Thursday, October 9, 2008

perihal raya

aku rasa terlalu banyak untuk dieritakan tentang raya. jadi biarlah aku buat summary je.









1) hari raya pertama disambut lebih kurang sama seperti yang kutulis di sini

2) kuih raya langsung tak buat. punyalah berkobar2 nak buat tapi akhirnya haraam satu pon xde.

3) first time masak rendang daging. kalau ditanya sedap ke tak mestilah aku kata sedap. haha. taklah. aku pon tatau. setelah berpenat lelah memasak sampai 3 jam aku tak makan pun rendang tu. langsung. sebab aku memang tak minat dengan rendang daging.

4) 2nd day raya masak laksa johor. juga kali pertama untuk aku. dulu masa bujang angah aku selalu buat. tapi asam laksa la. aku nak buat kelainan dengan buat laksa johor. resepi aku cedok dari majalah mingguan wanita edisi khas aidilfiri. tahun lepas punya keluaran. aku takdela suka makan laksa pun. agaknya kurang jadi. tapi 1 kg spageti (2 kg lepas direbus) dengan kuah abis licin. fuhh, memang kuat menketedarah sepupu sepapat aku nih.

5) total duit raya aku dapat = RM30 (+ RM100 ibu abah bagi buat belanja raya)

6) jumlah hari tak bangun sahur = 2 hari. jumlah hari tak puasa = eh takde maknanya aku nak bagitau korang!

hari aku tak sahur tu ibu abah ajak plak pegi pasar kat parit sulong beli kuih @ kerepek untuk raya. memang menyesal tak sahur. hari panas terik dengan mengangkut kuih raya yang berat memang rasa macam nak pengsan. balik rumah aku tahan diri gila gila supaya tak minum air paip. minum sirap kang nampak sangat. ha korang rasa aku berjaya tak?

7) raya ni bermakna sebab aku berjaya melakukan apa yang aku nak buat selama bertahun-tahun iaitu minta ampun maaf pada ibu abah di hari raya. mungkin korang tak heran kut sbb memang dah jadi kebiasaan korang. tapi takde kebiasaan ni kat family aku. aku ajak adik2 semua tak nak. jadi aku buat la sendiri. mujurlah aku tak melalak. weh aku ni sentimental orangnya. baru fikir nak buat dah rasa nak melalak. belum buat lagi. tapi aku tak melalak pon akhirnya sebab aku malu. haha.

8) aku selsema + sakit tekak dari 2 hari sebelum raya sampai harini tak baik lagi. apa pleasure makan tak de rasa. hampeh!

9) semalam ada marhaban kat rumah. tok sedara aku nak jumpa aku lepas tu. ingatkan apa, dia bercerita pasal ad*l ala-ala promote itu. aku dengar je la.ingat tak aku pernah tulis pasal akak aku dicarikan jodoh disini? atuk aku yang ni la yang sibuk buat promosi. jadi telangkai gitu. aku rasa kalau dia set-up satu website untuk cari jodoh pon bagus jugak la. buat full time takyah la menoreh lagi. haha...

[sebenarnya aku dah ada orang yang aku suka. tapi nampak gayanya orang itu sudahpun merelakan pemergian aku. atau aku sendiri yang merelakan dia pergi. sebab aku penakut. sebab aku tak berusaha. truth is, aku sudah penat mengejar. penat sampai tak mampu nak berdiri. sudahnya aku biarkan masa berjalan seperti adanya. i have my chance but i let it slipped away. sebab aku penakut. sebab aku takut kecewa]

yeah. so now i'm trying to keep an open mind. siapa tahu cinta akan muncul tanpa aku perlu mengejar kan? aku rasa sangat poyo dengan ayat aku ini. tapi inilah yang aku rasa sekarang. semoga aku tak perlu lagi melalui saat di mana aku terpaksa berlagak strong when actually inside i'm breaking.



wait, let me wipe off my tears first.....*damn emo*
-
-
-
-
-
hah, aku bukan je sentimental, emosional pon ye jugak!




so to sum it all up:


to mae, akram, edy_boy, isti, abg zahrene, wawa, shaggy, laila, jeni, jamal & hisyam, terima kasih atas your raya wishes. tapi aku tak ingat sama ada aku reply balik takl mesej korang semua. anyway, selamat hari raya & maaf zahir batin. aku harap dapatlah dimaafkan segala salah silap aku pada korang.

yang wish kat frenster pon terima kasih ye.

yang wish kat blog pon aku ucapkan terima kasih.

to oma, aku masih tak msg kau lagi. alamak. aku lupa la! btw, happy hari raya eh. kalau ada terngumpat tuh aku mintak maaf tau =P



peace y'all!!

Sunday, October 5, 2008

perihal dua hari sebelum raya

petang dalam pukul 5 aku main kucing kat luar dengan adik aku. saje lepak luar pasal malas nak tolong masak (eh, bukan selalu tau aku buat). sekali ada 2 buah moto masuk laman. cik r*s datang dengan anak buah dia, 2 org budak lelaki kecik dengan sorang lagi budak lelaki besar. biasa kalau nampak orang datang aku cecepat lari masuk rumah tapi kali ni tak pulak. sebab tak sempat & sebab aku kenal. cik r*s ni sedara aku yang aku baru kenal masa sama-sama terdampar kat balai raya kampung jiran masa banjir hujung 2006 dulu. orangya agak ramah la jugak.

cik r*s tanya mana nenek so aku assume dia nak datang jumpa dia la. aku cakap kejap aku pergi panggil. sekali dia menyusul aku and cakap....




