted semua posts berkenaan Z. dulu aku tulis pasal Z sebab aku terseksa takde orang untuk meluahkan perasaan. masa tulis pun kalau tak sambil menangis, mesti hati sebak semacam. aku taknak orang tengok that side of me. aku malu sebab aku lembik. aku malu sebab aku macam orang bodoh yang not-so-secretly masih berharap pada dia lagi.ye aku memang bodoh.


sekarang aku dah kuat. dah pandai sikit. sekarang aku dah tak terhegeh-hegeh lagi pada dia. air mata aku dah kering untuk dia. hati aku yang aku rasa berkecai lumat masa tu pun dah makin sembuh. tapi 100% melupakan dia tu belum lagi. sebab mungkin ke kita boleh lupakan orang yang pernah sangat dekat dalam hati kita?


kalau ada sikit consolation prize dari apa yang berlaku ialah aku telah mendapat keazaman baru. waktu tu aku nak buktikan pada dia that i'm better than him. walaupun aku ragu-ragu yang sekarang ni aku lebih baik dari dia, sekurang-kurangnya aku boleh kata aku lebih baik dari aku yang dia kenal dulu. walau pahit ada hikmahnya kot.


tapi side effect-nya ialah aku jadi seseorang yang keras hati. sepanjang masa 3 tahun hati aku tidak terbuka untuk lelaki (mahupun perempuan. hehe). disamping aku memerlukan masa untuk melapangkan fikiran, takde sorang pun yang aku rasa credible enough. bukan sebab Z lebih baik. bukan cerewet. tapi perasaan itu tak ada. perasaan berbunga-bunga, rasa seperti mau terbang, rasa yang membuatkan kau sentiasa ingin senyum and buat kau in a good mood. tapi tahun ni twice perasaan tu datang. satu masa awal tahun. satu masa raya aritu.


it was only for a brief moment but it was good.


bagus. good. great. excellent.


itu tandanya aku memang semakin sembuh.


itu tandanya aku sudah boleh menerima kehadiran orang lain dalam hidup aku.


sudah boleh melangkah without anyone holding me back.


sayonara Z!




my birthday is coming. saja aku nak ingatkan korang. manelah tau ada yang nak hantar kad ke, hadiah ke. jangan malu-malu mintak alamat pada aku eh.ekeke...


[lepas ni aku takkan publish ape2 entry selagi aku tak abis menulis review untuk prodai. ini janji melayu aku]


*23rd october 2008: tarikh ni memang la suwey. tragedi oktober betullah.....*

Wednesday, October 22, 2008

i've been tagged

1. The who tag/pass you is?
= Daia (or dayot =P) & Mizzy N

2. Your relationship with him/her is?
= both my ex-schoolmate.

3. Your 5 impressions of him/her?=

dayot
1. senang dibuli =P
2. kuat berangan
3. jiwang
4. suka bunga
5. pendiam

Mizzy N
1. berani
2. creative
3. strong-willed
4. kurus
5. senang berkawan


4. The most memorable thing she/he had done for you?
dayot: we're classmate for a few years. that's memorable kan?
gedh: jadi kawan balik kampung. memang aku ingat sangat waktu2 itu...hehe.

5. The most memorable thing she/he had said to you?
cannot remember woo...

6. If she/he become your lover you will?
kill myself. haha...

7. If she/he become your lover, thing she/he has to improve on will be?
nothing. i'll already be dead.

8. If she/he become your enemy, you will?
kill them.

9. If she/he become your enemy, the reason will be?
perang dunia ke-6.

10. The most desired thing you want to do for her/him now is?
invite them makan-makan kat rumah. i'll cook...

11. Your overall impression of her/him is?
inilah kawan lama yang pernah menceriakan hidup aku satu masa lalu.

12. How you think people around you will feel about you?
i.seriously.don't.know.

13. The characters you love of yourself are?
rarely in bad mood. an optimist.

14. On the contrary, the characters you hate of yourself are?
bila dah bad mood, mulalah nak marah2 tak tentu pasal...

15. The most ideal person you want to be is?
i want to have all the good qualities that a person can have. that my idea of an ideal person.

