Wednesday, December 17, 2008

kisah 80% benar

ye, cuma 80% je yang benar. 20% lagi ialah kisah yang ditokok tambah penulis bagi mengisi fakta yang hilang. maaf, sebab penulis agak malas jadi dia tak nak bother pasal details. tumpukan pada main story saje cukuplah.


lelaki A ialah abang kepada perempuan A. mereka berdua ni orang kampung biasa biasa je. bukan orang kaya mahupun royalti. watak utama dalam cerita ini ialah lelaki A. perempuan A cuma watak sampingan yang mempunyai kaitan dengan penulis. Lelaki A juga mempunyai kaitan dengan penulis secara tidak langsung.


lelaki A ialah abang perempuan A.


ok,dapat ikut tak?


satu hari sewaktu usianya sedang meningkat dewasa, lelaki A telah merantau untuk mencari rezeki. ke mana penulis tidak berapa tahu. malas pulak nak bertanya pada orang yang tahu. kemudian lelaki A telah bertemu dengan perempuan B dan mereka pun jatuh cinta. ntah macam mana hubungan mereka tidak kesampaian lalu mereka terputus hubungan. lelaki A kemudiannya dikahwinkan dengan jodoh pilihan keluarga, perempuan C. perempuan C ialah gadis sekampung yang mempunyai hubungan saudara dengan lelaki A. setelah berkahwin mereka kemudiannya menetap keluar dari kampung.


lelaki A + perempuan B = putus cinta.
lelaki A + perempuan C = kawin.


still boleh follow?


selepas beberapa tahun, takdir telah menemukan lelaki A kembali dengan perempuan B. lelaki A sedar yang dia masih mempunyai cinta pada perempuan B. oleh itu dia berusaha untuk mendekati perempuan B walaupun dia telah berkahwin. perempuan B yang mulanya menolak lama kelamaan cair jugak. mereka akhirnya berkahwin tanpa pengetahuan isteri lelaki A, iaitu perempuan C.


lelaki A + perempuan C = kawin.
perempuan C + perempuan B = madu.


sejak berkahwin baru, lelaki A sudah jarang-jarang balik ke rumah isteri pertama. makan minum pakai selalunya diuruskan oleh perempuan B. perempuan C, walaupun telah diberi 'hint' berkali-kali oleh saudara terdekat (termasuk oleh perempuan A) tetap tidak mahu mengesyaki lelaki A. mungkin sebab sayang, mungkin sebab takut kehilangan, dia tetap memilih untuk percaya pada lelaki A. mungkin dia syak jugak kut tapi simpan dalam hati.


oh ya, saudara lelaki terdekat lelaki A ada juga yang tahu pasal perkahwinan kedua itu. tapi mereka senyapkan je pasal saudara dan sebab mereka berkawan baik.


satu hari setelah berpuluh tahun, lelaki A mengalami kemalangan teruk lalu dimasukkan ke hospital. perempuan C walaupun sebagai isteri yang sah tidak dapat menjenguk mahupun menjaga lelaki A di hospital bagi mengelakkan dari bertemu perempuan B dan saudara yang lain. akhirnya setelah masuk minggu ke-2, perempuan C bertekad untuk pergi setelah mendapat khabar dari saudara yang tahu bahawa tiada sesiapa yang menunggu lelaki A di hospital. tapi mungkin dah takdirnya begitu, hari itu perempuan B bertemu juga dengan perempuan C.


perang mulut pun bermula.


perempuan B dilemparkan bermacam kata-kata hinaan oleh perempuan C dan saudaranya. perempuan B berdiam diri tapi saudara perempuan B pula masuk campur untuk pertahankan perempuan B. kemudian akibat terlalu sakit hati atas penipuan selama berpuluh tahun perempuan C mengeluarkan pistol yang disimpan dalam beg tangannya lalu menembak perempuan B. tembakan tepat mengenai jantung perempuan B. perempuan B meninggal di tempat kejadian.


TRAGIS!
SADIS!



tett! aku mengarut je tuh. kau ingat ni macam drama tv ke sampai ada pistol segala? KAH KAH KAH. ini bukan cerita mafia la wei...


**amacam suprise tak?


cerita yang sebenarnya ialah akhirnya perempuan B telah dihalau dari situ lalu beliau pun pulang ke rumah. 2 hari selepas itu, lelaki A pun meninggal dunia. perempuan A langsung tak dapat melihat lelaki A buat kali terakhir. waktu kebumi pun perempuan B tidak boleh hadir.

aku bersimpati dengan nasib perempuan B dan C. ye, kedua-duanya memang patut dikasihani. lelaki A meninggalkan mereka secara tiba-tiba. perempuan C ditinggalkan dengan perasaan sakit hati dan benci, perempuan B pula ditinggalkan tanpa tempat bergantung. perempuan B langsung tidak kenal saudara sebelah lelaki A disebabkan perkahwinan sembunyi mereka. malah sepanjang hidupnya lelaki A tidak mengizinkan permpuan B untuk menjejakkan kaki di kampng tempat kelahiran lelaki A walau berkali diminta.