"atok...bla...bla...tolong....bla...bla...bla...bla....dia datang nak jumpa acik,"




bla bla bla tu sebab aku tak dengar apa dia cakap. cik r*s sakit tekak jadi suara dia jadi sengau. haha. yang aku dengar ayat last tu je la.



dia datang nak jumpa acik.

dia datang nak jumpa acik.

dia datang nak jumpa acik.

[HAH? DIA DATANG NAK JUMPA AKU???]


terngiang-ngiang ayat tu kat fikiran aku.


nak jumpa aku? what the h*ll? pertemuan jodoh ke hape ni??


eh? musykil ni. muskyil....




aku tanya cik r*s sekali lagi. cik r*s kata dulu nenek aku pernah mintak tolong kat sedara aku yangmanantah rekemenkan aku keje. jadi sedara aku tu datang la nak jumpa aku. itulah dia si budak lelaki besar tu.

oh, aku salah rupanya...haha.

aku cakap dengan cik r*s aku tak tau menau langsung pon pasal hal ni. dalam hati aku dah menyumpah nyumpah. apehal nenek aku nak sibuk2 hal aku? yang dia memandai-mandai cakap pasal aku kat orang lain tu apsal? ade aku suruh?

ala korang mesti nak cakap dia berniat baik kan? mesti nak backing dia kan? ala toksahla...aku tak makan suma tu. aku pasti dia dah cakap ayat yang sama kat ramai lagi orang lain. mane taknye, makcik aku yang kampung jauh2 pon tau sebab orang lain sampaikan. dahla bagi komen yang menyakitkan hati aku. macamlah aku taktau takde orang yang nak bagi kerje gitu aje. macamlah aku tak tau takde kerja yang datang bergolek. macamlah aku ni bodoh sangat. kulit muka keras sangat sampai nak merayu-rayu kat orang. intention baik kebenda. buatkan aku macam orang bodoh. memang dia suka buat aku macam tu pasal dia tau aku tak suka dia.

fuhhh, abis cite pasal dia. sememangnya aku mempunyai kemarahan terpendam terhadap dia. mujur dia tak pandai internet. jadi aku tak payah risau la dia baca ayat aku ni kan?

berbalik pada cerita tadi, dalam keterpaksaan aku pon pegila jumpa dengan budak tersebut. ad*l namanya. bukan budak pon. tapi sebaya. dia terkejut bila tau. aku rileks je. walaupun sedara dia tak pernah jumpa aku, aku tak pernah jumpa dia. tak pernah tau kewujudan masing-masing. dia tanya aku itu ini. bagi tips sikit-sikit. ala benda-benda biasa yang aku dah dengar banyak kali. pastu bercerita pasal pengalaman dia. tak tau la dengan dia, tapi sebenarnya aku rasa kekok nak berborak dengan diperhatikan 3 pasang mata, nenek aku, mak aku & cik r*s. ibarat pergi first date dengan satu family ikut sekali. wakaka.

ad*l seems like a nice guy. he's very motivated [you can tell by the way he talks], confident, humble and in a way, sweet. in short, he's someone you can easily like. physically wise, orangnya kurus, average height [meaning tak berapa tinggi tapi lebih tinggi dari aku] and muka pon boleh tahan la. aku bagi dia 4 bintang sebab dia super nice pada aku. chewah!!!

eh aku takdelah nak cite pasal ad*l ni kalau takde pape kan? sampai bagi bintang segala. yang sebenarnya ad*l bagitau mak dia yang dia suka kat aku and dia suruh mak dia masuk meminang. haha lawak kan? mak dia yang bagitau kat ibu. tapi ibu tak bagitau kat aku pun. dia bagitau adik aku & it's supposed to be a secret. tapi adik aku dah terbocorkan rahsia sebab dia tak tau pon itu rahsia. ibu pulak bila aku tanya dia tutup mulut. huh. mujur aku tak tau pasal tu masa second time aku jumpa ad*l masa dia datang beraya. kalau tak aku mesti malu-malu kucing kan? tapi hati aku memang ada sedikit rasa lain macam pun time tu. wakaka..

aku banyak jugak fikir pasal ad*l lepas aku tau tu. walaupun begitu janganlah kalian menganggap bahawa aku memandangkan serius mengenai perkara 'meminang' tu. mungkin dia bergurau senda je kot dengan mak dia. cuma, kalau semua tu betol la, aku kagum macam mana dia boleh suka pada aku yang dia jumpa less than 3 hours, yang cuma cakap beberapa patah perkataan pada dia, yang senyum pun sebab terpaksa, yang sangat selekeh ketika itu [gile memang selekeh aku time tu], sampai boleh terfikir untuk membina hidup dengan aku?


mungkin itu hari bertuah aku......kut?



??????????
??????
???
?



or not?








aku panggil pokok ni pokok bunga-bunga cinta sebab bila aku tengok aku rasa macam nak menyanyi lagu 'aku sedang ingin bercinta' versi dangdut, bergelek dan bergolek-golek kat tanah macam filem hindustan. best best...



pasni aku buat entry perihal raya pulak. tunggu mood datang dulu....