16. For people that care and like you, say something to them:
please give me money...

17. Pass this quiz to 10 persons that you wished to know how they feel about you.

1. miss Qider a.k.a fir
2. or0 a.k.a jamal
3. shaggy
4. isti
5. alongfaryn
6. wawa
7. matyuz
8. maram12th
9 & 10. dayot & gedh (i'm running out of names here)


18. Who is No.6 having relationship with?
she's happily married with....err....alamak nama aku tak tau!

19. Is No.9 a male or female?
female

20. If No.7 and 10 are together, will it be a good thing?
i doubt that.

21. What is No.2 studying about?
life?

22. When was the last time you had a chat with No.3?
lama dah. a year ago?

23. What kind of music band does No.8 like?
nasyid kot? haha...

24. Does No.1 have any siblings?
ada. tapi details i don't know.

25. will you woo No.3?
will think about that =P

26. How about No.7?
no. he won't woo me either.

27. Is No.4 single?
agaknyelah. setau aku. isti ko single lagi ke??

28. What is the surname of No.5?
surname?? nama ayah aku tau. Hj. Ali.

29. What’s the hobby of No.10?
ntah. men bowling. takpun nek beskal. oh gedh, what is our hobby?

30. Does No.5 and 9 get along well?
ye kot. kawan masa kat mozac dulu...

31. Where is No.2 studying at?
wherever he is.

32. Talk something casually about No.1?
she's a very passionate person.

33. Have you tried developing feelings for No.6?
err no?

34. Where does No.9 live at?
again i don't know. somewhere in sabah. mana yot?

35. What colour does No.4 like?
argh aku tak tau. pink kut...

36. Are No.5 and 1 best friends?
nope.

37. Is No.7 the sexiest person in the world?
matyuz seksi? kalau dia pakai bikini ye kut. ekeke....

38. What is No.6 doing now?
missing her hubby kot. maklumla duduk jauh...

Friday, October 17, 2008

people change people. love change people.

semalam aku berbalas sms dengan kawan lama. lost contact boleh dikira agak lama jadi banyak benda nak di ketchup (catch up). tapi banyak mana sangat yg boleh disembang guna sms kan? so cakap benda-benda penting je lah.

so terborak la pasal awek dia nih. dia ni orangnya yang aku kenal ialah orang yang very secretive. jadi walaupun aku regard dia as best friend, aku sebenarnya tak berapa tau apa perasaan dia. mungkin sebab dia lelaki jadi segan nak share feeling dia dengan aku. atau mungkin juga dia sebenarnya tak anggap aku sebagai best friend? ha sape tau kan?

in the past, dia tak pernah la nak berjiwangs dengan aku. walaupun dia ada bagi hint sikit yang dia mungkin ada minat kat seseorang (bukan seseorang ye), tak pernahnye dia nak cerita pasal orang tu pada aku. geram tau! dah la aku ni curious orangnya.... dia ada jugak berkirim salam dengan kawan aku. tapi aku tau bukannya dia serius pon. haihh kawan punya pasal aku layankan je la walaupun aku tak suka. kalau kawan aku perasan macam mane? tak suka la!

sebenarnya taklah borak pasal awek dia pon. borak pasal perasaan dia pada awek dia tu je. dan macammana dia berubah lepas dia bersama (bukan bersenggama eh) dengan awek tersebut.

aku memang kenal dengan awek beliau. tapi kenal dari jauh je. dan aku pernah cakap dengan beliau kalau aku lelaki aku mesti nak ngurat perempuan itu. sebab awek itu baik orangnya. pendek kata serba serbi cukup untuk dijadikan bini. tapi tula aku ni kan perempuan. tak bernafsu dengan kaum sejenis aku. haha.

jadi kawan aku ni pendek kata telah berubah. dia kata dulu dia seorang yang kasar percakapannya, [it's true] sekarang oleh kerana aweknya seorang yang halus jiwanya, maka dia telah berubah jadi lebih tenang & sabar. itu kata dia la. aku dah lama tak jumpa dia mana aku tau kan? ntah ntah dengan awek je jadi mellow. dengan aku agaknya masih sarcastic seperti dulu. haha.

aku rasa kuasa cinta memang besar. sebab itu manusia memerlukan cinta dalam hidup. cinta pada tuhan, pada kekasih, asalkan cinta kita pasti mahu berubah menjadi orang yang lebih baik. sepatutnya memang begitulah...kalau terbalik aku tak tau lah...

so, kepada kawanku itu, aku gembira untuk kau. memang sangat gembira sebab aku rasa kamu berdua memang sangat sesuai bersama. orang yang baik untuk orang yang baik....memang betol pon ayat tu. aku doakan kebahagiaan korang =D


btw, ape bro bro? i'm not ur bro tau. i'm a girl....




