Friday, September 5, 2008

cuti oh cuti

hari ni.

lepas subuh aku sambung tido. sekali aku terbangun dengan jantung berdegup dengan kencang. nafas kemain laju lagi.

ape kes?

aku mimpi terjun dalam parit dalam yang berair lagi berlumpur (dengan berpakaian celoreng askar). sepatutnya aku naik semula ke darat. tapi badan aku terlekat kat lumpur kat dasar parit. aku panik. nafas sudah abis. tangan cuba menggapai tebing tapi tak sampai.

dan aku pon terjaga. pergh, ngeri siottt....adakah itu satu petanda?

lepak jap pastu bangun. tengok jam hampir pukul 9. seperti biasa tempat pertama dituju setelah bangun ialah toilet.

1 minit dalam toilet....


NOOOOOOO..........


turutan peristiwa:
2 minggu lepas start tumbuh jerawat.
2,3 hari mood constantly in anger.
semalam sakit perut.


semua tanda jelas dan nyata. aku je kot yg kurang perhatian?
*ah, keciwa bangat sih. 30 days race tidak menjadi kenyataan*

Wednesday, September 3, 2008

tertinggal satu fakta

aku lupa nak bagitau satu hal. aku dulu pernah hampir dicabul. hampir. cuma hampir. nasib baik cuma hampir. and it was done (or nearly done) by my own trusted family member.


bukan abah ok.


i was scared shitless. ko tau, that night, masa aku bagitau ibu, dia tak percaya sama aku. tapi aku tak-lah menyalahkan dia. siapa yang sanggup fikir yang buruk-buruk pasal ahli keluarga sendiri kan? tapi bila adik aku (yang baru 11 @ 12 tahun masa tu. i was 16) mengadu hal yang sama, baru lah dia betul-betul memikirkan kemungkinan itu secara serius.


ajaibnya, aku baru tahu pasal adik aku tu beberapa minggu lepas. hmm....


buat seketika aku fobia bila nampak orang itu. badan aku akan jadi seram sejuk. i wore sweater all day long. i stopped talking with him. stop caring. stop thinking. i avoided him altogether. nasib baik aku cuma ada kat rumah time cuti sekolah je.


it went on for years.


i was betrayed. aku rasa itu yang paling menyakitkan/mengecewakan aku.


aku tak boleh kata aku sudah maafkan orang itu. cuma setelah sekian lama aku jadi lupa. or mungkin aku sengaja tak nak ingat.


terpanjang pulak entri ni. ingat nak tulis pendek je. ok. terus pada kesimpulan, aku sebenarnya rasa ngeri bila tengok ada wanita yang tak menghargai kehormatan diri. ironinya, ada wanita yang sungguh-sungguh jaga kehormatan diri tapi dirogol. ada pulak wanita yang senang-senang bagi body kat mana-mana lelaki.


jangan salahkan aku kalau aku agak sensitif/conservative mengenai hubungan antara lelaki-perempuan. now you know why...

Monday, September 1, 2008

satu ketika dulu (part 2)

ada beberapa perkara yang tragis berlaku di sekolah itu. pertamanya kematian seorang kawan sedarjah yang dikatakan overdose dadah. aku tak pasti adakah itu benar sebab aku rasa agak sukar untuk percaya a 11-years old kid boleh OD. i mean, where the hell did he get the drug?

itulah apa kawan yang lain kata. aku tak kenal arwah secara rapat. sekadar mengetahui nama.

keduanya, peristiwa haruan makan ikan. lebih tepat lagi, guru yang menggunakan muridnya untuk memuaskan nafsu serakahnya. shocking is it? tapi ini perkara benar.

guru itu merupakan guru muzik.dia mengajar kami semasa di darjah 6. dia ni bukanlah guru tetap di sekolah ini. setahu aku dia ni turut mengajar di beberapa sekolah sekitar situ. senior kami (termasuk jiran-jiran yang rapat dengan aku) pernah bercerita mengenai keserakahan dia ni. menurut mereka pihak sekolah tak boleh berbuat apa-apa sebab takde bukti kukuh.

