Friday, July 3, 2009

muka kau muka jawa

muka aku muka jawa?

muka aku muka jawa???



masa aku belajar memandu dulu itulah yang instructor aku, encik x, cakap. aku ingat lagi aku terbengang sikit masa tu. dalam fikiran aku muka jawa ialah macam muka indon kat malaysia ni. kepulauan jawa dekat indonesia kan?

AKU MUKA MACAM INDON. dang!

abistu muka melayu macam mana? aku tanya balik kat dia.

muka melayu macam A tu, jawab dia sambil merujuk pada A yang sama-sama belajar memandu dengan aku, merangkap jiran aku.

oooo. tak tau lak aku macam tu muka melayu.....

ntah macam mana orang kategorikan muka aku pun tak tau. macam aku kadang aku ingat orang tu indon tapi rerupanya bangla. ingatkan melayu rupanya indon. dan ada juga seorang india (dari india) yang kata (bentuk) muka aku macam india muslim kat negara dia tu. pulak??

tapi last time ada orang tanya aku, aku orang jawa ke? aku iyakan je la pasal masa tu aku tengah nervous semacam. and then dia kata "padanla comel". kihkihkih. kalau aku tau lama dah aku mengaku aku jawa.

sekian terima kasih.



p/s: orang jawa selalu dikaitkan dengan tempeh. orang jawa bukan kat johor je bang. merata malaysia ada. adik aku bagitau ada orang yang dia kenal, orang melaka, kata rasa tempeh tu macam makanan basi. kihkihkih.....


p/s/s: aku memang ada darah jawa belah abah. tapi tak pure. dah bercampur-campur dengan darah melayu. sampai aku mungkin dah takde.

10 comments:

mizzyN said...

darah jawa tu rasa camne yek.

masa aku diploma dalam sesi perkenalan. mula daripada barisan depan ada sorang budak jb bermata sepet memperkenalkan diri. masa tu sampaila giliran aku, aku perkenalkan diri dan beritau asal. Boleh lecturer ko komen, ada juga orang johor tak mata sepet?

lagi satu bila aku kata asal johor je ramai yang tanya, jawa ke?

bukan, aku bukan jawa. aku melayu aje.

wawa n nasz said...

tp achik, aku rase muke ko xmcm jawa la.muka ko lebih kpd muke melayu. muka aku mmg muka jawa.kalo tgk abg2 aku,mmg pure la jawanya. hm, mmg ade gk org ckp yg org jawa ni matanye sepet2 skit,so maybe sbb tu ko dianggap jawa oleh encik x itu.hehe

AchiQue said...

gedh: darah jawa rasa macam asam jawa kut? pelik la aku klu org ingat org jhr ni mata sepet2. yg mata sepet ni bukanke keturunan cina? yg ada darah cina.

bukan kat johor je. tapi ramai yg associate johor dengan org jawa. ntah kenapentah.


wawa: aku pun tak tau rupa aku mcm ape. hehe. mata aku mana sepet. mata ko ye la sepet sikit kut. tapi aku x pernah terfikir pun ko muka jawa ke apa. in fact, x pernah terfikir pun muka jawa tu wujud. muka indon lainla...


kata yg betul ialah aku rasa terhina dikatakan bermuka jawa masa tu. nasib baiklah encik x tu dah tua so kena hormat. klu tak nak mengamuk gak aku...

NoktahHitam said...

Bangsa sebenarnya turun temurun mengikut ayah. Kalau ayah anda Jawa, maka anda pon seorang Jawa. Kalau atuk lelaki anda Jawa, maka Ayah awak juga Jawa. Begitulah seterusnya.

Sebenarnya, tiada beza pon kalau awak seorang Jawa atau Melayu, sebab itu bukan sandaran untuk awak ke Syurga. Oleh itu, usahlah terasa hina bila orang membahasakan awak selain dari bangsa awak, kerana awak sendiri tahu, bangsa itu tidak menentukan samada awak akan gagal atau berjaya dalam hidup di dunia mahupun akhirat.

AchiQue said...

good advice noktah hitam. dulu memang ada kisah sikit bila org ckp mcm tu. sebab terperanjat kut. sekarang dh tak berapa kisah dh. hehe..

Anonymous said...

sila tengok muka jawa kt sini..
http://www.youtube.com/watch?v=AZhI2qoIkZk

ada part 1,2,3 & 4.. also there's male version

Anonymous said...

Kat Malaysia ni dah susah nak cari Jawa yang pure/totok. Kebanyakannya dah campur dengan suku2 lain. Saya ni Jawa + Melayu, dan mengikut pemerhatian saya orang jawa ni biasanya memang sepet sikit, kulit warna macam2 tapi kalau jawa malaysia ni rata2nya agak cerah kalau tak kerja ladang. Kawan saya yang pernah ke Indon kata, jawa yang paling cantik adalah di kawasan jawa tengah. tapi mustahil untuk buat kesimpulan yang terlalu umum sebab di indonesia orang jawa berjumlah 80-90 juta orang. dalam sejarah jawa, monggol pernah menyerang majapahit dan dipatahkan. mungkin askar2 monggol/cina yang ditawan bercampur dengan orang2 jawa... hehehe

Anonymous said...

For muka jawa id.wikipedia.org/wiki/Daftar_tokoh_Jawa

Anonymous said...

Susah membezakan suku2 Nusantara, karena nampak sama.
Orang jawa pun banyak macam, tapi kebanyakan berkulit coklat.

Saya punya banyak teman, dan dari pengalaman mereka di luar negara, selalu disangka orang Malaysia. Di Turki, China, Thailand, Eropa. banyak kali dah teman saya tu disangkan orang Malaysia. bukan seorang saja tapi banyak.
Ya mau bagaimana lagi kita serumpun

Dan mungkin kalian terkejut kalau berkunjung ke Palembang Sumatera Selatan. Melayu palembang dan Lampung kebanyakan bermata sipit dan berkulit putih macam thailand. tapi bahasa tetap melayu, adat pun adat melayu. mungkin ini peninggalan Sriwijaya.

Anonymous said...

saya orang jawa indonesia, apabila saya kat vietnam,kamboja dan thailand selalu dianggap orang malaysia atau melayu. tak da sangka orang indonesia...
Encik2 imgresen singapura dan malaysia pun saya tengok macam makcik saya.
Ya mau bagaimana lagi, satu ru.pun. dan jawa tak sepet