Thursday, June 18, 2009

lelaki perempuan apa bezanya?


ada sekali, berbulan lepas, aku baca suratkhabar berita harian. akhbar sisipan yang namanya Hip ke apetah. masa tu dia feature 12 orang pereka fesyen. aku just skip untuk tengok gambar 12 designers tu. pereka fesyen malaysia yang aku kenal (muka) cuma hatta dolmat & nurita harith. mungkin ada lagi la seangkatan mereka yang masuk program realiti 'project runaway' dulu tu.

as expected, memang ada hatta dolmat bergaya ala ala macho. well, kalau dia bergambar sambil buat flying kiss memang la rasa nak lempang kan. no offence, hatta.

tengok gambar lain, semua aku tak kenal. tetiba terpandang satu designer ni. wah cun siutt!. tapi heran jugak kenapa dia sorang je perempuan antara 12 orang ni. cari punya cari nama dia tak jumpa. eh apsal semua nama lelaki?

aku belek muka depan baca tajuk.

laa...12 orang pereka fesyen LELAKI rupanya.

tipah tertipu bang. kenapa boyfriend abang lagi cun dari saya???

ah dunia memang tak adil.


aku recall balik cerita pasal pereka tu, amir luqman, pasal arituh tertengok gambar dia dalam facebook.

btw, he's hot. i mean, she's hot.

can you spot him? err, her?

picture taken here

aku bukan nak cakap pasal dia sebenarnya. aku nak cakap pasal anak saudara aku yang umur dalam 2 tahun, ada 3 orang. 2 perempuan, 1 lelaki.

yang lelaki tu aku tengok perangai dia sangat kontras dengan yang perempuan. dia suka main benda-benda mekanikal. contohnya kipas. sampaikan kalau dia balik kampung terpaksa bagi dia kipas meja yang lama yang dah rosak tu bagi dia main. memang habis dibuka sana, bukak sini pastu dia pasang balik.

yang perempuan 2 orang tu macam biasa la. apa yang budak perempuan suka main itulah yang dia main.

tapikan, aku ada sorang sepupu lelaki yang masih sekolah rendah. dia ni suka main anak patung. sampai siap ada rumah anak patung yang dia buat pakai kotak dekat rumah dia tu. mak dia tak boleh buat apa. layan je la perangai dia tu. lagipun dia budak lagi. there's no guarantee bila dah besar nanti dia masih macam tu kan?

aku rasa bila dia besar nanti sepupu aku akan end up berkerja dalam bidang fesyen jugak. i wonder if amir luqman tu serupa dengan sepupu aku masa dia kecik dulu. tapi untuk berpakaian seperti wanita & act like a woman, he must be very brave. dan dia mesti dapat sokongan moral dari kawan-kawan yang se'jenis' dengan dia. lagipun, lelaki lembut macam ada kumpulan tau. believe me, i know.

oh ya, masa angah aku kawen dulu, rupanya dalam family abang ipar aku ada sorang cik pon(dan). semua orang tak sedar pun dia lelaki pasal his dress up and make up memang sebijik macam perempuan. even aku (yg masa tu tak tahu dia lelaki) sangat impressed dengan solekan dia.

dia ikut tidur dalam bilik yang kami reserved untuk keluarga perempuan abang ipar aku.

yang buat kantoi ialah suara dia. sebab tu dia tak bercakap depan orang ramai. angah aku terperanjat sebab tetiba ada suara laki di kalangan perempuan. hehe...

kadang-kadang aku terfikir kalau aku bermasaalah macam diorang. kalau aku lelaki yang terperangkap dalam badan perempuan ke. macam mana ek? mungkinkah aku akan panjat pokok manggis instead of tanam pokok bunga atau mungkin aku akan lebih suka bertukang dari memasak? tapi panjat pokok and bertukang dua-dua perempuan boleh buat. takde masaalah... masaalahnya pokok manggis tu susah giller nak panjat!

No comments: