Saturday, August 9, 2008

AKU TELAH DITAG, TAJUKNYA “BEAUTY LIES FROM WITHIN”

mizzyn telah mengetag aku. jadi inilah dia jawapan aku...


MY FOUNDATION none.

EYE MAKE UP none.

DAY CREAM fair & lovely. tupon dah lama tak pakai.

MY ESSENTIAL LIP PRODUCTS vaseline.

MY PERFUME anything that smells nice.

MY NAILS none.

MY FEET none.

MY FAVOURITE MAKE UP PRODUCT err, lip balm?

THREE THINGS TO BRING ON A DESERTED ISLAND 1) enough food 2) enough clothes 3) pad, maybe??

WOMEN I ADMIRE FOR THE BEAUTY siti nurhaliza zaman pre-datuk K.

WOMEN WITH THE BEST SENSE OF STYLE i have no idea...

MY ULTIMATE BEAUTY DREAM long legs & slim body. haha..

MY FAVOURITE FASHION PUBLICATION cleo kot.



*told ya la gedh. i don't wear make-up & know nothing about fashion. serupa macam tak payah jawab je. hehe*


sebagai balasan aku tag saudari dan saudara yang baca blog ni.

ekeke. i will tag NO ONE. sapa rasa nak tag diri sendiri silakan...

Friday, August 8, 2008

in you i found love

they say if you make the sama mistake twice, you are an idiot.


damn right.


MY CAT IS AN IDIOT!!


*but he's forgiven for being so cute*


************************************************


satu hari kawan aku masuk ke bilik dengan muka masam.


"kau marah tak kalau kau cakap orang tu tak layan?" dengan nada marah dia berkata kepada kami.


"marah, marah. mana budaknya? ko tunjuk sikit kat aku.." kata aku.


aku konon nak back-up la. junior kurang asam mana boleh dibiarkan begitu saja kan?

dia bawak aku keluar bilik. dia menudingkan jari telunjuk ke longkang. di situ ada seekor kucing sedang melepak.


"HANTU PUNYA BUDAK!!!" *terkena aku sebijik*


aku ketawa sampai nak pecah perut.


*and it's still funny till this day =)*


************************************************

aku terbangun hari ni bila terdengar bunyi motosikal. kemudian terdengar suara nenek aku bercakap dengan sani, seorang mamat sewel yang setiap kali melalui depan rumah kami dengan moto cabuk dia tu dan nampak anak2 dara mak aku akan membunyikan hon berulang-kali sambil menunjukkan muka macho.

*macho taik. one of these days i'm gonna throw your head with a rock. you just wait!*

aku pasang telinga. rerupanya nenek aku suruh sani buang anak-anak kucing aku.

WHAT????????

sepatutnya semalam, tapi sani terlupa. jadi hari ini bila sani datang nenek aku tak ready. kucing belum ditangkap dan dimasukkan ke dalam guni.

and then my saviour came. right at the moment.

tokyah! dia tak bagi kucing-kucing tu dibuang. kecik lagi katanya.

dan sapelah nenek aku untuk menghalang kan?

opss, sebenarnya aku baru dengar dia cakap tadi, dia malas nak gaduh sebab surely tokyah aku akan menang. tokyah seperti abah mempunyai soft spot pada kucing.

oh tokyah, thank god you're there!


aku bangun and cari anak-anak kucing aku. cik kembang, tompok, doggie baring atas pangku aku & tidur. cik yoyen je ntah kemana. aku usap bulu mereka. sambil tu aku bersedih. walaupun kadang-kadang aku mengamuk dengan diorang, aku jentik telinga, tolak dengan kaki, aku hambat dengan penyapu, tapi aku sayangkan diorang.


i don't want to lose them. not now. not ever.


or at least give me some time to un-love them first. if there's such thing....

Monday, August 4, 2008

Alone Again by Yuna Ito ~ berhantu sungguh

aku bukanlah penggemar drama bersiri dari jepun. dulu memang ya. tapi zaman tokyo cinderella story, zaman long vacation, zaman great teacher onizuka, zaman shotgun marriage bagi aku sudah lama berlalu. sudah bertahun digantikan dengan princess hour, memories in bali, all about eve, winter sonata, etc.

zaman aku memuja si cantik manis kyoko fukada juga tiada lagi. out she goes, here comes Lee Da Hee.

Kyoko Fukada ialah awek kiut jepun kesukaan aku satu ketika dulu.

Lee Da Hee ialah awek korea kesukaan aku =)


kalau dikutkan memang gadis-gadis jepun lebih manis dan comel berbanding gadis korea. (ekeke. walaupun aku perempuan aku juga suka usha gadis manis). tapi tolak itu ke tepi. cukup jika aku katakan aku sudah bosan dengan gadis jepun yang cuma pandai buat memek muka kiut tapi berlakon macam kayu. berlainan dengan pelakon drama korea yang mungkin kurang menawan tapi lakonannya superb. macam dia ini...

