Friday, October 31, 2008

aku VS best friend

ter'inspire' dengan entry miss qider, aku pun ade cerita pasal bestfriend. biar aku cerita kisah sedih aku beberapa tahun dulu.

KISAH SATU

hujung tahun 1994, aku masuk ke sekolah berasrama. walaupun dah terbiasa berpindah randah bertukar sekolah sepanjang sekolah rendah, inilah kali pertama aku benar-benar berjauhan dengan keluarga. inilah kali pertama aku tercampak ke tempat asing dan melihat muka muka yang tak familiar. sekurangnya-kurangnya dulu bila masuk sekolah baru aku sentiasa bertemankan kakak aku yang umurnya cuma beza setahun dari aku. tapi di sini, di sekolah baru, segalanya bagai baru bermula. hidup baru aku bermula di sini.

dalam dorm aku, termasuk aku, ada 5 orang budak form 1. tapi dah ditakdirkan tak seorang pun yang sekelas dengan aku. dua orang masuk kelas Alpha, 2 orang masuk Beta, aku pulak masuk Omega.

di kelas, 3 tahun seterusnya aku duduk dengan orang yang sama. F namanya. aku sangat mengagumi F. selain baik dia juga pandai, rajin dan alim. walaupun luar kelas aku baik dengan orang lain, aku anggap F macam besfren aku. aku ingat dia pun anggap yang sama.

ada sekali dia kena hantar pergi ke hospital sebab jatuh. bila aku dapat tau (dorm dia tingkat 2. aku ground floor. berita lambat sampai), aku menangis sungguh sungguh. aku sangat takut kalau terjadi apa apa pada dia. korang rasa benda tu biasa kan? biasa la kalau risaukan kawan kan? tapi aku rasa lain. aku tak pernah risaukan orang lain macam aku risaukan dia. apetah lagi untuk menangis.

satu hari.....

masa tu dalam exam english essay ada tajuk my bestfriend (kalau aku tak silap). soalan tu soalan pilihan kalau kau taknak jawab ko jawab je lah soalan lain. abis exam kitorang (aku, F & N) borak borak la pasal tajuk essay pilihan kitorang.

sekali je F cakap "saya tak jawab soalan tu. my bestfren, saya mana ada bestfren,"

aku terdiam. ayat tu umpama anak panah robin hood yang kena bulls-eye buat kali ke tujuhbelas. bull-eyes itu ialah hati aku. impaknya sangat kuat sampai aku masih boleh ingat lagi kata-kata dia sampai sekarang. ah rupanya selama ni aku je yang perasan aku bestfren dia. sungguh aku tak sangka...

walaupun beberapa tahun lepas tu dia sudah menganggap aku sebagai besfren, the damage had already been done. hati aku ni dah rosak. betul kami bestfren sampai habis sekolah walau selepas dia kena pindah kelas pandai dan aku dapat partner-in-crime baru. tapi dalam friendship tu macam ada lompong yang tak boleh diisi. feeling tu dah tak pure macam yang mula mula aku rasa dulu.

aku tetap sayang pada dia though. sebahagian daripada sisi baik aku yang ada sekarang mungkin takkan terwujud tanpa dia.

KISAH DUA

N ialah salah seorang dormmate aku. kami tidak pernah sekelas dan kami juga punya circle of friends yang berbeza. aku rasa aku agak susah nak fit in dengan dia sebab kami sangat berbeza. lagipun aku dapat rasa/tau awalnya dia memang tak berapa suka dengan aku. aku tak salahkan dia pun. suka hati dia la nak suka atau tak suka kat aku kan? hati dia. perasaan dia. takkan aku nak buat baik kat dia supaya dia suka kat aku kan?

ntah macammana ada satu ketika kami boleh jadi baik pulak. mungkin disebabkan kami berkongsi katil double decker tu. dia atas, aku bawah. boleh kata setiap malam kami akan berborak borak sambil lepak di katil aku sebelum tidur. kadang-kadang stay-up sama sama kat surau. tapi jarang sebab aku lagi suka tidur dari stay-up. aku bukan kaki belajar macam dia.

