Tuesday, September 23, 2008

sesuatu untuk ditulis

it's not like i've been tagged or what, cuma kebelakangan ni aku tidak mempunyai idea untuk menulis. so here's 15 things about me. don't get bored ok.


1) asalnya aku dipanggil icik. itu panggilan oleh ahli keluarga & kawan sekolah rendah. ibu cakap sebab dulu aku kecik. sekarang? oh don't ask. masuk sekolah menengah, icik ditukar jadi acik (atau achik) oleh senior. lebih senang katanya. tapi bila ditempat baru aku biarkan je apa orang nak panggil aku (sebab aku malu nak mengaku orang panggil aku acik. macam kampung sangat). jadi kadangkala aku dipanggil izah atau eja. sebenarnya aku lebih prefer untuk dipanggil dengan nama penuh aku, sarizah. mereka yang taknak...


2) pernah dilanggar kereta masa kecik (tapi itu cerita lain), bawak motosikal straigh masuk lubang sampah rumah jiran masa darjah 6 (cerita lain jugak. next time aku tulis), jatuh basikal, humpp, banyak kali. oh, ada sekali dulu aku berlagak kononnya boleh bawak basikal sambil pejam mata. bad idea my friend. bad idea... tau apa menunggu aku bila aku bukak mata? tiang elektrik. tapi sempat ku elak lalu masuk dalam semak. huhu. calar balar la jugak badan aku.

kids, just don't try this at home.


3) aku dah 4 tahun lebih mempunyai lesen memandu (kereta). tapi nak bawaknya punyalah penakut. badan seram sejuk tiap kali duduk kat driver seat. paling jauh aku pernah pergi ialah ke pekan 20 minit dari rumah. (yang sebenarnya kalau kau bawak lebih laju dari 65-70km/h 8-10 minit dah sampai).


4) aku reti bawak motosikal, tapi takat depan rumah je. keluar dari zon itu aku tak berani. menggigil lutut.kenapa eh?. mungkin sebenarnya aku mempunyai fobia pada kenderaan bermotor.


5) masa form 1, aku dipaksa-rela untuk mewakili rumah dalam lompat tinggi. yang sebenarnya aku tak pandai pon lompat tinggi. aku pernah try tapi tak lepas walaupun rendah. kalau main lompat getah tu toksah cakap la. memang aku-lah juara.

dengan tak disangka, aku dapat perak. dapat pingat memang best tapi lepas tu aku demam + sakit-sakit badan seminggu. serik. lepas tu dah takde orang paksa aku masuk lompat tinggi. tahun seterusnya aku dipaksa masuk lompat kijang pulak dah. aih, jadi junior memang selalu kena buli..


6) lepas abis sekolah aku berhenti bersukan (kecuali waktu koko). walaupun aku mempunyai kesukaan pada sukan tertentu, aku tinggalkan sebab passion sudah tidak ada. sudah muak dengan politik sukan barangkali. pada aku bersukan cuma best bila kita main untuk suka-suka dan dengan orang yang kita suka. lagipun aku malas...


7) aku jenis yang suka belajar tapi tak suka buat keja sekolah. sepanjang sekolah rendah & menengah, tak terkira berapa kali aku kena panggil @ kena denda dengan guru matapelajaran sebab tak siapkan kerja. guru matematik suka suruh aku selesaikan soalan kat papan hijau untuk mendera aku, eh, untuk kasi aku belajar and prepare. benci tapi berkesan. aku memang tak score matematik waktu ujian bulanan, tapi hasil aku belajar sendiri (sebab tau tak pandai) + kegarangan melampau seorang guru, aku score jugak for the big exam. tapi aku tak score matematik tambahan. matematik tambahan umpama rocket science pada aku. too complicated. lagipun last minit study mana boleh paham kan?

lagi satu, dulu aku lagi rela tidur dari stay-up untuk belajar.