kami semua (yang perempuan la) memang takut bila masuk kelas dia. mulanya takde ape-ape terjadi. one day ni, masa di bilik muzik dia pilih beberapa student untuk menyanyi lagu yang dia ajar. abis kelas, dia mintak Z, stay. kononnya nak betulkan nyanyian dia.

balik kelas, kami mula bising. kami yang rapat dengan Z naik risau. takut berlaku apa-apa pada dia. jadi salah seorang dari kami pergi untuk meninjau. malangnya dia tak nampak apa. bilik muzik merupakan bilik ber'air-con'. jadi semuanya bertutup.takkan nak bukak pintu plak kan...

tak lama lepas tu Z balik. muka dia selamba je. bila kami tanya dia kata takde apa-apa pon. tapi lepas haritu perangai Z jadi lain. kejap ketawa tanpa sebab. kejap macam bersedih. kemudian dia conteng-conteng kertas sambil memaki hamun guru tersebut. i knew it by then that something happened in that room. i just knew.

aku marah. aku sedih. aku menangis melihat dia. aku menangis bersama dia. hampir setiap hari aku menangis. satu hari aku tak tahan lagi. aku mengadu pada ibu.

tak sangka rerupanya ibu aku menyampaikan cerita aku pada jiran aku, yang juga merupakan guru. guru tersebut menyampakan pula pada guru lain. akhirya aku, Z dan S (juga mangsa) dipanggil oleh guru disiplin ke perpustakaan. kami diminta menceritakan apa yang terjadi.

eh, kenapa aku dipanggil sekali? rerupanya diorang assumed aku juga mangsa sebab cerita itu datangnya dari aku. aku nak bagitau cikgu disiplin tu, tapi dia suruh bercakap ikut giliran pulak. giliran aku yang terakhir plak tu. jadi aku dapat dengar cerita mereka. cerita Z yang dia rahsiakan tu. apa yang berlaku. and how she was saved by a teacher yang kebetulan masuk situ untuk amik barang. dia amik kesempaan itu untuk balik ke kelas. cerita S tidak la seteruk Z tapi boleh dikatakan satu bentuk pencabulan juga.

i cannot tell you the details. that day, i made a promise in the library, pada cikgu disiplin tu, pada Z, untuk merahsiakan apa yang aku dengar. paling penting, i promised myself not to tell anyone sebagai tanda penghormatan aku pada Z.

tak lama kemudian, guru tersebut kena buang kerja. we were relieved. ntah berapa ramai dah dia cabul. berapa ramai lagi bakal dia cabul. ntah berapa banyak jiwa yang dia rosakkan. bila sesuatu macam tu berlaku pada seseorang, somehow their live changed. macam budak yang kena liwat biasanya menjadi peliwat. or gay.

aku tak tau macammana Z sekarang. lepas sekolah aku dah tak dengar khabar dari dia. tapi peristiwa ini mengajar aku betapa pentingnya kawan. its nice to have friends who cares about you. the one you can talk to. the one who's willing to help even just a little. sekurang-kurangnya beban dalam hati kita dapat dikurangkan kan?

peristiwa ketiga, kawan aku meninggal akibat sakit jantung masa aku di awal tingkatan 1. arwah memang sudah lama menghidap penyakit tersebut. she used to be so active, so full of live. dulu walaupun dia sakit kami tak pernah layan dia sebagai pesakit. she too, never acted as one.bila dia tak hadir ke sekolah, kami beramai-ramai pergi menjenguk dia. kami kumpul duit untuk beli buah.

ah, tetiba aku rasa sayu. kadang-kadang aku terfikir, kenapa dia yang terpilih daripada banyak-banyak orang? mungkin ada hikmah disebaliknya. mungkin memang sudah sampai masanya untuk dia pergi. masuk tahun ni, dah 13 tahun arwah meninggal dunia. semoga rohya dicucuri rahmat. Amin.



bersambung..........