satu petang ni, tetiba dia hilang dengan sorang lagi dormmate aku, I. sampai malam tak balik-balik. kawan-kawan lain suspek dia pegi outing haram, atau lebih dikenali sebagai 'up' disekolah kami. aku diam je la. mungkin ye la kut tapi heran jugak aku, awat tak bilang sama aku? nak ikut memang tak la kan. aku memang jenis tak berapa rajin nak buat perkara yang bakal menyusahkan diri.

malam tu kebetulan ada event apentah kat sekolah. ada bukak gerai ala-ala pasar malam kat basketball court. tetiba je dia muncul dengan I. jadi kami yang lain ni sibuk la tanya mana dia pergi & stuff. some time later aku tanya dia, kenapa tak bagitau aku?

dia jawab "buat ape bagitau kau. buang karen je,".

BUANG KAREN JE KO KATA???!!!!

aku terdiam. ayat tu umpama anak panah robin hood yang kena bulls-eye buat kali ke lapanbelas. bull-eyes itu ialah hati aku. impaknya sangat kuat sampai aku masih boleh ingat lagi kata-kata dia sampai sekarang. ah rupanya selama ni aku je yang perasan aku kawan baik dia. sungguh aku tak sangka...

selepas peristiwa tu, sikit demi sedikit aku menjauhkan diri daripada dia. sampai la kembali ke asal macam sebelum aku baik dengan dia. aku tau dia pelik. aku tau dia hairan. dia ingat i simply get bored with her. yang dia tak tau, yang aku tak boleh nak bagitau dia, sebenarnya aku sangat terasa dengan peristiwa itu. aku sakit hati dengan peristiwa tu. ye memang aku bosan. aku bosan bila orang tak appreciate aku. lagi bosan bila orang treat aku ni macam doormat. doormat has feeling too, you know?

lebih tepat lagi aku tak tau macam mana nak mengadap dia lagi lepas apa yang dia cakap tu. bolehlah dikatakan aku sangat kecewa. mungkin kalau dia mintak maaf afterward aku takla terasa sangat. tapi dia boleh cakap ayat tu tanpa rasa bersalah maknanya dia maksudkan la ape yang dia kata tu kan? yang aku ni buang karen je?

hummp, sama je la kalau dia kata aku ni takde makna pada dia.

dia buat aku sedar diri yang aku sebenarnya tak layak menjadi kawan baik dia. itu bukan tempat aku.

KISAH TIGA

perempuan ni kata dia anggap aku sebagai bestfren dia (dia kata, aku tak. aku pun tak pernah kata dia besfren aku) dek kerana kekerapan aku menjadi pendengar setia dia, jenis yang palat sikit, jenis yang sedikit tidak mengenang budi dan tak tau muhasabah diri. selalu dia nak salahkan aku atas perkara yang dia pun pernah buat kat aku. aku tak bising pun, yang dia bising kenapa?

aku benci perangai dia yang palat tu. rasa nak hentak je dengan helmet. tapi kadang-kadang dia ni baik jugak. haihh....

-----------------

dua kisah petama aku tak pernah cerita pada mana-mana orang.

tak perlula aku memanjangkan lagi cerita ni. pendek kata, tiga kisah ini telah cukup buat aku sangat susah untuk mengaku mana mana perempuan sebagai bestfren aku. kawan baik mungkin banyak. kawan TERbaik lain cerita.

dengan lelaki lain sebab aku rasa bonding antara perempuan dengan lelaki tak sekuat bonding antara perempuan dengan perempuan. lagipun kawan TERbaik aku yang lelaki semuanya best. best la sebab aku tak ngadap muka diorang hari hari, tak makan sepinggan, tak tidur sebantal. kalau tak macam haram jugak la kut..haha.

tapi jujur aku kata, isti memang bestfriend material. bukan nak promote atau puji dia lebih-lebih, tapi itu fakta. memang dia ada sedikit masaalah mental (contoh: moody secara tiba-tiba, especially bila tidurnya diganggu. haha), tapi dia sangat baik ok. dia juga cool.

