Saturday, July 26, 2008

kamu harus belajar ini art dari aku

aku mempunyai satu habit. aku punya banyak habit sebenarnya. tapi aku berkeinginan untuk menceritakan habit aku yang satu ni. sebab i'm good at it. kut?

habit ni aku kutip lebih kurang masa aku form 4. sebenarnya aku ni suka sangat mengorek rahsia/cerita. tak kira la rahsia/cerita kecik ke besar, rahsia rumah tangga orang ke hape, kalau aku rasa curious je aku mesti nak korek sampai tau. tapi tak bolehla nak dikatakan aku nih suka jaga tepi kain orang. mostly cerita yang aku dapat korek tuh aku simpan dalam memori aku je. atau dalam diary. tak ada la aku jaja cerita sampai satu kampung tau.

kamu boleh la consider aku as a spy. baik punya spy...hahaha..

aku bagi satu contoh. dulu sorang kawan bagitau aku yang kawan aku ni, a boyriend's snatcher. aku ni tau jugak tahap biang kawan aku tu macam mana, tapi tak boleh la aku suka hati je nak percaya cakap orang macam tu je. mesti kena ada bukti dulu baru boleh judge orang kan?

so apa yang aku buat ialah, on a fine day, when i got a chance, bila line clear gitu, aku jumpa (or buat-buat terjumpa) budak perempuan yang konon-kononnya dirampas boyfriendnya oleh kawan aku tu, and tanya dia sendiri kebenarannya.

tak ada la aku tanya the obvious question like 'ko clash dengan X sebab M ke?' or 'betol ke M tu curik pakwe ko?'. aku kena remain atas pagar. jadi aku tak boleh mulakan pertanyaan seolah-olah aku tuduh kawan aku tu jahat. i simply asked her what she felt about the whole situation. bila dia dah rasa comfortable nak bercerita dengan aku, automatically aku akan diberitau apa yang aku nak tau in the first place.

pandai kan aku?

tapi segala info yang aku korek atas curiosity aku, or atau inisiatif aku mengumpul bukti untuk tidak membuat tuduhan melulu kat orang, seperti yang aku kata kat atas, biasanya aku simpan sendiri je semua tu. no point la nak bising-bising kat orang kan? kalau kan bercerita pon aku cuma akan bagitau my closest fren. or my trusted fren. ada beza dua jenis orang tu.

last time aku korek maklumat kamu tau untuk apa? haha. untuk meng'confirmkan' curiosity aku terhadap gossip dua orang ini. dikatakan lelaki itu menyukai perempuan ini. yang tak bestnya lelaki itu pulak lelaki yang aku suka.

tak boleh jadi ni. for the sake of my sanity, i have to start prying...

nak tau apa yang hebatnya? dari pertanyaan itu ini pada beberapa pihak, akhirnya aku dapat cerita on both side bila kedua-dua manusia itu confide sama aku. and that guy didn't notice at all (or so i thought) all those while i have my eyes fixed on him.

damn good i was!

tapi tak perlu lah risau. aku tidak menggunakan pengetahuan yang aku dapat dari kedua-dua pihak untuk kepentingan aku. i let them be. adalah aku menyebuk beberapa kali. tapi menyebuk gitu-gitu je la.

everything has a limit. limit aku setakat itu je la.

terus terang, aku ni jenis yang tak pandai simpan rahsia. kalau kamu bagi satu info pada aku dan minta ianya dirahsiakan, kemungkinan besar tak sampai hari esok aku dah beritau pada orang lain. tapi bila someone believes in me, like, TOTALLY believe in me (bukan kejap percaya, kejap tidak), Insyaallah aku akan cuba yang terbaik untuk keep it that way.

and ya, aku sebenarnya bengang pada segolongan orang yang suka menuduh tanpa bukti. nak nak lepas dengar cakap-cakap orang. sebab aku pernah terkena la aku cakap ni.

don't be so freaking judmental-la weii. apa yang orang cakap-cakap tu tak semestinya betul. kadang-kadang fitnah je lebih. fitnah dari orang-orang yang ada PHD. and until it (the rumour) is proven right, jangan plak kau memandai-mandai nak sebarkan kat orang lain. paling kurang kau cuba la cari kebenarannya dulu....

macam tak percaya aja aku pernah ada kawan yang bangang macam ni...

err, dah terkeluar topik plak.

itu saja untuk kali ini. sekian terima kasih.

