Saturday, August 30, 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-51

&

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

akhirnya!

setelah tiga minggu aku menahan rasa bengang pada telekom, 3 kali panggilan ke 100 untuk bantuan teknikal , satu panggilan dari mereka untuk aku mengatakan MASALAH PADA KOMPUTER AKU BUKAN PADA MEREKA (adeke tanya aku balik apa masaalahnya. aku pon sound la dia balik "kalau saya tau saya tak telefon sini!"), satu lagi panggilan dari mereka 2 jam lepas yang mengatakan mereka akan tutup report aku sebab tiada masaalah pada pihak mereka, tup tup pada cubaan kali ke-30 (seriously!) aku untuk establish connection untuk router aku berjaya pulak.

don't you dare deny this wasn't your fault, you damn t*****m!

mulanya dengan line ADSL yang tiba-tiba tak menyala masa aku online tiga minggu lepas. aku buat bodo je sebab ingatkan streamyx memang kadang-kadang biol. maybe ada technical problem or something kat area aku. lepas seminggu baru aku call 100. operator kata nak check tapi takde perubahan pon. tak membantu langsung.

second week aku telefon lagi. operator sangat bagus. membantu dengan bersungguh-sungguh. line ADSL menyala kembali. but still takleh connect internet. setting router aku tak kacau. so what IS the problem?

third week (semalam) aku call lagi. ingat aku tak bosan ke? operator super bagus. seperti biasa aku disuruh check balik connection router ke ethernet. check. line ADSL menyala ke tak. check. off kan router pastu on kan balik. check. ping connection. check. pendek kata semua ok. tapi kenapa still takleh connect????

dia filekan report untuk aku. katanya aku akan diberi feedback kemudian. paling lama dua hari. tak lama kemudian somebody from telekom telefon cakap seperti apa yang aku tulis kat atas. suara berlagak. mungkin bengang sebab aku dah banyak kali telefon. aku geram. dia ingat aku suka-suka je telefon untuk mengisi masa lapang????

malas nak argue.

dipihak aku sendiri, aku cuba setting balik router. daripada tak reti, sampai hafal manual tu dibuatnya. punyalah berpuluh-puluh kali aku baca sebab nak bagi paham. tak cukup lagi, aku surf internet (guna dial-up) untuk cari cara setup yang betul. semua step aku dah ikut tapi tetap tak boleh connect ke ISP.

itulah yang aku heran. tup-tup lepas panggilan kali ke-2 dari telekom boleh plak connect. aku guna cara yang sama yang aku guna berpuluh-puluh kali. boleh pulak?

don't you dare deny this wasn't your fault, damn you t*****m!

cuba bagitau aku, aku ke yang salah?

3 minggu tak online tapi kene bayar jugak. rugi rugi......

23 ogos 2008, SPA exam.

hari jumaat aku bertolak ke jb pasal hari sabtu aku ada test SPA untuk 15 skim (dulu 14 skim). tak semangat nak pergi pasal takde kawan. bosan kalau takde kawan nak bawak berbual kan? tapi memandangkan abah & ibu dah bersemangat nak hantar, aku pon just went along with it. oh what the hell. amik je la exam tuh. ada kawan pon bukannya kawan boleh tolong jawabkan untuk aku kan?


examnya hari sabu, 23rd august 2008. we spent the night at my brother's apartment. adela dekat 30-35 minit dari tempat exam aku tuh. aku tido kat ruang tamu. bukan takde bilik tapi aku nak tengok tv. hehe. sebenarnya aku mengantuk gegiler. ingat nak tido awal la. tapi aku tak boleh tidur pasal abah berdengkur kuat sangat. ekeke. tidur on-off. last jaga pukul 4 pagi baru dapat tidur nyenyak. aku perasan dalam pukul 3 tu abah masuk bilik. dia pun susah nak tido kot?


pagi bertolak nak dekat pukul 8. jalan agak sesak nak masuk utm skudai. rerupanya ada kat utm ada konvo. cuak gak aku kalau lambat sebab patutnya masuk dewan 30 minit lebih awal. tapi lantak la kalau masuk lambat kan. ini bukan zaman student dulu kalau lambat tak boleh amik exam.


lokasi exam ialah di dewan masjid sultan ismail, utm skudai (it's only my second time stepping foot in utm). hujan gerimis menambahkan lagi sejuk. terutama pada kaki aku yang bogel. kena bukak kasut before masuk dewan. ah, nyesal tak bawak sweater tadi.


overall, soalan dia bolehla dikatakan susah. not at all macam soalan untuk exam skim 14 yang aku pegi dulu. macam soalan PTD pun ada gak. pengetahuan am aku hancur. math tak abis jawab. english article plak aku baca dekat 10 kali pon tak paham jugak. bersimpang siur. complex. macam haram....


before jawab soalan esei (malay & english), lepas baca soalan aku termenung dulu sambil menahan panik dalam hati. err, mana satu soalan aku mau jawab? semuanya kelihatan blur.


akhirnya aku pilih soalan yang mana aku boleh kelentong banyak sikit. untuk english essay, aku jawab soalan no.3. "what do you think the country will look like.....2020....achieved the developed nation status......bla bla bla....,". oh, silap besar la kalau aku tak jawab soalan ni. pendapat aku soalan ni takde jawapan khusus jadi aku boleh jawab apa yang aku nak. takde betul atau salahkan? untuk esei bahasa melayu, aku jawab soalan no 1, pasal seniman and peranan untuk bentuk masyarakat berkualiti. aku bantai je la ikut suka hati aku. yang pastinya aku banyak mengarut untuk kedua-dua esei ni. janji siap. tulisan cakar ayam sebab nak kejar masa.


paling tak best ialah exam yang patut abis pukul 4.30 pm akhirnya abis kol 5 lebih sebab kertas soalan last, sahsiah tak cukup. dekat 40 orang kena kuarantin (termasuk aku la tuh). kena tunggu yang lain abis jawab untuk dapatkan kertas soalan. bengang gak aku. ingat nak jawab cecepat and blah. ape sangat la sahsiah tu. 20 minit dah siap. hitamkan kertas jawapan je...


mengantuk-sejuk-lapar-bosan-bengang. arghh............


petang tu jugak balik rumah. malam aku lepak gile. pukul 9.30 aku dah tidur.


apa lagi nak kata? aku rasa aku akan FAIL. sekian terima kasih.