Jung Da Bin


sayangnya minah ni dahpun tiada di muka bumi ni. she comitted suicide last year due to deppression. tapi aku tak boleh lupa lakonan dia dalam Attic Cat. memang lawak abis. very engaging walaupun dia tak cun.



+++++++++++++++++++++++++++++++


beberapa hari yang lepas ada seorang kawan telefon aku. masa aku menulis ini aku teringat pada dia. kalau tidak silap sikit masa dulu dia pernah kata dia tengok prodai: proposal daisakusen. jadi aku rasa aku nak google la drama ni. cari kat youtube ke. teringin jugak nak tau best sangat ke drama ni.


aku bukak youtube dulu, search and aku klik kat satu MV yang macam best je. inilah dia MV itu..







inilah Alone Again by Yuna Ito. bukan theme song tapi pada aku lagu dan MV ini telah mengambarkan perjalanan cerita ini dengan tepat. pertama kali aku dengar aku jadi teremosi. seolah-olah aku la watak utama dalam cerita ni.




aku rasa aku la Ken yang tak berani nak meluahkan perasaan pada Rei. aku la Ken yang sangat kecewa melihat perkahwinan Rei dan Tada.




aku rasa aku la Rei yang menunggu Ken meluahkan perasaan. aku la Rei yang turut menyukai Ken dalam diam.




aku terheret dalam kesedihan kedua-dua watak ini.

my god, aku hampir saja menitiskan air mata saat aku menulis ini.



aku dengar lagu ini again & again sambil tulis entry ini. sambil melayan perasaan.




[if i can go back to the past, would i change anything?]




lepas aku tengok MV tu baru aku tersedar yang 8tv dah siarkan cerita ni beberapa minggu lepas. tapi sebab tajuknya diletak dalam english, operation love, aku tak sedar pun. aku pernah tengok kejap kat tv, less than 5 minute. kejap aje sebab aku fikir aku tak sanggup nak tengok drama jepun yang walaupun jumlah episod lebih pendek berbanding drama korea, jalan ceritanya lambat ya amat. feels like it takes forever nak abis. but thanks to this MV, aku rasa aku nak tengoklah!


klik disini untuk menonton proposal daisakusen secara online

klik disini untuk menonton lain-lain drama/movie korea, jepun & taiwan secara online


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


aku teringat satu movie jap yang aku pernah tengok masa kecik-kecik dulu. tajuk aku tak ingat. tapi it's about seorang budak perempuan dan seorang budak lelaki yang punya nama yang sama. budak lelaki ni pendiam and tak banyak cakap. jadi diorang tak boleh la dikatakan rapat. tapi sebab nama dah sama, diorang selalu kena buat keja sama-sama.


it's not until the boy dah besar and mati, barulah budak perempuan ni (yang dah besar) tau yang budak lelaki tu sebenarnya suka kat dia. cuma dia je yang tak sedar. sedih jugak la storyline dia.


ada sesapa boleh bagitau aku tajuk cite ni?


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


p/s: moral of the story, don't be afraid to tell a person how you feel about him/her. you may not get the chance to tell that person how much she/he matters to you (if you wait too long). good luck!

kahwin? not now-la

aku rasa sudah menjadi tugas seorang ibu untuk risaukan tentang anak-anaknya. terutama yang perempuan. terlebih utama lagi yang belum berkahwin.

ibu aku tidak terkecuali. nenek aku juga tidak terkecuali. barangkali tidak keterlaluan kalau aku katakan yang kadang-kadang nenek aku itu kerisauan dia berlebihan daripada ibu aku. barangkali kerana pada zaman dia muda dahulu anak gadis seawal 15 tahun sudah dinikahkan. (atau mungkin juga dah beranak 1). jadi kalau aku berada di zaman dia aku sudah dikira sebagai super andartu. dah tua bangka. dah tak laku.

aku kira pemikiran sebegitu yang diwarisi oleh ibu aku. dan ibu aku bertambah-tambah lagi bimbang. sebab dia mempunyai 7 orang anak gadis. cuma 2 teruna. bimbang dia kalau orang mengata anak gadis tidak laku.

anak teruna lainlah cerita. umur 35 baru berkahwin pun tiada yang mengata tak laku.

jadi dulu-dulu ibu aku selalu mengesa kami supaya cepat-cepat kahwin. kemudian menakut-nakutkan kami dengan berkata nanti kami susah nak mengandung/beranak sebab dah 'keras'. ironinya, kedua-dua kak long and kak ngah aku berkahwin di saat usia mencecah 30 tahun. dan aku di saat umur menginjak 26 tahun masih lagi mempunyai seorang kakak yang belum berkahwin.