Tuesday, July 22, 2008

dulu lain, sekarang lain

makcik aku datang beberapa hari lepas. datang nak tengok baby mungkin. aku pon kurang periksa sebabnya. yang pastinya bila balik kat bonet kete dia penuh dengan durian and manggis. manggis fresh baru petik dari pokok tuh. takut aku tengok pakcik aku and abang ipar aku manjat pokot manggis yang tinggi tuh. tak pernah terfikir plak aku nak panjat pokok manggis tuh. jolok dengan galah je tak boleh ke? aku tengok dahan2 pokok manggis tu cam rapuh je. ke memang rupanya begitu?

sayang aku tak berapa suka makan manggis. durian pulak hari-hari aku kejekan. bila aku sendawa je sume merungut/menyumpah. kahkah...

anyway, masa tengah minum-minum petang kat meja makan, makcik aku ni bercerita la. dia kata anak dia yang pompuan tuh (ntah brape umor dia aku pon tatau) bawak kawan laki datang rumah. yang dia ni macam tak berapa suka la. dia kata orang dulu-dulu kalau lelaki datang rumah anak dara mesti ke dapur. tak manis kalau tunjuk muka. tapi budak zaman sekarang ni kalau lelaki datang dia yang sambut. dia yang tolong bukak pintu. dia yang tayang muka dulu. punyala jauh beza....

nenek aku sampuk. dia kata kalau tak buat camtu nanti anak dara tu tak laku.

isk, apekepulak.....tak manis betol seorang nenek berkata begitu kan kawan-kawan?

teringat cerita ibu, dia kata dulu tokyah (atok) aku pernah cakap dia perempuan sundal sebab (kantoi) bagi gambar kat abah aku. itu zaman masa ibu abah aku baru nak berkenalan sekaligus bercinta. ala, gambar kenang-kenangan je. bukan gambar bogel pon. tapi panggilan sebegitu keras dah dilemparkan ke ibu aku. dashyat tak dashyat?

sekarang ni setakat gambar berdua, berpegang tangan, berpeluk-peluk, mahupon cium pipi (or cium lain) pon orang dah tak heran. moden la kononnya. yang tu aku taknak komen la. sendiri buat sendiri ingat ye.

parents diorang kalau jumpa gambar tupon tak kesah. kononnya itulah cara menunjukkan kasih sayang. ha, pernah dengar tak ayat ni? itulah kata seorang mak kepada artis ni bila gambar anak dia (buat ape eh?) orang sebarkan kat internet. siap backing lagi anak dara dia tuh. tapi sekarang dah tak dara dah. dah kawen pon dengan mamat yang bergambar dengan dia tuh. hehe...

sedih je aku dengar. agaknya lagi moden dunia ni, lagi maju, lagi canggih, lagi ape-ape je la, yang haram pon jadi halal. parents pulak bagi support. kalau macam tu siapa pulak yang nak jadi pembimbing?

itulah, dulu lain sekarang lain.

aku bukannya nak berceramah ke ape. diri aku sendiri pon bukannya baik sangat. bukan tak pernah buat silap. bukan tak pernah buat perkara yang haram. tapi satu je la, tiap kali aku rasa nak buat benda jahat, terngiang-ngiang kat telinga aku ni pesanan/nasihat mak aku. biasanya terbantut la jugak niat jahat aku tuh. sungguh ku tak sangka walaupon aku benci dengar bebelan mak aku, yang kadang-kadang aku buat-buat tak dengar je, yang kadang-kadang sambil dibebel aku menyanyi dalam hati, rupanya masuk jugak dalam hati nurani aku nih.

lagipon, aku rasa aku tak sanggup buat perkara2 yang bakal mengecewakan ibu aku. bukan tak pernah kecewakan dia pon. banyak kali. tapi ada sesetengah benda yang aku TAKKAN buat. terutama perkara yang melibatkan maruah keluarga. cukuplah seorang dalam family aku ni yang pernah hanyut. aku tak nak jadi yang kedua.

tentang perkara mengajak kawan lelaki ke rumah, aku rasa takde salahnya. ape la salahnya kenalkan kawan-kawan kat family kan? especially kalau lelaki itu bakal menjadi keluarga juga. tapi jangan la selalu. tak manis gitu.

aku pulak tak pernah ajak kawan lelaki datang rumah (secara serius maksud aku). ajak-ajak ayam adela. yang datang tu pon sebab dia nak beraya. seingat aku tak pernah sekali pon aku invite lelaki datang rumah. bukan ape, aku malas nak bersoal jawab dengan family aku. diorang mesti ingat tu pakwe aku. pastu mesti nak bagi komen. haihh...malas bebeno aku nak mendengarnya. walhal aku langsung tak amik pusing pon mende yang diorang komen tuh.

inilah pengalaman aku bila kawan aku tu datang beraya haritu. kalau dia datang as my boyfriend memang boleh la dikatakan dia direjek oleh family aku. jumpa tak sampai sejam pon boleh kene rejek eh. padahal hati budi orang mana la boleh dinilai dalam masa sejam.

tapi aku tak citelah kat dia sume tuh. kecik hati pulak member karang.


tunggulah. akan aku invite 'lelaki itu' ke rumah aku. itupon kalau aku sudah menemui dia....

(tapi kalau dia yang menemui aku dulu pon takpe. i'm not complaining . hehe)

Monday, July 21, 2008

alahai.............



meow...meow....meow......


meow...meow.....meow......meow.....meow



makin lama makin kuat



maki lama makin bingit


alahai kucing.............


kenapela orang yang buang kau tuh tak buang mak kau skali

[takde hotak hape!. yang ini aku marah dalam hati aje]

kesian ko hilang tempat bergantung.

isk, marah sungguh hati aku nih.

argh....aku bagai diserang sakit mental bila kau berbunyi.


kesian. sedih. tertekan.


sumanya sebab aku tak mampu nak tolong ko.

akhirnya aku buat bodoh. buat-buat tak dengar.

dah tu.........

bila bagi makan ko berak merata-rata. nak salahkan kau aku tak sampai hati. iyelah, kau manela pandai makan lagi.

nak bagi kau susu aku takde. nak bagi susu anak akak aku, takut plak nanti kalau kantoi. nanti dia bising sama aku...

kucing-kucing aku plak tak nak amik kau jadi anak angkat.

sebab kau berkurap kot. lagipon bau kau tak sama dengan bau anak depa.


ah, aku dah buntu.

aku tak tau macam mana nak tolong kau lagi.

maafkan aku kalau aku seolah tidak peduli pada kau. memandang kau juga aku bagai mengelak.

kerana tiap kali aku memandang kau aku rasa sayu.

dan aku juga dihujani rasa bersalah apabila teringatkan kucing seperti kamu yang mati di bawah jagaan aku.

aku tidak mampu menghadapinya sekali lagi.



tolong....bolehkah kamu bermigrasi ke tempat lain?



PLEASE.............(dan jangan memandang aku dengan muka sedih itu)



1,2,3,4,5,.......,10. kucing aku ada 10 semuanya. terlalu banyak.



aku tidak mampu menjaga kamu.



sekian.....aku harap kau mengerti....



(bukan gambar sebenar tapi ade sedikit serupa)