zaman aku memuja si cantik manis kyoko fukada juga tiada lagi. out she goes, here comes Lee Da Hee.

Lee Da Hee ialah awek korea kesukaan aku =)

kalau dikutkan memang gadis-gadis jepun lebih manis dan comel berbanding gadis korea. (ekeke. walaupun aku perempuan aku juga suka usha gadis manis). tapi tolak itu ke tepi. cukup jika aku katakan aku sudah bosan dengan gadis jepun yang cuma pandai buat memek muka kiut tapi berlakon macam kayu. berlainan dengan pelakon drama korea yang mungkin kurang menawan tapi lakonannya superb. macam dia ini...
Jung Da Bin
sayangnya minah ni dahpun tiada di muka bumi ni. she comitted suicide last year due to deppression. tapi aku tak boleh lupa lakonan dia dalam Attic Cat. memang lawak abis. very engaging walaupun dia tak cun.
+++++++++++++++++++++++++++++++
beberapa hari yang lepas ada seorang kawan telefon aku. masa aku menulis ini aku teringat pada dia. kalau tidak silap sikit masa dulu dia pernah kata dia tengok prodai: proposal daisakusen. jadi aku rasa aku nak google la drama ni. cari kat youtube ke. teringin jugak nak tau best sangat ke drama ni.
aku bukak youtube dulu, search and aku klik kat satu MV yang macam best je. inilah dia MV itu..
inilah Alone Again by Yuna Ito. bukan theme song tapi pada aku lagu dan MV ini telah mengambarkan perjalanan cerita ini dengan tepat. pertama kali aku dengar aku jadi teremosi. seolah-olah aku la watak utama dalam cerita ni.
aku rasa aku la Ken yang tak berani nak meluahkan perasaan pada Rei. aku la Ken yang sangat kecewa melihat perkahwinan Rei dan Tada.
aku rasa aku la Rei yang menunggu Ken meluahkan perasaan. aku la Rei yang turut menyukai Ken dalam diam.
aku terheret dalam kesedihan kedua-dua watak ini.
my god, aku hampir saja menitiskan air mata saat aku menulis ini.
aku dengar lagu ini again & again sambil tulis entry ini. sambil melayan perasaan.
[if i can go back to the past, would i change anything?]
lepas aku tengok MV tu baru aku tersedar yang 8tv dah siarkan cerita ni beberapa minggu lepas. tapi sebab tajuknya diletak dalam english, operation love, aku tak sedar pun. aku pernah tengok kejap kat tv, less than 5 minute. kejap aje sebab aku fikir aku tak sanggup nak tengok drama jepun yang walaupun jumlah episod lebih pendek berbanding drama korea, jalan ceritanya lambat ya amat. feels like it takes forever nak abis. but thanks to this MV, aku rasa aku nak tengoklah!

klik disini untuk menonton proposal daisakusen secara online
klik disini untuk menonton lain-lain drama/movie korea, jepun & taiwan secara online
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
aku teringat satu movie jap yang aku pernah tengok masa kecik-kecik dulu. tajuk aku tak ingat. tapi it's about seorang budak perempuan dan seorang budak lelaki yang punya nama yang sama. budak lelaki ni pendiam and tak banyak cakap. jadi diorang tak boleh la dikatakan rapat. tapi sebab nama dah sama, diorang selalu kena buat keja sama-sama.
it's not until the boy dah besar and mati, barulah budak perempuan ni (yang dah besar) tau yang budak lelaki tu sebenarnya suka kat dia. cuma dia je yang tak sedar. sedih jugak la storyline dia.
ada sesapa boleh bagitau aku tajuk cite ni?
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
p/s: moral of the story, don't be afraid to tell a person how you feel about him/her. you may not get the chance to tell that person how much she/he matters to you (if you wait too long). good luck!

