Saturday, January 3, 2009

false alarm

last night i shed tears of death.

this morning i woke up with a headache. and it was all for nothing.

because there's no death.

NO death.

the ones who were supposed to die walks healthily around the house.

except running away from anyone who approaches them, they were fine.

they ARE fine.

-----
---
--
-

but,

imagine a poison that's strong enough to kill a biawak (monitor lizard),

imagine what will it do to a cat.

imagine what will it do to my two cats.

was it wrong to think they would die?

because it sure looks like that last night.

but hey, I'm not complaining.

please god don't let them die, i prayed.

over and over again.

maybe my prayers were answered.

maybe....

Thank You, Allah!


----------

minmin also gave birth to 4 kittens last night. she was so noisy all night and kept meowing outside my bedroom, begging for my attention. oh my, it wasn't easy to be a mother for a mother cat. i felt like a grandma already!

Friday, January 2, 2009

azam aku untuk 2009

hari ini 2hb januari 2009, dah masuk hari ke-2 tahun baru.

jadi azam tahun baru aku ialah


1) cari kerja yang boleh support aku

dan/atau

2) cari laki yang boleh support aku


what do you think? adakah boleh dicapai azam aku ini?

haha. i'm joking i'm joking..

sebagai permulaan, aku tak buat sebarang azam tahun baru ini. never in the past, not gonna start now. dulu waktu aku rajin memasang azam ialah waktu permulaan semester. azam-azam tipikal ialah: nak study rajin, nak kurangkan berfoye-foye, nak kurangkan makan, nak kuruskan badan, etc etc. tapi kalau dah tiap-tiap semester asyik pasang azam yang sama memang confirm 90% azam tu aku tak pernah buat. except berfoye-foye tu. aku bukannya suka sangat berfoye-foye to begin with.

kau jangan ingat berfoye-foye tu maksudnya pegi clubbing ke whatsoever. maksudnya ialah ke bandar mencari hiburan dan menghabiskan duit ptptn dengan bershopping.

aku sebenarnya tak nampak signifikannya untuk memasang azam pada tiap tahun baru (atau masa hari jadi. atau masa permulaan semester. haha). pada aku bila-bila masa je kita boleh pasang azam. tak perlukan tarikh-tarikh spesifik. tapi ada bagusnya juga memasang azam ni. ada juga sesuatu to look forward to di hari mendatang.

selamat tahun baru kepada anda, kawan-kawan dan pembaca blog ini. semoga azam anda akan tercapai untuk tahun ini.

marilah kita sama-sama berusaha untuk masa depan!


p/s: semoga aku boleh mengurangkan makan dan menguruskan badan =P

Tuesday, December 30, 2008

so he's getting married...

kebelakangan ni ramai betul yang mintak alamat dari aku.

mula dari isti, fir, adha (oh aku mintak maaf pasal tak reply. sudahkah anda berkahwin?) kemudian atha, kawan sekolah rendahku. tak termasuk yang mintak adress kat friendster.

maksud isti & fir mintak alamat aku masih tidak ku ketahui. persiapan untuk masa depan kut?

adha mau hantar kad kawin beliau. tapi tidak dapat ku balas sms atas satu hal. sudah kawinkah beliau?

keluarga atha dengan keluarga aku boleh dikira rapat. maklumlah kami dulu berjiran. akak kami pun berkawan. dulu aku pernah tersuka kejap dengan dia. maklumlah dia boleh dikira kacak jugakla waktu itu. tapi suka2 biasalah pasal kami pun tak pernah rapat. sekelas pun tak pernah. cuma tuisyen je sama-sama.

tapi aku ingat dia amik kad pengakap aku sampai sekarang tak pulang. yang aku sayang plak tuh. tak patut betul. lagi satu yang aku ingat ialah masa main tembak rusa aku pernah terbaling bola kat muka dia. menangis kau budak tuh. hehe. tapi dia tutup muka kaver malu. pastu lari balik rumah.

eh, lari balik rumah tu aku exaggerate je.

tahun bila ntah keluarga dia berpindah dari situ. lepas tuh aku lost contact dengan dia sampailah 2,3 tahun lepas kut. on-off gitu2 la. aku lagi selalu berhubung dengan another one of my ex-neighbour, akram. kawan2 setuisyen la kami bertiga ni. tambah lagi 2 orang. including my ex. wah saje nak include my ex dalam entry ni. tapi my ex tu memang my classmate + neighbour + tuition mate. i mean, EX. ex-neighbour, ex-classmate, ex-tuition mate. plus, ex-boyfriend.

aku beritahu semua ni tanpa ada perasaan. so jangan ingat lepas ni aku akan menangis sebelum tidur. dan, ape benda yang aku melalut pulak ni?

oh ye, di lubang sampah rumah beliaulah (atha) tempat aku melandingkan motosikal ayahku dengan begitu bergaya sekali. i bet he still remember that.

budak yang jadi kawan sepermainan aku dulu dah nak kawin. ish, cepatnya dia membesar. ceparnya kami membesar. padan la dia asyik2 tanya aku bila turn aku plak. rerupanya turn dia dah nak tiba. pandai berahsia.

well, congratulations to you. kau tunggu aku 15 tahun tu sekejap aje tau tak? pejam celik pejam celik kita dah 26. nak masuk 27 pun. tapi sebab kau usha awek lain dalam 15 tahun takdela namanya menunggu kan? haha. ok itu adalah lawak. pandai kau buat lawak =P

selamat mau berkahwin ya!

Sunday, December 28, 2008

lagi lagi tag

terima kasih en. or0 kerana mengetag saya.


1. Anda rasa anda hot?

tidak. suam-suam kuku sahaja. tapi cukup untuk mencairkan coklat cadbury sebarang perisa.


2. Upload gambar kegemaran anda.




3. Kenapa anda suka gambar ini?

kerana saya sedang gembira. environment yang membuat saya rindu kepada dia, dia dan dia.


4. Bila kali terakhir anda makan pizza?

isnin lepas. saya jalan jalan cari makan ke bandar muar bersama adik adik. semasa pulang bas pancit pulak. oh saya memang malang. mungkin berjangkit dari en or0.


5. Lagu terakhir yang anda dengar.

tapi bukan aku - kerispatih versi saya sendiri. mau dengar?


6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?

tengah fikir sama ada adik saya akan balik ke uni atau tidak pada hari ini.


7. Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang panggil anda?

mungkin tiada.


8. Tag lagi 5 orang.

boleh tag org yang sama? tak boleh? betul tak boleh?

kalau begitu saya tag along, dayot, mizzyn, seseorang(amirnazrin) dan capang.


9. Siapa orang nombor 1?

geng 12 jahanam masa sekolah dulu. sekelas lagi. serumah sukan. panggil along sebab dia macam akak. juga sebab dia sangat tinggi. dan matang.


10. Orang nombor 3 ada hubungan dengan sesiapa?

hubungan cinta dengan boifrennya yang tidaklah saya tahu dan kenal.


11. Kata sesuatu berkenaan dengan orang nombor 5.

seseorang yang fokus dan mementingkan akademik.


12. Bagaimana pulak dengan orang nombor 4?

seseorang yang sedang mencari titik permulaan baru. saya yakin dia boleh lakukannya. menurutnya dia hensem tapi entahla, saya tidak tahu.


13. Siapakah orang nombor 2?

orang sabah. muda setahun dari saya. sempat juga beberapa tahun sekelas dengan dia. serumah sukan. dorm sebelah-menyebelah.



sekian jawapan tag dari saya. ho ho ho dari sarizah clause....