Saturday, June 21, 2008

aku rasa.......

1) seperti dicabuli.

maksud aku, privasi aku. bukan 'dicabul' seperti yg berada dipemikiran kamu. aku mendapat panggilan telefon semalam. katanya ingin berkenalan. yg sebenarnya aku sudah menolak permintaan utk berkenalan itu melalui sms. antara sbb yg aku berikan ialah kerana aku sayang kredit. tak kusangka pulak si penghantar sms terus menelefon. bijak juga dia. klu dia yg telefon kredit aku tidak luak kan?

klu kamu peminat setia 'ugly betty' atau mungkin menonton episode ini secara kebetulan, ada salah satu episode di mana lelaki diberi panduan utk menjadikan dirinya 'irresistable' kepada wanita. caranya ialah dengan menghina (insult) wanita tersebut terlebih dahulu dan kemudian memujinya. 'baju anda sangat hodoh. tapi bagi seseorang yg cantik seperti anda, pakai apepun anda tetap kelihatan menarik'. err, something like that. mulanya aku rasa perkara tersebut stupid and doesn't make sense at all. sampai la aku sendiri mengalaminya....

si pemanggil mengatakan aku sombong. adakah kerana aku berpelajaran tinggi? aku garang, tapi kenapa di dalam gambar aku kelihatan tenang? aku yang merasakan si pemanggil tersalah anggap pada aku akhirnya melayan si pemanggil dengan lebih bersopan, somehow trying to show off my 'good-girl-image'. oh no. it makes sense now. it all makes sense now. aku juga tidak immune dengan trick itu!

berkenaan dengan gambar, kamu tau dimana si pemanggil melihat gambar aku? drpd resume aku yg kuhantar di tempat dia bekerja some months ago. disitulah juga pemanggil mendapatkan nombor telefon aku. inilah dia yg aku maksudkan dgn privasi aku dicabuli. using my resume for his personal gain. keji. sempat juga dia recall sedikit info yg dia dpt ingat. including my address. creepy, man. membuatkan aku takut. bayangkan sejarah kehidupan aku terbentang di hadapan dia. aku terasa macam pesalah yang sedang diburu.

ok, mungkin aku berlebihan.

tapi biarlah. kukira si pemanggil tidak akan mengganggu aku lagi selepas ini. yes, i did try to be nice. but not that nice. sempat jugak aku mengatakan dia ada masaalah mental dan suka membuang duit.

oh ya, nama si pemanggil ialah shahrul. mungkin juga bukan nama sebenar.


2) aku semakin addicted to Sūji wa dokushin ni kagiru.

it's sudoku. aku sukakan sudoku. aku sangat sukakan sudoku. sudoku membuatkan masa lapang aku lebih bererti. sudoku membuatkan aku tidak mahu tidur petang. sudoku membuatkan aku tidur lewat tiap2 malam. aku sudah ketagihan. tapi jangan risau, aku tidak perlukan ubat untuk ketagihan ini. cuma kalau kamu sahabat aku, apekata kamu kamu berikan aku buku sudoku. i'll appreciate that. very2 much. aku tidak suke bermain secara online/pc games. menghadap skrin monitor lama2 membuatkan aku pening.

3) happy

aku baru saja mendapatkan anak buah baru. along aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 18hb jun 2008. nama masih belum diberikan tapi aku ade cadangkan satu nama. Monyet. Siti Monyet. hahah...aku cuma bergurau. tapi sempat juga aku dihamun dengan along aku. tapi cuba kamu fikirkan, kalau di barat ada anak dinamakan sempena nama tempat dan buah (brooklyn and apple). cuba kalau di malaysia begitu. Mohd Pontian b. selamat. nama glemer ponny. or Nur Tembikai binti abdullah. temmy. wow, cool juga kan? kadang2 aku tak abis fikir macam mana org oleh namakan anak mereka nama seperti 'bunga cinta lestari'. nasib baik indon. klu di malaysia mungkin jadi bahan gurauan je. and Intan Asmara? which idiot yg sanggup namakan anak mereka begitu? kalau aku tak sanggup. sbb tu aku heran dalam drama TV3 tu heroinnya nama intan asmara. apekehenya tambah asmara kat intan tu? so corny la beb... ape2 hal pon, drama tu boleh tahan jugak la. bolela nk layan...bole la kalau kamu nk layan.

4) bosan

kamu kalau menelefon aku boleh tak kalau tidak berleter seperti org tua? aku bosan tau.... padahal aku harap dapat berbual dengan kamu tentang hidup kamu. tapi semuanya terbantut gara2 leteran kamu yg membuatkan aku bosan dan tidak senang hati. aku tau kamu bermaksud baik tapi cukuplah sekali kamu menasihati aku. ape yg kamu buat ialah mengulangi ayat kamu over and over again. kalau berterusan begini aku rela kehilangan kamu sebagai kawan.


damn, padahal satu ketika dahulu aku hampir saja jatuh hati pada kamu.....