Thursday, August 21, 2008

dedicated to you, my dearest friend

warning: if you don't want to bore yourself, do not read this. i repeat, DO NOT READ THIS.


seorang kawan membangkitkan cerita tentang seseorang yang sudah lama aku lupakan. jadi satu hari dengan bersemangatnya aku mencari balik diari-diari lama. aku tahu satu masa dahulu orang itu sering aku ceritakan dalam diari aku. aku fikir, memandangkan aku sudah teringat tentang dia sekarang, apa salahnya aku refresh balik memori-memori lama aku tentang dia kan?

dalam diari tahun 2000 aku (aku punya beberapa koleksi diari. satu buku biasanya untuk 2 tahun atau lebih, bergantung pada kerajinan aku menulis), awalnya memang banyak aku tulis mengenai dia. baju apa yang dia pakai. apa yang dia buat. dengan siapa dia bercakap. masa tuh aku baru mengenali dia. boleh la dikatakan dia cinta pandang pertama aku. ekeke...

menghampiri penghabisan satu buku, nama orang lain yang banyak timbul dalam diari aku. orang yang sudah jarang aku ingati. aku kan pernah cakap aku mempunyai beberapa kawan baik yang aku kenal melalui MIRC kan? selain besfren aku, suhardi, orang ini juga salah seorang daripadanya. nickname dia ialah SiHeng. dan dia merupakan bahagian yang penting dalam hidup aku.

kalau such thing as platonic friendship wujud, inilah yang wujud antara kami (ini ialah apa yang aku rasa. apa yang dia rasa aku tidak tahu). we care for each other. bila aku selsema, dialah orang yang offer diri untuk belikan ubat untuk aku. bila aku kata aku suka oreo, dia belikan aku sampai 5 bungkus. bila tengah-tengah malam aku kata aku lapar, dia belikan aku roti canai dan milo ais. all the small things yang other guys maybe tak amik pusing pon.

dan kami kalau bergayut berjam-jam pun tak kisah. i'm always at my happiest when i chat with him. mana taknye, aku buat lawak ntahapehape pon dia gelak jugak.

manis kan dia?

i admit-lah, at some point aku memang ada hati kat dia. it's impossible not to. dia sangat baik pada aku. dan sabar juga (jangan ingat senang nak bersabar dengan aku).

tapi sayangnya dia dah ada girlfriend. walaupun dia tak pernah discuss or even mention pasal girlfriend dia dengan aku, aku tau dia sangat bermakna pada siheng.

sebab.......dia menolak aku.

penolakan dia memang agak mengecewakan. i thought i meant something to him. something more than just friend. i guess i was wrong. kawan aku kata aku cuma perasan. tapi aku tau dia salah. sebab what's going on between aku dan siheng cuma kami saja yang tau. dan paham. agaknya itulah platonic relationship kot. beperasaan lebih dari kawan tapi tak sampai tahap bercinta.

lepas episod yang memalukan itu, kami masih berkawan macam biasa. memula agak kekok tapi beransur seperti sediakala. aku memang sedih tapi apa nak buat? aku tak nak la kehilangan kawan yang baik macam dia. aku tau dia pun rasa rugi kalau tak kawan dengan aku. hehe..

kepada siheng (wherever you are), kita memang dah lost contact, tapi in my heart kau tetap besfrend aku. a very special one. sebab kau dah ajar aku banyak benda and gave me so much. agaknya bila la aku dapat jumpa you, your wife & your son. dah besar kot anak kau? ke dah bertambah bilangannya?

---------------

kepada kawan yang kata aku suka mengenang kisah lama tu, kau memang betul. why not? memories are made for us to remember. lagipun, my past reminds me of the person i was. boleh la bawak-bawak muhasabah diri. it's not really a bad thing tahu??



maaf, aku dah lama tak update/online. problem dengan streamyx. mungkin tidak akan update/online dalam waktu terdekat ini.