Friday, September 12, 2008

aku VS kad raya

dulu aku punyalah gembira bila diberi kad raya oleh orang yang aku suka. hati senang sangat. berbunga-bunga gitu. kad raya tu aku simpan baik-baik. banyak kali aku belek sambil tersenyum.

eh, mungkin aku ni ada makna jugak kot pada dia. kalau tak kenapa dia susah-susah bagi kad raya kat aku kan? aku bermonolog sendiri.

p.e.r.a.s.a.n. padahal aku tau jelas yang dia sukakan orang lain.

beberapa hari kemudian barulah aku tau bahawa dia bagi kad raya kad raya kat ramai lagi orang/kawan/perempuan. tak termasuk pada gadis eye-candy dia yang aku tau awal-awal memang dia bagi.

hampeh!! terus aku simpan jauh-jauh kad raya tu. sampai sekarang aku tak tau mana dah kad raya tu.

kecewa. sebenarnya taraf aku takde bezanya dengan orang lain.

tapi bila imbas kembali rasa funny duh. ekeke....



yang sebenarnya, bila kita sukakan seseorang, secara tak sedarnya kita mencari satu petanda yang mungkin dia sukakan kita juga. mencari sedikit harapan untuk terus menyukai dia. tapi biasanya dalam keadaan begini kita cenderung memberikan diri sendiri harapan palsu.

just to survive...



*it's so ironic that archie (david archuleta) first single's title is crush. no bad. check it out guys!*

Thursday, September 11, 2008

it's like i've turned into a monster

or a step-mother. a wicked one.

it seems like i have a rage inside me, an emotional turmoil, for whom or what i do not know.

am i stressed?

gile ape aku stress. bukannya aku buat sebarang kerja bermakna pun belakangan ni (that having said, mizzy N, un-tag me please...)

ok, maybe i am. mentally, not physically.

because i am tired doing the same thing. seeing the same thing. feeling the same thing.


BEEING THE SAME ME.


yup, i am tired of being me.

i feel like i'm trapped in nothingness. inside out i'm empty.


BORED. I'M BORED.


i need a new perspective. a new place to go. a new face to see. a new thing to own.

i need to see a shrink!

err, can someone send me to a mental hospital?



-----------
kemana dah aku melalut?

lupakan apa yang kau baca di atas. sebenarnya aku kata "it's like i've turned into a monster" sebab aku sekarang asyik naik darah je dengan kucing-kucing aku sekalian. hari-hari aku naik darah. bukan apa, diorang ni asyik buat sampah je dalam rumah. kalau tak berak, sepahkan sampah. tak geram ke? lepastu nenek aku, mak aku, bapak aku semua nak berleter kat aku. suruh aku bersihkan. pastu nak blame aku. macamla aku yang suruh diorang buat sume tu.

BENGANG BETOL LA!

akibatnya kucing-kucing tu la jadi mangsa kebengangan aku. setakat kena bantai dengan penyapu tu toksah cakap la. sebat dengan rotan. kurung dalam bilik air. sengaja taknak bagi makan. hukuman la tu. dulu aku tak macam ni. marah-marah aku pun cuma pura-pura nak pukul je.

tapi kenapa aku tak rasa makin baik eh? lagi rasa teruk adela. lepas pukul mesti rasa nak menangis.

haii, itulah orang kata mak kita lebih sakit hati berbanding kita bila dia pukul kita. sayang namanya. dah buat silap pon sayang walaupun kadang-kadang rasa benci.

eh, kira aku pon macam mak kucing la kan?

lepas tu aku mintak maaf tau.

"sitam, sori tau kak cik pukul tadi. tu la, sape suruh jahat-jahat...,"

Monday, September 8, 2008

memasak ialah multitasking dan aku benci multitasking di bulan puasa

sebab cepat penat. bila penat tekak jadi haus. tapi inikan bulan puasa. mana boleh minum.


bila badan dehydrate, emosi jadi mula kurang stabil. hati cepat panas. jangan cuba-cuba komplen cara aku masak. nanti aku meletup.


juga jangan order aku suruh buat itu ini. ko buta ke? tak nampak aku tengah bz?


eh, aku tak kuasa-lah nak layan kau!


aku secretly wish cekodok saja sudah cukup untuk buat berbuka. tapi isk tak boleh. perutku yang besar ini memerlukan banyak karbohidrat untuk menenangkannya.


yang sebenarnya yang paling susah bagi aku di bulan puasa ialah untuk menahan sabar. ekeke....


kau macam mana?

to-my-future-brother-in-law (you know who you are)

what happened in the past, stays in the past. tak payah susahkan diri buat investigation pulak eh. kamu akan menyusahkan aku dan orang lain.


baca diam-diam. simpan diam-diam.


and DON'T ask ANY question.


ok?


sekian terima kasih.



yang benar,

bakal kakak iparmu *yang mungkin akan menyusahkan hidup kamu kalau kamu tidak mendengar cakap*