Friday, October 17, 2008

people change people. love change people.

semalam aku berbalas sms dengan kawan lama. lost contact boleh dikira agak lama jadi banyak benda nak di ketchup (catch up). tapi banyak mana sangat yg boleh disembang guna sms kan? so cakap benda-benda penting je lah.

so terborak la pasal awek dia nih. dia ni orangnya yang aku kenal ialah orang yang very secretive. jadi walaupun aku regard dia as best friend, aku sebenarnya tak berapa tau apa perasaan dia. mungkin sebab dia lelaki jadi segan nak share feeling dia dengan aku. atau mungkin juga dia sebenarnya tak anggap aku sebagai best friend? ha sape tau kan?

in the past, dia tak pernah la nak berjiwangs dengan aku. walaupun dia ada bagi hint sikit yang dia mungkin ada minat kat seseorang (bukan seseorang ye), tak pernahnye dia nak cerita pasal orang tu pada aku. geram tau! dah la aku ni curious orangnya.... dia ada jugak berkirim salam dengan kawan aku. tapi aku tau bukannya dia serius pon. haihh kawan punya pasal aku layankan je la walaupun aku tak suka. kalau kawan aku perasan macam mane? tak suka la!

sebenarnya taklah borak pasal awek dia pon. borak pasal perasaan dia pada awek dia tu je. dan macammana dia berubah lepas dia bersama (bukan bersenggama eh) dengan awek tersebut.

aku memang kenal dengan awek beliau. tapi kenal dari jauh je. dan aku pernah cakap dengan beliau kalau aku lelaki aku mesti nak ngurat perempuan itu. sebab awek itu baik orangnya. pendek kata serba serbi cukup untuk dijadikan bini. tapi tula aku ni kan perempuan. tak bernafsu dengan kaum sejenis aku. haha.

jadi kawan aku ni pendek kata telah berubah. dia kata dulu dia seorang yang kasar percakapannya, [it's true] sekarang oleh kerana aweknya seorang yang halus jiwanya, maka dia telah berubah jadi lebih tenang & sabar. itu kata dia la. aku dah lama tak jumpa dia mana aku tau kan? ntah ntah dengan awek je jadi mellow. dengan aku agaknya masih sarcastic seperti dulu. haha.

aku rasa kuasa cinta memang besar. sebab itu manusia memerlukan cinta dalam hidup. cinta pada tuhan, pada kekasih, asalkan cinta kita pasti mahu berubah menjadi orang yang lebih baik. sepatutnya memang begitulah...kalau terbalik aku tak tau lah...

so, kepada kawanku itu, aku gembira untuk kau. memang sangat gembira sebab aku rasa kamu berdua memang sangat sesuai bersama. orang yang baik untuk orang yang baik....memang betol pon ayat tu. aku doakan kebahagiaan korang =D


btw, ape bro bro? i'm not ur bro tau. i'm a girl....




[aku cakap aku tak percaya cinta pandang pertama kan? lepas aku baca ini aku rasa macam dah goyah pulak kepercayaan aku]

Thursday, October 16, 2008

sebelum dan selepas

dulu dia begini


sekarang dia begini



dia dah takde mood dah nak buat peace. biar akak gila dia ni yang buat peace untuk dia. haha...

eh walaupon aku begitu aku sebenarnya kakak yang baik tau =P




p/s: mesti dia ngamuk kalau tau aku upload gambar buruk dia kat sini. rahsia eh kawan kawan?

Tuesday, October 14, 2008

why now?

kepala aku pusing. hati aku tak tenteram.

tau kenapa?

adik aku jatuh moto. semua gara-gara budak yang takde hotak bawak basikal macam jalan tu bapak dia yang punya.

damn!

she's having her PMR right now. kalau aku pon rasa upset apetah lagi dengan dia.

ada orang tolong bawakkan dia pegi klinik/hospital. ibu abah ikut sekali. aku taktau how bad is her injury, all i saw was some blood. dapat tengok sekilas je tadi. itupon aku dah pening sebab aku fobia dengan darah.

ah aku rasa nak nangis. baru aku tau sebenarnya aku care jugak kat dia.


-----------------------------------

UPDATE

terima kasih atas keprihatinan anda semua.


adik aku ok. setakat ni selain kehilangan 2 batang gigi dan calar balar di muka, tiada kecederaan serius. aku masih belum melawat dia lagi. mungkin petang ni kut. mungkin dia akan terus stay hospital sampai habis PMR. oh ye, dia akan abiskan exam PMR kat hospital. pihak hospital akan inform kementerian pelajaran bila ada kes-kes seperti ini. nasib baik.

budak tu pulak mengikut kata mak dia benjol di kepala, luka di siku & goyang gigi bawah. makcik tu datang rumah malam semalam pastu menyusul ibu abah aku ke hospital. dia kata dia tak senang hati. lagi dia kata dia tak perasan bila anak dia & adik aku berlanggar. sedar2 adik aku dan terduduk kat jalan, kasut dah tanggal, menangis & berdarah. motosikal belum di bawa pulang tapi mengikut atuk aku parah jugak kecedaraan yg dialami beliau.


adik aku cakap dengan mak aku "ala bu, orang taknak jadi rongak..."



sedikit gambar sebagai pemberi bayangan




gambar tudung beliau yg dipenuhi tompokan darah tak sempat diambil. setelah motosikal pulang, aku akan upload gambarnya di sini.


aku terfikir yang nyawa manusia ni sangat rapuh. sedikit kelalaian dari orang lain boleh menyebabkan kecelakaan pada kita. orang yang menyebabkan orang lain celaka, boleh tidur nyenyakkah mereka pada waktu malam?

Sunday, October 12, 2008

Akan Datang

akhirnya

selesai sudah aku menonton siri drama jepun proposal daisakusen setelah 2 bulan.



akan datang

Proposal Daisakusen: The Review.



watch out y'all!