dah, jangan nak rebut dia pulak lepas ni. hehe.


kesimpulannya di sini, aku sebenarnya jenis yang agak cepat terasa juga. common trait bagi perempuan la kan? kalau aku tak boleh luahkan apa yang aku rasa aku jadi terseksa. bila aku terseksa aku akan mengelak dari orang yang buat aku terasa tadi. kadang-kadang aku akan ok dengan sendirinya. aku boleh buat macam biasa. kadang-kadang, macam kisah dua tu, aku akan terus mengelak dan mengelak. aku akan mengelak bila aku rasa tak boleh nak berhadapan dengan orang itu. perempuan di kisah tiga itu, walaupun aku tak mengelak dari dia, aku berhenti dari menjadi her shoulder to cry on. aku serious malas nak layan orang yang suka tikam belakang ni. buang masa tau...


*err, aku mintak maaf kalau aku ada buat salah kat korang. harapnya aku bukan kawan yang teruk pada korang*

Wednesday, October 29, 2008

all thanks to Thunder 5

let me tell you this, i'm not so much of a moviegoer. heck, i'm not even a movie watcher. i don't get all hype & hyper everytime a new movie is coming out. in fact, i rarely care at all.


rarely? means i usually don't care, but sometimes, unwillingly, i ter'care'. usually when there's partner in crime. usually when isti's around. hehe.


truth is, i'm cheap. err, i'm a cheapskate. i don't go to movies because i don't like to pay for something that i might not like. but i don't mind going to the movie if you'll pay. if i really want to watch movies, i'll go & buy a RM10 pirated DVD. a pirated DVD got 3 (sometimes 4) movies rite? so cheap maa...doesn't matter la if the movie not good. so long as it's cheap.


thanks to Thunder 5 or Xunlei 5 [sila google kalau anda tak tau], i've watched quite a number of movies lately. compared to utorrent, thunder 5 offers superfast downloading. it used to take me about 3 months to download a movie using utorrent (which pretty much shatter my will to download), it'll only takes me about 1 to 2 days using thunder 5 ( around 6-8 hours if you don't switch off your pc). of course, it depends on the seeder la kan. lagi banyak lagi cepat. lagi satu, selain torrent file, you can also use it for direct downloading.


they say thunder is fast because it can bypass streamyx capping. well, thank god for that!


thunder 5 sofware is originally from china (xunlei means thunder), so it is in chinese. if you are like me, you know you can't read chinese. but don't worry, an english language is made available by hehehunter. the translation only cover the basic operation though. but hey, it is good enough for me.


this is pretty much what Thunder 5 looks like.




can you see what i currently downloading? [pic sudah ku edit. "we're not gonna show the rest of the world we're pirated people. we've got dignity to keep"~ copy paste ayat dari satu forum. haha]


so far i've watched/downloaded

1) you don't mess with the zohan

2) deception

3) ironman

4) transformers

5) speedracer

6) indiana jones and the kingdom of crystall skull

7) wanted

8) susuk (di download oleh adik aku)

9) 2 bleach movies & countless bleach & naruto anime.

mungkin ada lagi tapi aku tak ingat. for the record, i've been using Thunder 5 for like 6-7 weeks.


DVDrip je yang aku donwload. alang-alang free biarla berkualiti kan?


ironman & speedracer were good, transformers was amazing. i never thought i have a stomach for CGI (because CGI has failed me before), but in transformers the CGIs seem so real, so alive. and who can forget optimus prime's voice? i'm happy they used the original voice from the cartoon. very nostalgic. yes, i used to watch the cartoon. i like transformers. i always have.


waitseminit, i'm not here to talk about transformers, am i?


i'm going to download more movies. anybody want to recommend me any good movie?



i have to promote this, please, sesape yang tak tengok lagi Ouran High School Host Club (anime, 26 episodes) silalah tengok. sangat best ok! aku tak habis download lagi but i will soon. i can't wait!




again, i broke my janji melayu. bad achik, very bad.....