Saturday, June 28, 2008

sudah berbulan aku mencari tajuk lagu ini. akhirnya ketemu juga...

credit to baran909090




Santana Lyrics
Just Feel Better Lyrics

steven tyler husky voice plus iringan gitar dari carlos santana.

perfect!

p/s: memula ingatkan lagu aerosmith (sbb aku amat mengenali suara steven tyler). cari punya cari tapi hampa. tetiba tadi aku mendapat inspirasi untuk memulakan semula pencarian. berjaya!

yabedabedu...........

Thursday, June 26, 2008

sejujurnya aku fikir tiada salahnye perigi cari timba

sekarang di rumah keadaan agak bising. dalam dua minggu lepas, hujan lebat disertakan dengan angin kencang menyebabkan sedikit atap di bahagian depan rumah diterbangkan angin. akibatnya my grandma got rain in her room. sebenarnya atap bahagian depan rumah (bahagian depan ialah bahagian rumah lama. bahagian belakang ialah bahagian yg baru dibina semasa my family pindah ke sini about 5 years ago) memang dh lama bermasaalah. biasanya kalau hujan lebat memang ruang tamu akan dimasuki air. tapi my grandma's room had never been affected by that. not until that day.


so sekarang tengah dalam proses utk menggantikan atap2 yg lama dengan yang baru. bahagian belakang rumah x terlibat jadi kebisingan tu masih dalam skala yg boleh diterima. the good part is, kalau aku mau [notes: cuma KALAU aku mau] aku boleh sekodeng seorg yang aku gelar 'abang handsome' membuat kerja. masa zaman aku rajin sekodeng dia dulu aku xtau nk panggil dia dgn nama apa. so i created the nickname supaya senang aku nk refer kat adik beradik aku. abang handsome sebenarnya jiran-selang-2-buah rumah aku. jadi tiap2 kali dia lalu depan rumah my sis akan jerit memanggil aku "k.cik, abg handsome lalu!". isk, klu sampai dia dengar memang naya la aku.


tapi tu dulu la.


sekarang aku dapati my crush (dictionary.com: an intense but usually short-lived infatuation) pada abg handsome sudah tidak ada. zero. nil. so no good part. all that's left is the noise.


pada aku la, crush itu memang sesuatu yg doesn't last long. dah namanya pon short-lived. crush, klu kamu layan sangat perasaan tu memang lambatla dia nk hilang. jadi kamu kene pandai2 la. jgn sampai 'the crush' crushes your heart plak (seperti yg bisanya berlaku pada aku). jangan sampai kamu terobsesi dgn perasaan kamu sendiri. sendiri sakit hati, sendiri cemburu padahal org itu tidak tahu menahu pon pasal perasaan kamu. mungkin juga dia langsung tidak peduli. know when to stop, know when to move forward.


and by moving forward aku maksudkan ialah menjadikan crush itu lebih daripada crush. do that if you think that guy is really 'the guy' for you. bukan bila dia sekadar fantasi kamu di waktu lapang. bukan bila kamu sebenarnya sudah berpunya tapi sengaja nak menggatal. bukan bila dia sudah berpunya dan kamu sengaja nak menggatal. get it?


sekurang-kurangnya kalau kamu ditolak pon kamu sudah boleh buang perasaan kamu itu jauh-jauh.

aku tau mungkin ramai yang fikir amat memalukan kalau seorg perempuan memulakan langkah pertama. ah, itu cuma mentaliti orang zaman dulu2. tolong jangan lupakan hakikat bahawa Siti Khadijah yg meminang Nabi Muhammad s.aw. jadi perbuatan itu tiada salahnya. cuma sebagai orang melayu yang penuh sopan-santun, juga sebagai seorang muslim, kamu perlu tau batasannya. jgn pula klu kamu wear short-skirt & skimpy clothes kemudian mengajaknya ke club. kalaupon kamu berhasil mendapatkannya dgn cara begitu, aku juga kehilangan respect pada kamu. pada dia apetah lagi.


wanita, jgn merendahkan martabat kamu cuma kerana dia. you are better than that.


fir, aku rasa aku tak perlu risaukan tentang kamu. mustahil kamu akan wear short-skirt & skimpy clothes kemudian mengajaknya ke club kan? kemungkinan besar kamu akan memakai telekung dan mengajak dia bersembahyang jemaah di masjid. hahahah.....just joking. kalau ko berkeputusan utk memikat your mr. green spot itu keep me updated ok. aku ingin sekali tau kesudahannya...


si pemanggil bernama shahrul masih lagi menghubungi aku. kali terakhir dia menelefon, aku berikan dia a cold treatment. aku hampir saja mengalah bila mendengar dia sedikit kecewa dengan aku tapi aku kuatkan semangat. this guy is a stranger and aku memang tidak peramah dengan orang yang aku tidak kenal. tidak perlu dan tidak patut. he could be a serial killer. or a rapist.


ok stop.