[aku cakap aku tak percaya cinta pandang pertama kan? lepas aku baca ini aku rasa macam dah goyah pulak kepercayaan aku]

Thursday, October 16, 2008

sebelum dan selepas

dulu dia begini


sekarang dia begini



dia dah takde mood dah nak buat peace. biar akak gila dia ni yang buat peace untuk dia. haha...

eh walaupon aku begitu aku sebenarnya kakak yang baik tau =P




p/s: mesti dia ngamuk kalau tau aku upload gambar buruk dia kat sini. rahsia eh kawan kawan?

Tuesday, October 14, 2008

why now?

kepala aku pusing. hati aku tak tenteram.

tau kenapa?

adik aku jatuh moto. semua gara-gara budak yang takde hotak bawak basikal macam jalan tu bapak dia yang punya.

damn!

she's having her PMR right now. kalau aku pon rasa upset apetah lagi dengan dia.

ada orang tolong bawakkan dia pegi klinik/hospital. ibu abah ikut sekali. aku taktau how bad is her injury, all i saw was some blood. dapat tengok sekilas je tadi. itupon aku dah pening sebab aku fobia dengan darah.

ah aku rasa nak nangis. baru aku tau sebenarnya aku care jugak kat dia.


-----------------------------------

UPDATE

terima kasih atas keprihatinan anda semua.


adik aku ok. setakat ni selain kehilangan 2 batang gigi dan calar balar di muka, tiada kecederaan serius. aku masih belum melawat dia lagi. mungkin petang ni kut. mungkin dia akan terus stay hospital sampai habis PMR. oh ye, dia akan abiskan exam PMR kat hospital. pihak hospital akan inform kementerian pelajaran bila ada kes-kes seperti ini. nasib baik.

budak tu pulak mengikut kata mak dia benjol di kepala, luka di siku & goyang gigi bawah. makcik tu datang rumah malam semalam pastu menyusul ibu abah aku ke hospital. dia kata dia tak senang hati. lagi dia kata dia tak perasan bila anak dia & adik aku berlanggar. sedar2 adik aku dan terduduk kat jalan, kasut dah tanggal, menangis & berdarah. motosikal belum di bawa pulang tapi mengikut atuk aku parah jugak kecedaraan yg dialami beliau.


adik aku cakap dengan mak aku "ala bu, orang taknak jadi rongak..."



sedikit gambar sebagai pemberi bayangan




gambar tudung beliau yg dipenuhi tompokan darah tak sempat diambil. setelah motosikal pulang, aku akan upload gambarnya di sini.


aku terfikir yang nyawa manusia ni sangat rapuh. sedikit kelalaian dari orang lain boleh menyebabkan kecelakaan pada kita. orang yang menyebabkan orang lain celaka, boleh tidur nyenyakkah mereka pada waktu malam?

Sunday, October 12, 2008

Akan Datang

akhirnya

selesai sudah aku menonton siri drama jepun proposal daisakusen setelah 2 bulan.



akan datang

Proposal Daisakusen: The Review.



watch out y'all!

Thursday, October 9, 2008

perihal raya

aku rasa terlalu banyak untuk dieritakan tentang raya. jadi biarlah aku buat summary je.









1) hari raya pertama disambut lebih kurang sama seperti yang kutulis di sini

2) kuih raya langsung tak buat. punyalah berkobar2 nak buat tapi akhirnya haraam satu pon xde.

3) first time masak rendang daging. kalau ditanya sedap ke tak mestilah aku kata sedap. haha. taklah. aku pon tatau. setelah berpenat lelah memasak sampai 3 jam aku tak makan pun rendang tu. langsung. sebab aku memang tak minat dengan rendang daging.

4) 2nd day raya masak laksa johor. juga kali pertama untuk aku. dulu masa bujang angah aku selalu buat. tapi asam laksa la. aku nak buat kelainan dengan buat laksa johor. resepi aku cedok dari majalah mingguan wanita edisi khas aidilfiri. tahun lepas punya keluaran. aku takdela suka makan laksa pun. agaknya kurang jadi. tapi 1 kg spageti (2 kg lepas direbus) dengan kuah abis licin. fuhh, memang kuat menketedarah sepupu sepapat aku nih.

5) total duit raya aku dapat = RM30 (+ RM100 ibu abah bagi buat belanja raya)

6) jumlah hari tak bangun sahur = 2 hari. jumlah hari tak puasa = eh takde maknanya aku nak bagitau korang!

hari aku tak sahur tu ibu abah ajak plak pegi pasar kat parit sulong beli kuih @ kerepek untuk raya. memang menyesal tak sahur. hari panas terik dengan mengangkut kuih raya yang berat memang rasa macam nak pengsan. balik rumah aku tahan diri gila gila supaya tak minum air paip. minum sirap kang nampak sangat. ha korang rasa aku berjaya tak?