18 have something to say:
hoho.. akhirnya ko tgk jugak prodai, itu la, aku pon baru sedar tyg kat 8tv 2 minggu lepas, itupun sbb aku balik ipoh.. kalo tak tak tahu pon..
ko jd rei? ko jd kenzo? entahler.. bc entri ni buat aku rase nak layan balik pulak...
err, aku belum tengok lagi. baru je nk layan. baca sinopsis memang rasa agak menarik. tambah lagi prodai kan dh memang banyak anugerah. rugi kalau tak at least cuba tengok. hehe...
huhuhu...kat opis ni kakak2 opis spesis layan ceta korea..bila aku kata aku tak layan,depa kata aku ni tak berperasaan,erkk?pastu sbb aku tak kawen lagi,so aku tak tau mcm mn perasaan syg org,erkk kali kedua?yelah,ape barang layan stairways to heaven,kalau ade ceta mcm my girl kan?yg pasti satu ceta jepun yg plg aku suka ialah Kiss,kelakar gile..hohoho..btw,i luv nippon more than korea.maybe sbb aku ni gila anime sama..n sbb aku suka nihongo..
kalo nak layan cite nih, pastikan bile dah abis lyn sume episod, ko lyn SP die plak.. SP die plg best aku rase, sbb die patah balik masa belakang utk tlg member die plak...
err..sp tu ape?
"sbb aku tak kawen lagi,so aku tak tau mcm mn perasaan syg org". huh, biar betik??
camne nk tengok online, satu episod pon x lepas2. streamyx ni memang sangat bagus. memang suka nk buat aku marah.
or0, berbaloi tak tengok cite ni? klu x berbaloi dengan kemarahan aku maka malas le aku nk tengok..
btw, sp tu ape? special preview? sneak peak? sup petola?
special episode..aku surf tenet smlm and aku takleh tgk sbb veoh tv disable..so ade sape2 nak hadiahkan aku full episod ceta ni?or ade sape2 yg dh copy ceta ni?mehla bga aku tgk,dah lm tak tk ceta jepun cenggini sejak2 long vacation.
achique : mmg betik a..deme ckp cenggitu kat aku..ampeh..takkan la deme tak nampak aku tgh ngorat mr. green spot tu?huh?!buta kayu!mr. green spot tu pon buta kayu jgk..
btw,ceta ni mcm sgt best.apa kata incik or0?
tengok kat tv je la fir.klu ada orang sanggup nk bagi copy cerita ni aku dah mintak dulu dah.
sabtu & ahad, 8tv, kol 3 or 4 pm. aku pon x hengat.
weh, ko kalau ngurat dalam hati je mane orang nak nampak. ko suruh la mak ko pegi merisik terus. abis ceta!
chet..mana ko tau aku ngorat lam hati?damn good ah u..seyes..mmg dokter chenta *wink wink
nak ke?boleh kut aku pos.. jap kene beli dvd kosong dulu...
qider: bukan sbb aku doktor chenta. it's so obvious!
or0: aku nak!
or0 : nakkkkk!!!(hands up,lagi tinggi dari achique,noted that aku mintak dulu tau..huhu)
cik qider, it's not a competition la...(duh!)
i noe..saja cari pasal ngua ngua ngua ;-p macam pelik pulak bila berhujung minggu di rumah,aku masih dpat oline,huhu..sapelah yg murah hati meng'open' wifi dia tu ye?mekasih la..
fir oh fir, aku baru jumpa blog ni.
http://daelite.wordpress.com/category/proposal-daisakusen/
siap episode summary & caps gitu. bila baca & tengok pics rasa macam tak dapat tengok series ni pon takpe. ekeke. memandangkan kene dl sendiri (yang agak susah utk aku) terpakselah aku layan ni je buat sementara waktu.
ok. saje je nak bagitau ko =P
hai (baca dalam tone nihongo)..aku terus search.. (battling eyelashes)
p/s:eh,skali word verification tu initial mr.green spot ar..huhu.. ;>
uhuhu.. bukan susah pon nak dl, ddl je pon, bkn torrent/irc/p2p...
or0, x susah kata kau? try online kat rumah aku klu nak tau susah ke tidak. lembap & selalu putus2. nak load bakawolf tu pon lepas tak lepas je.
ke aku yg x pandai eh??
qider, dh baca? aku belom baca lagi. cari mood dulu. ekeke..
Post a Comment