8) kecik-kecik dulu aku suka lagu-lagu ini: Paula Abdul-Rush Rush (aku masih ingat ada keanu reeves dalam video clip tu. hot!), Paula Abdul - straight up, Mariah Carey - Hero, Debbie Gibson - Eletric Youth, Michael Jackson - Black & White, John Secada - Just Another Day, Richard Marx- Hazard (who the hell killed mary?), Kathy Troccoli - Everything Changes dan banyak lagi songs from the 80s/early 90s. semua hasil dari influence along aku.

rush rush, hurry hurry lover come to me,
rush rush, i wanna see ya, i wanna see ya get free with me uhh...




Electric youth
Feel the power, you see the energy
Comin' up
Coming on strong
The future only belongs
to the future itself/in the hands of itself
and the future is
Electric youth
It's true you can't fight it
Live by it
the next generation...




cukuplah 2 vids je. yang selebihnya korang cari la sendiri kat youtube.


9)antara perkara yang selalu membuatkan orang bengang pada aku ialah suka mengambil mudah hal yang serius/penting. i'm trying to change this habit though...


10)aku keturunan JaYu iaitu Jawa (belah abah) plus MelaYu (belah ibu). tapi darah jawa lebih pekat kut pasal orang kata aku mirip abah. lagipun dah selalu orang kata muka aku muka jawa. aku tak suka sebab aku akan membayangkan bibik, maid abang aku dari indon tu. muka aku muka indon ke?

tapi ada sekali sorang pekerja flex, indian from india cakap (bentuk) muka aku macam muka india muslim kat sana. later on i said to isti "padan la bangla-bangla ni asyik pandang aku je. rupanya aku serupa dengan diorang,". haru....


11)aku rasa aku lebih paham kucing dari manusia.


12)aku kurang gemarkan budak-budak dan aku tak suka pegang bayi. kehadiran anak sedara aku diharapkan dapat mengubah sikap aku yang satu ni...


13) i can be so freaking selfish. tapi korang dah tahu kut?


14)benda perempuan yang paling aku tak suka ialah menjahit tangan. maksud aku menjahit menggunakan tangan. guna mesin kacang je.


15)yang ni mesti korang dah tau. aku suka berkaraoke. but who doesn't, right?



should i tag someone? aku tak pernah lagi tag orang kan? aku tag jamal & shaggy (saja nak bagi korang something to write about), mizzyn (i know i still owe you. nanti k), AlongFaryn & wawa. tapi terpulanglah sama ada korang nak buat @ tak. do it only if you're free.

fir, aku tak tag ko sebab i know now your head is swimming with ideas. jadi takyah la aku dok menambah idea lagi kan? nanti sesak pulak.

Sunday, September 21, 2008

brilliant.i.am

petang tadi, ibu, abah, akak & dua orang adik aku pegi shopping raya kat Giant, muar. seperti biasa, makhluk yang kena tinggal pastilah aku. ye aku. sebab kereta kelisa kecik abah aku tu mana muat nak sumbat ramai-ramai.

aku. sebab aku selalu je mengalah setiap kali situasi seperti ini timbul. EVERYTIME.

my goodness, why do i have to be so damn kind?


aku. sebab aku tak sampai hati tengok ibu aku serba salah dan akhirnya offer untuk stay just so i can go. *like duh, my dad won't be happy if she wasn't around*


aku. sebab puasa dan aku takde mood nak jalan-jalan waktu puasa.


aku. sebab aku dapat idea bagaimana untuk menukar situasi ini menjadi lebih bermanfaat pada aku.


jadi aku dengan lapang dada membiarkan mereka pergi. tapi not before aku menge'pow' kakak aku KFC and chacos, pow ibu aku top-up, pow adik aku yoghurt drink.

tengok, sampai adik aku pon aku tak lepaskan.



GOD, I AM GENIUS!



akhirnya aku yang untung sebab tak keluar sesen and tak penat berjalan. YEA!


[baju raye aku dah lama siap. before puasa lagi. satu je, kaler biru. mungkin akan diulang-pakai selama 3 hari raya. haha...]