7) raya ni bermakna sebab aku berjaya melakukan apa yang aku nak buat selama bertahun-tahun iaitu minta ampun maaf pada ibu abah di hari raya. mungkin korang tak heran kut sbb memang dah jadi kebiasaan korang. tapi takde kebiasaan ni kat family aku. aku ajak adik2 semua tak nak. jadi aku buat la sendiri. mujurlah aku tak melalak. weh aku ni sentimental orangnya. baru fikir nak buat dah rasa nak melalak. belum buat lagi. tapi aku tak melalak pon akhirnya sebab aku malu. haha.

8) aku selsema + sakit tekak dari 2 hari sebelum raya sampai harini tak baik lagi. apa pleasure makan tak de rasa. hampeh!

9) semalam ada marhaban kat rumah. tok sedara aku nak jumpa aku lepas tu. ingatkan apa, dia bercerita pasal ad*l ala-ala promote itu. aku dengar je la.ingat tak aku pernah tulis pasal akak aku dicarikan jodoh disini? atuk aku yang ni la yang sibuk buat promosi. jadi telangkai gitu. aku rasa kalau dia set-up satu website untuk cari jodoh pon bagus jugak la. buat full time takyah la menoreh lagi. haha...

[sebenarnya aku dah ada orang yang aku suka. tapi nampak gayanya orang itu sudahpun merelakan pemergian aku. atau aku sendiri yang merelakan dia pergi. sebab aku penakut. sebab aku tak berusaha. truth is, aku sudah penat mengejar. penat sampai tak mampu nak berdiri. sudahnya aku biarkan masa berjalan seperti adanya. i have my chance but i let it slipped away. sebab aku penakut. sebab aku takut kecewa]

yeah. so now i'm trying to keep an open mind. siapa tahu cinta akan muncul tanpa aku perlu mengejar kan? aku rasa sangat poyo dengan ayat aku ini. tapi inilah yang aku rasa sekarang. semoga aku tak perlu lagi melalui saat di mana aku terpaksa berlagak strong when actually inside i'm breaking.



wait, let me wipe off my tears first.....*damn emo*
-
-
-
-
-
hah, aku bukan je sentimental, emosional pon ye jugak!




so to sum it all up:


to mae, akram, edy_boy, isti, abg zahrene, wawa, shaggy, laila, jeni, jamal & hisyam, terima kasih atas your raya wishes. tapi aku tak ingat sama ada aku reply balik takl mesej korang semua. anyway, selamat hari raya & maaf zahir batin. aku harap dapatlah dimaafkan segala salah silap aku pada korang.

yang wish kat frenster pon terima kasih ye.

yang wish kat blog pon aku ucapkan terima kasih.

to oma, aku masih tak msg kau lagi. alamak. aku lupa la! btw, happy hari raya eh. kalau ada terngumpat tuh aku mintak maaf tau =P



peace y'all!!

Sunday, October 5, 2008

perihal dua hari sebelum raya

petang dalam pukul 5 aku main kucing kat luar dengan adik aku. saje lepak luar pasal malas nak tolong masak (eh, bukan selalu tau aku buat). sekali ada 2 buah moto masuk laman. cik r*s datang dengan anak buah dia, 2 org budak lelaki kecik dengan sorang lagi budak lelaki besar. biasa kalau nampak orang datang aku cecepat lari masuk rumah tapi kali ni tak pulak. sebab tak sempat & sebab aku kenal. cik r*s ni sedara aku yang aku baru kenal masa sama-sama terdampar kat balai raya kampung jiran masa banjir hujung 2006 dulu. orangya agak ramah la jugak.

cik r*s tanya mana nenek so aku assume dia nak datang jumpa dia la. aku cakap kejap aku pergi panggil. sekali dia menyusul aku and cakap....




"atok...bla...bla...tolong....bla...bla...bla...bla....dia datang nak jumpa acik,"




bla bla bla tu sebab aku tak dengar apa dia cakap. cik r*s sakit tekak jadi suara dia jadi sengau. haha. yang aku dengar ayat last tu je la.



dia datang nak jumpa acik.

dia datang nak jumpa acik.

dia datang nak jumpa acik.

