Saturday, November 8, 2008

untuk apek sayang....

gua telah ditag oleh apek kacak (sila muntah) oleh itu walaupun gua tak rela terpaksa juga gua jawab.

1. What are you wearing?
t-shirt tido, seluar tido. jenama pasar malam.

2. What did you do last night?
layan bleach. kol 12 tido.

3. Favorite Memory with significant other?
not something that i want remember.

4. Last gift received?
sudah lama tak menerima mahupon memberi hadiah.

5. Describe the last picture you were in?
atas katil tengah lepak dengan adik beradik sambil buat peace.

6. Last thing you ate?
nasi lauk telur asin kuah kari udang.

7. Last thing you drank?
teh tarik buatan tok yah.

8. What kind of underwear are you wearing?
takde kojo aku nk bgtau ko.

9. What was your best vacation?
everyday is a vacation.

10. What are you most looking forward to in the next vacation?
aku sangat ingin pergi ke laut, buat istana pasir, cari kulit siput.....

11. What is happening around you?
the usual.

12. What is your shoe size?
6 (or 7)

13. Last event you dressed up for?
ntah.

14. What is the most cheap thing you bought?
gula gula seposen

15. What is the most expensive thing you have on right now?
jam yang abah bagi tapi telah aku hancurkan engan membasuhnya dalam mesin basuh. tak sengaja ok!

16. What is your favorite smell?
as long as it smells nice

17. Is there something you really want to buy right now?
antara handphone (i'm still using my sister's hp) & digital camera .

18. What are your nicknames?
icik, achik, chomell (sila muntah) but the later one dah bertahun tak guna.

19. What are your plans for today?
the usual.

20. Describe your friendster picture.
black & white self snap picture taken with my sis hp.

21. Describe your myspace picture.
none.

22. Describe your facebook picture.
none.

23. What did you do last weekend?
the usual.

24. Favorite brand of clothes?
semua aku bantai. takde feveret2 ni...

25. What is your ringtone?
nokia ringtone.


apek, silap besar la kalu lu ingat gua tak berani nak jawab...

Friday, November 7, 2008

kisah budak 9 tahun yang (sedikit) gedik

darjah 3 aku pindah masuk sekolah baru, sekolah kebangsaan felda cahaya baru, masai. hari pertama sekolah aku lari balik rumah. itu gara-gara bapak aku yang tinggalkan aku di pintu gate sekolah tanpa meninggalkan pesan. akak aku sekolah tak sama sesi dengan aku. jadi aku sendirian. gile kau ingat first day dah tau ke mana nak pegi.



aku ingat lagi ade budak jerit "woii, ponteng sekolah!" waktu aku lalu depan rumah dia (yang akhirnya jadi rumah aku) yang bersebelahan dengan sekolah. hey don't blame me. aku cuma budak 9 tahun yang tatau nak menguruskan hal kemasukan sekolahnya sendiri. bukan saje saje ponteng tau!



btw, dengan tak tau jalan pulang aku main redah je. lantaklah janji sampai rumah. suprisingly aku tak sesat. mungkin aku harus bersyukur zaman tu kegiatan seperti menculik dan merogol masih belum popular. kalau tidak mungkin cuma ada pusara aku sebagai tanda aku pernah tinggal di dunia ini.



hari kedua baru aku betul betul mula bersekolah. kali ini ada sudah cikgu yang menunggu aku di pintu gate. [hehe. mesti keje bapak aku]. seperti biasa budak baru memang popular. nak nak budak comel macam aku ni (sila muntah). semua orang sibuk tanya aku itu ini. semua orang jakun dengan aku. macam la aku ni alien dari planet marikh.



selepas beberapa bulan ntah macam mana aku dapat kawan sparring. lelaki. 2 orang pulak tuh. adeke budak comel comel macam aku ni nak dijadikan kawan sparring. adakah aku kelihatan seperti Hillary swank dalam Million Dollar Baby? tapi tak logik la sebab Million Dollar Baby cuma keluar tahun 2004. tapi diorang memang silap besar. ingat aku kecik, aku perempuan korang boleh buli. aku lawan balik. ko tendang aku, aku tendang balik. walaupun kudrat aku takle sekuat mana, aku menang sbb aku banyak strategi. ye strategi itu penting. bila dia tendang aku, aku pegang kaki dia tak bagi tak boleh gerak. nak tumbuk tak boleh sebab tak sampai. akhirnya dia mengalah. contohnya begitulah strategi aku.



sorry baby, you just can't handle me...



