Friday, November 7, 2008

kisah budak 9 tahun yang (sedikit) gedik

darjah 3 aku pindah masuk sekolah baru, sekolah kebangsaan felda cahaya baru, masai. hari pertama sekolah aku lari balik rumah. itu gara-gara bapak aku yang tinggalkan aku di pintu gate sekolah tanpa meninggalkan pesan. akak aku sekolah tak sama sesi dengan aku. jadi aku sendirian. gile kau ingat first day dah tau ke mana nak pegi.



aku ingat lagi ade budak jerit "woii, ponteng sekolah!" waktu aku lalu depan rumah dia (yang akhirnya jadi rumah aku) yang bersebelahan dengan sekolah. hey don't blame me. aku cuma budak 9 tahun yang tatau nak menguruskan hal kemasukan sekolahnya sendiri. bukan saje saje ponteng tau!



btw, dengan tak tau jalan pulang aku main redah je. lantaklah janji sampai rumah. suprisingly aku tak sesat. mungkin aku harus bersyukur zaman tu kegiatan seperti menculik dan merogol masih belum popular. kalau tidak mungkin cuma ada pusara aku sebagai tanda aku pernah tinggal di dunia ini.



hari kedua baru aku betul betul mula bersekolah. kali ini ada sudah cikgu yang menunggu aku di pintu gate. [hehe. mesti keje bapak aku]. seperti biasa budak baru memang popular. nak nak budak comel macam aku ni (sila muntah). semua orang sibuk tanya aku itu ini. semua orang jakun dengan aku. macam la aku ni alien dari planet marikh.



selepas beberapa bulan ntah macam mana aku dapat kawan sparring. lelaki. 2 orang pulak tuh. adeke budak comel comel macam aku ni nak dijadikan kawan sparring. adakah aku kelihatan seperti Hillary swank dalam Million Dollar Baby? tapi tak logik la sebab Million Dollar Baby cuma keluar tahun 2004. tapi diorang memang silap besar. ingat aku kecik, aku perempuan korang boleh buli. aku lawan balik. ko tendang aku, aku tendang balik. walaupun kudrat aku takle sekuat mana, aku menang sbb aku banyak strategi. ye strategi itu penting. bila dia tendang aku, aku pegang kaki dia tak bagi tak boleh gerak. nak tumbuk tak boleh sebab tak sampai. akhirnya dia mengalah. contohnya begitulah strategi aku.



sorry baby, you just can't handle me...



tapi dek selalu sangat bergaduh, sampai tak sempat nak letak beg sebaik sampai sekolah, aku jadi kamceng dengan diorang. taklah kamceng sampai kongsi bekal waktu rehat. tapi oklah. dengan tak disangka-sangka juga aku terminat kat salah seorang budak ni. nama dia zulhelmi ke norhelmi. haha aku tak berapa ingat. dia ni kacak tak sangat la tapi manis tu ade kut? seingat aku le. selain tu dia aktif bersukan dan juga mempunyai suara yang sedap. wah aku memang suka dengan lelaki yang punya suara sedap. antara kelemahan aku tu. jadi diam diam aku minat kat dia. kalau ikut dari khabar angin yang aku dengar, dia juga suka sama aku. begitu juga member sparring aku lagi sorang. tapi budak budak kan, mane ade konsep kapel2 ni. jadi minat & suka dalam diam (yang tak berapa diam sangat) je la.





satu hari, kat rumah, hari cuti, aku mendapat satu idea. aku terfikir boleh tak menyalakan anak mancis menggunakan anak mancis yang lain. oh bukan idea sebenarnya. more to curiosity. aku cari mancis cuma jumpa sebatang. aku pergi cari kat garaj sebab aku teringat macam ade mancis kat situ. ok jumpa. aku pun cuba la. sekali cuba tak berjaya. dua kali tak berjaya. ah aku nak cuba sampai berjaya.



tetiba ada suara menegur "tak bolehlah,". kuss semangat. terperanjat aku. aku pusing belakang. DIA!. punyalah asyik sampai aku tak perasan dia belakang aku. aku malu terus lari masuk rumah. masuk bilik mak aku, pergi almari dia yang ada cermin besar, sikat rambut, bedak muka, konon nak cantik cantik la sebab nak mengadap dia. pastu aku keluar rumah balik dengan semangat berkobar kobar. hah! dia dah takde! dari jauh aku nampak kelibat dia dengan abang aku menuju je sekolah. diorang nak pergi practice handball.


arghhh melepas! eksperimen aku tak disambung sebab aku keciwa.


lepas aku pindah masa darjah 5 aku tak pernah keep in touch dengan kawan-kawan aku kat situ. aku pun tak tahu ape perkembangan dia sekarang. mungkin dah kawen anak dah 5. mungkinlah. tapi yang kekal dalam ingatan aku ialah sepanjang aku kat situ hormon gatal aku mula naik. pengaruh kawan barangkali. atau barangkali minat minat, suka suka itu adalah normal bagi budak 9 tahun ke atas. aku pernah cabar kawan aku, kalau dia dapat kawen dengan h**d*n (kawan sparring lagi sorang, merangkap jiran dia, yang agak cute), aku akan bagi dia RM100. gile murah betting bagi seratus je. gile sekolah rendah dah sibuk pasal kawen. aku taknak cari dia. takut dia menang bet nanti aku rugi.



[ada siapa boleh bagi aku tips macammana nak usha lelaki? i really REALLY need help. there's this guy that i like & i don't want to be just friend. adakah keterlaluan if i make the first move? tapi aku takut jugak kalau kene reject. ada cara tak untuk mengusha tanpa kelihatan too obvious? ]

4 comments:

Qider said...

"konon nak cantik cantik la sebab nak mengadap dia"
peh..mmg menunjukkan pompuan cepat matang dari lelaki,kecik2 dah pandai nak melawa depan orang yang disukai..

or0 said...

usha je.. sampai dia notice, rasenya la kut..

kalo dah tak tahan sgt, btau je..

AchiQue said...

qider: memang perempuan cepat matang. anak sedara aku yang perempuan macam2 dah pandai buat. yang lelaki, walau lagi tua beberapa bulan, ape pon tak tau. tau buli je. (umur mereka dua2 setahun lebih)

or0: masaalahnya macammana nak usha tu? suruh orang sampaikan salam? bagi bunga? tapi itu obvious sangat...

Anonymous said...

meh usha sy..sy single...hehehe