Thursday, July 3, 2008

seusia itu bagus. tua juga bagus. muda boleh juga.

orang kata aku kelihatan lebih muda dari usia sebenar aku.

masa umur aku 22, orang kata aku kelihatan seperti budak baru lepas SPM. itu cakap-cakap yang selalu aku dengar masa aku buat praktikal masa degree dulu.

ada juga pakcik teksi di parit raja yang menyangkakan aku budak sekolah menengah. terkejut dia bila aku bagitau aku ni student kuittho.

masa insep ada sorang kenalan perempuan yang menyangkakan aku seusia dia, 23 tahun. padahal aku dua tahun lebih tua daripada dia.

masa praktikal insep, penyelia aku menyuruh aku memanggil seorang budak yang muda setahun daripada aku sebagai kak.

err, did i really look that young?
atau dia yang kelihatan lebih tua dari aku?

ada juga seorang kenalan lelaki berusia 23 tahun yg sukakan aku. dah penat aku mengingatkan dia fakta yang aku 3 tahun lebih tua dari dia and aku sudah layak untuk menjadi kakak kepada dia.tapi dia tetap berdegil. dia kata selain dia tidak kisahkan pasal perbezaan usia,aku juga tidak kelihatan tua.

cuba bagitau aku, aku kelihatan muda atau kamu yang kelihatan tua?

kenapa kata aku nampak muda? sebab muka aku kebudak-budakan atau perangai aku kebudak-budakan? adakah aku kelihatan kurang matang berbanding mereka yang seusia aku?

biar aku jelaskan awal-awal, walaupon aku kelihatan muda, jiwa aku tidak terasa muda. jadi walau macammana sekali orang mengatakan aku muda, aku tetap berasa tua. jadi adik, walau seribu kali kamu katakan aku kelihatan muda, yang orang tidak akan perasan perbezaan usia kita, aku tetap tidak dapat menerima kamu. kamu tau kenapa? kerana 3 tahun perbezaan umur kita sangat aku rasai. sorry, i can never be your woman.


aku setuju dengan pendapat yang mengatakan age is just a number. sejujurnya aku juga tidak obsess dgn nombor. tua ke, muda ke, kalau dah jodoh aku terima saja. yang penting ada cinta dan ada keserasian. lagi pula dalam keluarga aku perkara ini tidak asing. pakcik aku berkahwin dengan perempuan 8 tahun lebih tua daripada dia. along aku berkahwin dengan lelaki setahun lebih muda dari dia. dan mereka masih berbahagia lagi sampai saat ini. tapi beginilah, tipulah kalau aku kata aku tak terkesan langsung akibat perbezaan usia. for me, 1 year younger is acceptable, 2 is unlikely, but 3 is a NO NO. kecuali (ada kecuali tu) dia berfikiran & berperangai lebih matang dari aku (plus dia seorang yang kaya). aku tiada keinginan utk 'babysit' a big boy. i'm just not that patience. as for the older guy, biar tua tapi kaya-raya aku sanggup pertimbangkan. haha....

my ex-bf pernah cakap yang dia ada teori yg kononnya kalau bercinta dengan seseorg yang sama usia itu tidak bagus. dan teori itu terbukti bila dia dah aku berpisah. dude, of all the reasons why you wanna break-up with me, itula benda yang paling bodoh yang aku pernah dengar daripada kamu. please, kalau kamu betul-betul mahu bersama seseorang, kamu akan berusaha untuk bersama dia. REGARDLESS OF ANYTHING. jadi kamu simpan saja lah teori-teori kamu yang tak masuk akal tuh. or tell it to budak yang baru belajar untuk bercinta. like you.

AGE has NOTHING to do with it.

but HEART has EVERYTHING to do with it.

[btw, i'm 2 months younger than you. so technically i'm younger. but it doesn't matter now, does it?]

dalam umur aku sekarang, yang makin meningkat hari ke hari, aku gembira juga bila orang katakan aku kelihatan muda. mungkin ianya satu anugerah. mungkin bila aku sudah berusia 40-an orang masih menyangka aku berumur 20-an. mungkin bila aku sudah berusia 50 tahun aku masih mampu memikat jejaka-jejaka muda yang sudah layak kupanggil cucu. like this couple.



pray for me, man. pray for me....

5 hari lepas aku ke bandar bersama adik aku yang berumur 21 thn. kebetulan terjumpa seseorang dari tempat dia praktikal dan encik itu bertanya "ni siapa? adik awak ke?" sambil memandang ke arah aku.

dalam bas aku tergelak sorang-sorang.

oh indahnya dunia.....