tapi dek selalu sangat bergaduh, sampai tak sempat nak letak beg sebaik sampai sekolah, aku jadi kamceng dengan diorang. taklah kamceng sampai kongsi bekal waktu rehat. tapi oklah. dengan tak disangka-sangka juga aku terminat kat salah seorang budak ni. nama dia zulhelmi ke norhelmi. haha aku tak berapa ingat. dia ni kacak tak sangat la tapi manis tu ade kut? seingat aku le. selain tu dia aktif bersukan dan juga mempunyai suara yang sedap. wah aku memang suka dengan lelaki yang punya suara sedap. antara kelemahan aku tu. jadi diam diam aku minat kat dia. kalau ikut dari khabar angin yang aku dengar, dia juga suka sama aku. begitu juga member sparring aku lagi sorang. tapi budak budak kan, mane ade konsep kapel2 ni. jadi minat & suka dalam diam (yang tak berapa diam sangat) je la.





satu hari, kat rumah, hari cuti, aku mendapat satu idea. aku terfikir boleh tak menyalakan anak mancis menggunakan anak mancis yang lain. oh bukan idea sebenarnya. more to curiosity. aku cari mancis cuma jumpa sebatang. aku pergi cari kat garaj sebab aku teringat macam ade mancis kat situ. ok jumpa. aku pun cuba la. sekali cuba tak berjaya. dua kali tak berjaya. ah aku nak cuba sampai berjaya.



tetiba ada suara menegur "tak bolehlah,". kuss semangat. terperanjat aku. aku pusing belakang. DIA!. punyalah asyik sampai aku tak perasan dia belakang aku. aku malu terus lari masuk rumah. masuk bilik mak aku, pergi almari dia yang ada cermin besar, sikat rambut, bedak muka, konon nak cantik cantik la sebab nak mengadap dia. pastu aku keluar rumah balik dengan semangat berkobar kobar. hah! dia dah takde! dari jauh aku nampak kelibat dia dengan abang aku menuju je sekolah. diorang nak pergi practice handball.


arghhh melepas! eksperimen aku tak disambung sebab aku keciwa.


lepas aku pindah masa darjah 5 aku tak pernah keep in touch dengan kawan-kawan aku kat situ. aku pun tak tahu ape perkembangan dia sekarang. mungkin dah kawen anak dah 5. mungkinlah. tapi yang kekal dalam ingatan aku ialah sepanjang aku kat situ hormon gatal aku mula naik. pengaruh kawan barangkali. atau barangkali minat minat, suka suka itu adalah normal bagi budak 9 tahun ke atas. aku pernah cabar kawan aku, kalau dia dapat kawen dengan h**d*n (kawan sparring lagi sorang, merangkap jiran dia, yang agak cute), aku akan bagi dia RM100. gile murah betting bagi seratus je. gile sekolah rendah dah sibuk pasal kawen. aku taknak cari dia. takut dia menang bet nanti aku rugi.



[ada siapa boleh bagi aku tips macammana nak usha lelaki? i really REALLY need help. there's this guy that i like & i don't want to be just friend. adakah keterlaluan if i make the first move? tapi aku takut jugak kalau kene reject. ada cara tak untuk mengusha tanpa kelihatan too obvious? ]

Wednesday, November 5, 2008

from hot to cold

antara benda yang aku takutkan ialah aku takut akan kehilangan rasa.


sedih.marah.gembira.malu.sakit.


aku takut kalau aku kehilangan keupayaan untuk merasai semua perasaan tu. aku takut kalau aku jadi insan yang mati jiwanya. dalam hidup aku yang dihujani kebosanan ni aku memang takut kalau aku kehilangan semua tu.


tapi aku bengang jugak kalau bila aku tak nak rasa, perasaan tu tetiba datang pulak. macam aku taknak marah tapi aku termarah pulak. macam aku dah kata nak let go tapi aku still marah lagi atas perkara tu. macam i have to be nice to people that i really love to hate (but couldn't). it sucks!


aku sangat confuse. adakah lebih baik kalau aku kehilangan rasa?


aku benci bila hati aku rasa macam dilanda badai tapi i have to play it cool. kenapa aku je yang kena paham orang tapi orang tak paham aku? sedikit je. paham aku sedikit je dah cukup. susah sangat ke?


sekarang aku pening. lately aku rasa aku banyak buat/cakap something that contradict myself. bukan lah aku menipu diri sendiri. cuma hati aku ni macam bermusim. sometimes it's summer, sometimes it's winter. other time it's spring. even autumn at times. do you get the idea? senang kata apa yang aku rasa biasanya berubah mengikut musim tersebut.


aku kira ini disebabkan kurangnya interaksi aku dengan manusia di luar dari keluarga sendiri. no wait, maybe that's a good thing. kalau lebih banyak ansir luar yang menggangu aku waktu sebegini aku mungkin jadi gunung berapi yang tunggu masa untuk meletup. kau tengok aku baik begini. kau tak tau bila aku snap aku boleh jadi bitchy. kenapa? tak percaya?


whatever. i don't plan to show you that side of me anyway.


aku sudah lebih tenang. aku sudah tahu apa aku harus buat selepas ini. i have found my resolve. sekarang masa untuk melaksanakannya. harapnya aku dah tak teragak-agak lagi.