tapi abang aku plak kawin awal. dia kawin ketika umurnya seusia aku, 26 tahun. padahal mak aku sekali pun tidak pernah bising sama dia. ironi sekali...

ibu aku dah tak selalu bising-bising suruh kahwin awal. mungkin dia bosan sebab tiada seorang antara kami yang ambil pusing dengan kata-kata dia. buat perabih air liur je. lagipun, abah aku pun pernah sound dia yang zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu-dulu lagi. semuanya nak cepat. umur 30 dah jadi datuk. dah mengulit cucu. itulah yang dia kata masa mak aku bising-bising pada kak long aku dulu. siap paksa dia mandi bunga 2-3 kali. nak bagi jodoh lekat kononnya. ai, siapa lagi yang mengajar tu kalau bukan nenek aku...

kesian kak long aku. sebab dia sulung jadi dia selalu kena. aku rasa kalau orang cakap kau andartu seratus kali lama-lama kau pun akan percaya yang kau andartu. self-esteemed kau jadi low. down to the bottom. silap-silap ko kahwin je dengan sesiapa pun janji ko dapat kahwin. iyela, andartu mana boleh memilih kan?

dalam minggu lepas ibu aku dapat panggilan telefon. bila kami tanya siapa yang telefon dia kata rahsia. poyonya aku rasa masa tu. orang telefon pun nak berahsia. tapi lepas tu dia ada cakap pasal melamar. ada sebut nama aku.

hati aku dah dup-dap-dup-dap. aku cuak. ada orang nak melamar aku ke? aku tak mau!!!

aku diamkan aja. enggan bertanya lebih lanjut. bimbang kalau-kalau ibu aku tidak bergurau. aku buang jauh-jauh prasangka iaku. akhirnya cerita itu habis di situ aja. ibu aku pun senyap terus. nak berahsia la tu.

beberapa hari lepas tu barulah aku tau, memang betul ada yang nak merisik (merisik la dulu). tapi bukan untuk aku. untuk kakak aku yang belum berkahwin tu. phew, aku menarik lafas lega. pandai ibu aku kenakan aku. aku dah siap reka ayat-ayat penolakan sekiranya lamaran itu untuk aku. ceh!!

orang tengah merupakan tok sedara aku. lelaki tersebut bukan orang kampung aku. orang bukit kepung. tak tau apa pertalian mereka. dua hari lepas dia telefon lagi dan minta untuk bercakap direct dengan kakak aku. mintak permission la tu kut. aku malas nak tanya lanjut.

harapnya berjalan lancar la semua ni. tapi kalau dia dah kahwin, terpaksa aku bersiap sedia menebalkan telinga. mangsa bebelan yang seterusnya pastilah aku.

oh tidak!!!

Sunday, August 3, 2008

peringatan untuk kamu, pembaca yang mungkin tidak tahu.

pendapat aku kalau kamu tidak suka apa yang kamu baca tak perlulah kamu melenting dan marah-marah.

kalau pun kamu tidak bersetuju, tak payah la memberi komen negatif atau memaki hamun, mencarut dan mengata penulis.

setiap orang mempunyai pendapat sendiri pada sesetengah perkara. dan yang pastinya penulis cuma menulis apa yang dia suka dan mengikut pendapat dan pengamatannya sendiri.

bukan apa yang kamu suka atau mengikut pendapat kamu.

you don't have to like what you read. it's like an unwritten rule that everybody should know.

jadi kalau kamu terbaca atau membaca sesuatu yang kamu tidak suka, berhenti membaca dan sila tinggalkan komen-komen negatif kamu itu untuk diri kamu sahaja.

kalau kamu bermaksud untuk memperbetulkan si penulis, kata-kata cacian dan makian itu tiada gunanya. cuma buang waktu sahaja. you might as well say nothing.

aku sendiri pun tidaklah bersetuju dengan semua perkara yang ditulis oleh penulis lain. kadang-kadang aku menyampah juga. kadang-kadang rasa macam nak karate juga. aku mengumpat juga. aku kutuk-kutuk juga. tapi dalam hati aje la......

semua orang ada hak untuk menyuarakan pendapat masing-masing. kita sebagai pembaca seharusnya tahu apa yang patut kita fikirkan dan apa yang patut kita buangkan dari ingatan.


aku baca ini. kebanyakan pemberi komen bercakap sesuka hati seolah-olah mereka (atau orang yang mereka sokong itu) sahaja yang betul. yang bagus. yang baik. yang suci. kalau ada anugerah pemberi komen paling kejam/busuk salah seorang dari mereka ini dah tentu layak jadi pemenang!


~~~~i write what i like & i like what i write~~~~~