perempuan C berhak marah perempuan B sebab merampas lelaki A. tapi bila dilihat dari satu sudut, yang salah ialah lelaki A kerana tak berupaya melupakan cinta pertamanya. perempuan B pula setelah dikejar secara berterusan mungkin juga kalah akibat cinta. tapi pada aku kesalahan terbesar ialah pada lelaki A sebab dia tak berusaha nak menyatukan kedua-dua isterinya sebelum beliau pergi. akhirnya yang menanggung penderitaan ialah mereka berdua, dan anak2 mereka.


tapi dari sudut yang lain pulak, yang ini berdasarkan pemahaman aku sendiri, zaman tok nenek kita dulu jarang-jarang kita jumpa pasangan yang berkahwin atas dasar cinta. biasanya ialah atas pilihan keluarga. perkahwinan macam tu yang walaupun selalunya bertahan sampai ke hujung nyawa jarang pulak bertahan atas dasar cinta. maksud aku cinta lepas kawin. it just that, lepas beberapa lama they learn to coexist. nak cerai tu toksahla cakap. memang payah nak jumpa. zaman dulu tak macam zaman sekarang yang kawin sebulan dua dah nak cerai. zaman dulu kan perkataan cerai tu macam taboo sangat sangat.


apa yang aku nak cakap tadi?


maksud aku, bila lelaki A yang cintakan perempuan B (cinta yang agak rare pada zaman tu ) terpaksa kawin dengan perempuan C yang dia tak cinta memangla susah pada dia kan? tapi dia turutkan atas dasar persaudaraan. dan bila dia dapat berjumpa balik dengan perempuan A, mestilah dia rasa itu peluang yang dia tak boleh lepaskan kan? itukan peluang dia untuk mengejar kebahagiaan dia sendiri. walaupun perbuatan dia tu agak selfish tapi rasa macam boleh di justifikasi. kan?


WATAK:

perempuan A ialah nenek aku iaitu mak kepada ibu aku.

lelaki A ialah abang nenek aku merangkap atuk saudara aku.

aku tak pernah jumpa dia memandangkan dia jarang balik kampung. aku cuma sedar dia wujud lepas dia meninggal. itupun waktu perempuan B datang ke kampung (rumah aku sekarang) buat kali pertamanya. kesian, lepas lelaki A meninggal baru dia berkesempatan jumpa keluarga sebelah kami. perempuan B orangya sangat mesra dan peramah. aku dapat bayangkan kenapa lelaki A boleh jath cinta pada dia. perempuan C aku bayangkan sebagai gadis kampung tipikal, jenis yang bergantung dan ikut saja cakap suami. aku tak pernah jumpa perempuan C jadi aku boleh bayangkan je. mungkin juga aku silap. tapi aku agak mungkin itulah sebab lelaki A lebih memilih perempuan B berbanding perempuan C. kerana perbezaan personaliti mereka yang ketara.

cerita ini perempuan B sendiri yang cerita pada aku masa dia datang berbulan lepas. lama dah aku nak tulis entry ni tapi tertangguh dek kerana malas dan takde idea. gila peramah banyak benda dia cerita kat aku yang kejenya cuma mengangguk je. tapi itulah sebab aku tak berapa ingat dan aku malas nak tanya balik pada ibu mungkin jalan cerita dia ada yang aku exaggerate sikit. biasala aku kan drama queen. haha...





tambahan: aku harap aku dapat berkahwin atas dasar cinta. paling penting selain cinta ialah orang itu mestilah mestilah somebody that i can give my absolute trust. aku tak harap ditipu seperti perempuan C. betrayal...sakitnya mesti tak tertanggung kan? tapi ada kawan kata dia sanggup hidup bermadu. wah, aku hairan sungguh. kalau aku sanggupla bercerai dari terpaksa berbagi suami. perbuatan tu tak mulia tapi pada aku lebih baik dari sakit hati sepanjang hayat. btw, ada yang tengok drama indon 'isteri untuk suamiku'? pasal alya yang carikan laki dia, indra isteri kontrak pasal dia tak boleh mengandung. aku dah tengok dulu kat tv9. sekarang ulangan kat tv3. boleh tahan sedih jugak....

Monday, December 15, 2008

aku tak habis fikir ni

wajar tak kalau aku kata orang yang melayan misscall/sms dari stranger ni lame?
**maksud aku ialah lame bila melayan tu sampai tahap bercinta

kurang ajar tak kalau aku kata yang mereka ni takde life?

dan kalau mereka rela dipau (mintak topup misalnya) boleh tak aku katakan mereka bodoh?



ye, DIA memang lame, takde life and bodoh.


DIA ialah........
......
....
..
.
ah, lain kali je la aku bagitau.


haih makcik, sampai bila baru kau nak sedar?



p/s: sepengetahuan aku, si tukang miss call atau sms rambang ni biasanya kalau muka tak macam kene langgar lori, ialah kaki pau. sila betulkan kalau aku salah.
p/s/s: aku bukan bercerita pasal makcik aku.