Tuesday, December 9, 2008

aku yang terkorban

**ah malasnye nak updet. kenape kenape kenape?

aku mulakan updet dengan bercerita pasal raya haji ituhari. aku mau kata raya haji tahun ini disambut sama seperti tahun-tahun lepas. malangnya aku tak ingat macammana sambutan raya haji tahun lepas. untuk dua tahun lepas pulak (ke 3 tahun lepas?) aidiladha disambut di pusat pemulihan banjir dekat sekolah menengah kat Pagoh sana nun. tapi aku tidak menyambutnya kerana air sudah surut dan aku sudah pulang ke rumah. dan perut aku sakit nak mampus (akibat food posoining + senggugut) aritu sampai makan nasi pun tak lalu. punyela terliur tengok along aku bawak makanan sodap-sodap dari umah mak mertua dia....

ke situ pulak aku. mari membaca cerita aku pasal aidiladha tahun ini. pertamanya, hujan lebat. memang sangat tidak gembira menyambut hari raya sewaktu hujan kan? lebih sedap jika dapat peluk bantal busuk dan diselimuti selimut tebal kan? kan? yang membuatkan aku bangkit ialah suara riuh budak kecik. along & angah aku balik membawa sekali anak buah yang kurindu.

ecehh... bila masa aku suka budak? bila masa? tapi ketawa budak budak memang infectious kan? membuat kita senang. tapi itu cuma sebelum mereka membesar menjadi brats. (kan shaggy kan?). haha..

sebab angah & abang ipar aku jauh dari kedah sanggup balik, makanya wajiblah kami menyediakan makanan yang sedap-sedap buat santapan. so dari semalamnya sibuklah kami berbuat sibuk untuk menunjukkan kami rajin bekerja. kami ke? sebenarnya aku je. yang lain tidak berpura-pura seperti aku. sungguhpun begitu, akhirnya aku memutuskan untuk menunjukkan kehebatan memasak aku dengan memasak ayam sambal. tapi jadi tak sedap sebab aku marah dengan orang-orang yang mencopet ayam goreng sampai tinggal sedikit. hampir terbantut niat aku untuk memasak tau! memasak dengan hati panas memang membawa padah. gula kurang. garam kurang. sambal terlebih. esok pagi ibu telah mengadjustnya menjadi aik-apesal-lain-plak-aku-rasa?

menu lain ialah rendang itik (yang maaf kurang laku kerana kami bukan pemakan itik) dan kuah lodeh. rendang itik frozen masih disimpan untuk dimakan suatu hari nanti. maybe.

paling best di aidiladha ialah aku pergi menyaksikan penyembelihan lembu.

haih best ko kata cik? ko tak ingat ko pakcik2 tu pandang ko semacam? siap cakap abah pergi angkut anak dara lagi. padahal diorang tak tau aku kene tengok pasal abah letak korban atas nama aku. diorang tak tau hampir je aku termenangis tengok lembu2 tu semua. diorang tak tau aku kene gigit banyak2 semut api yang manjat kaki pasal hujan. sakit tau!!

nasib baik adik aku yang 2 ekor tu ikut sekali. eh, 2 orang la. ingat diorang tu binatang ke? adela jugak aku kawan. aku tak nangis pun tengok lembu tu kene sembelih sebab aku sibuk halau semut. lagipon aku mati-mati percaya kalau nangis aku tak boleh makan lembu tu nanti. sape kata hah? sape kata? ibu kata lainla kalau aku bernazar.... arghh., tipah tertipu mak!!!

balik rumah aku makan seperti biasa. mulanya aku ingat aku akan dihantui dengan bayangan lembu itu semua. tapi aku silap. adik aku yang seploh tahun tu je cakap dengan adik aku yang 15 tahun "akak, lepasni kita taknak lagi makan lembu,". KAH KAH KAH. apeke poyo adik aku tu. cuma haritu je dia tak makan.

sekian laporan saya untuk Aidiladha tahun 2008. kita bertemu lagi tahun depan untuk laporan yang sama.



p/s: akukan dah lame teringin jadi vegetarian. nak nak bila teringatkan haiwan comel (ayam itu comel. lembu juga) yang terpaksa mati supaya aku boleh makan dengan sedap. tapikan, taaaaapiiiiiiii, bila teringat KFC mahupun McD aku jadi lemah. oh hot & spicy chicken, oh double cheeseburger....