satu ketika dulu (part 1)

dulu keluarga aku selalu berpindah-randah. macam nomad kat padang pasir tu. uishh, bukan sebab kena kejar dengan along. tapi mengikut abah. dulunya dia bekerja sebagai pegawai felda. jadi kemana dia ditugaskan kesitu la kami pergi.

aku tak ingat di mana kami tinggal sebelum aku memasuki tadika. sabah pernah. pahang juga pernah. kemudian sekitar johor sahaja. sebelum abah bawa kami ke sabah (masa tu aku yang paling kecil), kami semua ditinggalkan di kampung belah ibu. lepas berapa ketika barulah kami menyusul. maklumla seberang laut, kena naik flight lagi. mestilah banyak benda nak diuruskan dulu.

itulah kali pertama & terakhir aku naik kapal terbang. sebetulnya aku tak ingat langsung. tapi ada gambar untuk membuktikan. tapi gambar tu ntah kemana dah. dihanyutkan banjir kot? ibu kata aku menangis dalam flight. cik pramugari yang pujuk aku. ekeke...

aku bersekolah rendah di tiga buah sekolah. untungnya aku masih kecil. jadi aku tak berapa nak kisah bertukar-tukar sekolah. budak-budak kan suka dengan sesuatu yang baru. tempat baru, sekolah yang baru, kawan baru. semuanya menyeronokkan. kalau sekarang aku menolak semua tu. sebab leceh. terutama bila kena mengemas.

masuk sekolah yang ketiga, masa di darjah lima, aku ibarat diserang kejutan budaya. aku dapati pelajarnya kebanyakan lantang bersuara, suka bersaing, sedikit lucah. gurunya garang dan suka bagi homework yang banyak. pendek kata jauh beza kalau nak dibanding dengan sekolah lama aku. dulu aku tak pernah rasa pressure nak belajar sebab sudah terbiasa menjadi antara top student dalam darjah. tapi di sini aku agak terbelakang. sekurang-kurangnya ada 10 orang pelajar yang lebih bijak atau sama bijak dengan aku.

aku juga tidak suka bersaing. aku jadi rimas bila setiap kali ujian ramai yang sibuk bertanyakan markah aku. haihhh, perkara semacam ini tak pernah berlaku di sekolah lama aku.

memang betul awalnya aku agak susah nak terima pembaharuan ni. masuk darjah enam baru aku betul-betul dapat adapt dengan evironment baru. sebenarnya aku bersyukur aku dimasukkan ke situ. belajar sebenarnya lebih seronok jika ada persaingan. aku rasa aku tidak kurang pandainya dari kawan-kawan aku. jadi aku berusaha untuk menyaingi mereka. tidaklah boleh dikatakan aku semakin rajin (sebab aku dari dulu sampai sekarang memang malas), tapi aku menjadi semakin aware dengan kemampuan aku. contoh, walaupon aku kurang sukakan matematik, berkat gurunya yang garang (garang-garang pon aku tak buat jugak kerja rumah dia bagi), aku dapati matematik tidaklah sesusah mana. aku confident akan score A for UPSR. kira hebat la tu. i used to be poor in math. B atau C ialah tahap aku.


bersambung...................



oh, aku baru tau di tempat lama sebelum pindah ke situ rupanya ibu dan abah pernah kena santau. tapi nasib baik kena sipi je. terhalang dengan pokok kelapa. akhirnya pokok kelapa tu yang mati. masa ubat ibu abah muntah darah. lepas pindah abah aku declare yang dia takkan jejakkan kaki kat situ lagi. maafkan aku kalau aku silap, tapi aku dapati kebanyakan peneroka memang tidak sukakan pegawai felda. aku pernah dengar sendiri pegawai felda dikutuk sampai kononnya nak bawak perkara tu ke press. pakcik tu terdiam bila tau aku salah seorang dari anak pegawai. aku buat dek je. pada aku lantakla pakcik tu nak cakap apa. yang penting aku tahu ayah aku bekerja dengan jujur.