[HAH? DIA DATANG NAK JUMPA AKU???]


terngiang-ngiang ayat tu kat fikiran aku.


nak jumpa aku? what the h*ll? pertemuan jodoh ke hape ni??


eh? musykil ni. muskyil....




aku tanya cik r*s sekali lagi. cik r*s kata dulu nenek aku pernah mintak tolong kat sedara aku yangmanantah rekemenkan aku keje. jadi sedara aku tu datang la nak jumpa aku. itulah dia si budak lelaki besar tu.

oh, aku salah rupanya...haha.

aku cakap dengan cik r*s aku tak tau menau langsung pon pasal hal ni. dalam hati aku dah menyumpah nyumpah. apehal nenek aku nak sibuk2 hal aku? yang dia memandai-mandai cakap pasal aku kat orang lain tu apsal? ade aku suruh?

ala korang mesti nak cakap dia berniat baik kan? mesti nak backing dia kan? ala toksahla...aku tak makan suma tu. aku pasti dia dah cakap ayat yang sama kat ramai lagi orang lain. mane taknye, makcik aku yang kampung jauh2 pon tau sebab orang lain sampaikan. dahla bagi komen yang menyakitkan hati aku. macamlah aku taktau takde orang yang nak bagi kerje gitu aje. macamlah aku tak tau takde kerja yang datang bergolek. macamlah aku ni bodoh sangat. kulit muka keras sangat sampai nak merayu-rayu kat orang. intention baik kebenda. buatkan aku macam orang bodoh. memang dia suka buat aku macam tu pasal dia tau aku tak suka dia.

fuhhh, abis cite pasal dia. sememangnya aku mempunyai kemarahan terpendam terhadap dia. mujur dia tak pandai internet. jadi aku tak payah risau la dia baca ayat aku ni kan?

berbalik pada cerita tadi, dalam keterpaksaan aku pon pegila jumpa dengan budak tersebut. ad*l namanya. bukan budak pon. tapi sebaya. dia terkejut bila tau. aku rileks je. walaupun sedara dia tak pernah jumpa aku, aku tak pernah jumpa dia. tak pernah tau kewujudan masing-masing. dia tanya aku itu ini. bagi tips sikit-sikit. ala benda-benda biasa yang aku dah dengar banyak kali. pastu bercerita pasal pengalaman dia. tak tau la dengan dia, tapi sebenarnya aku rasa kekok nak berborak dengan diperhatikan 3 pasang mata, nenek aku, mak aku & cik r*s. ibarat pergi first date dengan satu family ikut sekali. wakaka.

ad*l seems like a nice guy. he's very motivated [you can tell by the way he talks], confident, humble and in a way, sweet. in short, he's someone you can easily like. physically wise, orangnya kurus, average height [meaning tak berapa tinggi tapi lebih tinggi dari aku] and muka pon boleh tahan la. aku bagi dia 4 bintang sebab dia super nice pada aku. chewah!!!

eh aku takdelah nak cite pasal ad*l ni kalau takde pape kan? sampai bagi bintang segala. yang sebenarnya ad*l bagitau mak dia yang dia suka kat aku and dia suruh mak dia masuk meminang. haha lawak kan? mak dia yang bagitau kat ibu. tapi ibu tak bagitau kat aku pun. dia bagitau adik aku & it's supposed to be a secret. tapi adik aku dah terbocorkan rahsia sebab dia tak tau pon itu rahsia. ibu pulak bila aku tanya dia tutup mulut. huh. mujur aku tak tau pasal tu masa second time aku jumpa ad*l masa dia datang beraya. kalau tak aku mesti malu-malu kucing kan? tapi hati aku memang ada sedikit rasa lain macam pun time tu. wakaka..

aku banyak jugak fikir pasal ad*l lepas aku tau tu. walaupun begitu janganlah kalian menganggap bahawa aku memandangkan serius mengenai perkara 'meminang' tu. mungkin dia bergurau senda je kot dengan mak dia. cuma, kalau semua tu betol la, aku kagum macam mana dia boleh suka pada aku yang dia jumpa less than 3 hours, yang cuma cakap beberapa patah perkataan pada dia, yang senyum pun sebab terpaksa, yang sangat selekeh ketika itu [gile memang selekeh aku time tu], sampai boleh terfikir untuk membina hidup dengan aku?


mungkin itu hari bertuah aku......kut?



??????????
??????
???
?



or not?








aku panggil pokok ni pokok bunga-bunga cinta sebab bila aku tengok aku rasa macam nak menyanyi lagu 'aku sedang ingin bercinta' versi dangdut, bergelek dan bergolek-golek kat tanah macam filem hindustan. best best...



pasni aku buat entry perihal raya pulak. tunggu mood datang dulu....