Thursday, January 8, 2009

Hana Yori Dango (Boys Over Flowers)

aku pasti peminat-peminat dorama mesti letakkan Hana Yori Dango (HYD) dalam senarai-mesti-tonton (must watch list) mereka. kenapa aku pasti aku pon tak pasti. haha. tapi betul, aku sebenarnya dah lama sesangat (as if. haha) nak tengok HYD. aku sebenarnya suka sangat-sangat dengan Meteor Garden (MG), Taiwan punya adaptation untuk manga yang sama. sampaikan masa keluar tv dulu puan jamalia tak hengen menjemput saya untuk bermain di playground kerana dia tau saya mesti tak sudi meninggalkan diri dari depan televisyen. oh kau kejam la puan. tapi kau memang paham aku...huhu.....

btw, jujurnya aku langsung tak ingat jalan cerita MG tu. adela sikit-sikit babak menarik yang aku ingat. macam part biskut tu (kalau ko tengok MG mahupun HYD mesti kau tau) dan...dan...dan...eh itu je la yang aku ingat rupanya. lagi satu yang aku ingat adalah jerry yan pasal dia kacak. kaku tapi kacak maka dia dimaafkan. haha. tapi sayang MG2 tak sedap langsung. mungkin sebab dia extend sampai puluh-puluh episode. cerita pun gile meleret. dan sengsara nak tengok sebab part Dao Ming Si (domyouji tsukasa dalam HYD) hilang ingatan tu panjang sangat.

ye, aku memang lemah tengok cerita-cerita pasal orang ingatan. buat aku depressed nak mampus.

baru aku paham kenapa ada orang kurang gemar tengok drama korea yang episodenya panjang panjang tu. short & simple kadang-kadang lebih baik dari panjang berjela sampai tak nampak hujung. oleh itu sila jangan tonton MG2 kecuali ada pistol diacukan ke kepala anda. ini untuk mengelakkan anda rasa menyesal dan rasa ingin menumbuk jerry yan seperti saya.

kenapa jerry yan? sebab dia hero & sebab dia yang hilang ingatan.

sebenarnya aku baru abis layan HYD & HYD2 (season 2). tu yang aku sibuk nak tulis pasal HYD. ketinggalan bas kau kata? betul, HYD keluar 2005, HYD2 pulak 2007. kenapa baru sekarang nak tengok kau tanya? ha tu lah.... kan aku dah kata aku dah lama tinggalkan dorama pasal aku kata aku bosan. lepas dipromote oleh orang itu (err, indirectly of course) untuk menonton Proposal Daisakusen (yang review dia aku tak abis buat sampai sekarang) barulah aku kembali berkecimpung menjadi otaku. oh mengharukan tak cerita aku nih?

dalam beberapa bulan ni aku dah tengok banyak jugak dorama. selain proposal daisakusen (must watch jugak ni), aku dah tengok zettai kareshi, rookies, celeb to binbo taro, gokusen (season 2 & 3. season 1 dah tengok lama dulu), hana kimi, my bos my hero (pon cerita lama), shibatora (koike teppei memang cute gila ok), etc, etc... ade lagi lah tak tertaip plak aku. tapi haruslah aku kata yang HYD memang terbaik. especially HYD2. tapi kalau takde HYD takdela HYD2 kan?

aku sebenarnya tak suka Inoue Mao dalam First Kiss. sebab tu aku tak berusaha pun nak habiskan cerita tuh. tapi lepas tengok HYD barulah aku sedar yang dia pelakon yang sangat hebat. sebab dia berjaya hidupkan watak Makino Tsukushi dengan jayanya. tiap kali dia menangis rasa macam nak gugur jantung aku ni. tapi takdela banyak sangat scene menangis pon sebab makino ni di gambarkan sebagai watak yang kuat dan cekal. bukan perempuan tipikal yang asyik perlu diselamatkan. senang kata inoue mao memang bagus la. tak pernah lagi aku rasa kagum dengan actress dari jepun macam aku kagum pada dia. betul ni. two thumbs up for her!

dan Matsumoto Jun pun asalnya aku tak suka jugak. especially his hair. sangat mengganggu pemandangan aku. lagipun dalam Gokusen 1 dia biasa-biasa je. tapi dia sangat cemerlang dalam HYD. mereka (domyouji & makino) berdua kelihatan so cute together, especially when they're bickering with each other. lawak tapi comel. lama-lama aku rasa rambut dia tu menarik jugak. haha. aku rasa sebab kekuatan & chemistry kedua-dua watak ni yang buat HYD, ummp, sangat best. gila best, like the best dorama ever. that is, sampai aku jumpa dorama lain yang lebih baik...

aku taknak puji lebih-lebih nanti kau kata aku over pulak. bolehla kata aku suka HYD sebab cerita romantic comedy memang jiwa aku. mungkin tak sama dengan kau kut. kalau kau belum tengok silalah try test manalah tau kot2 kau sependapat dengan aku. yang dah tengok pulak, macam mana, betul tak aku kata best?

aku tak nak tulis review pasal aku malas (& honestly, because i suck at it. perlu semangat membara untuk menulis review. juga ingatan yang kuat). tapi aku dah link kat dramawiki apa2 yang berkaitan. silalah klik kalau nak tau lebih lanjut. dan boleh juga baca a few dorama reviews dari matyuz kalau berminat. dia dah lama tak update though. akhir kata, marilah kita sama-sama enjoy dua insert songs dari HYD & HYD2 yang aku rasa sangat menepati cerita tersebut. dan of course la, sebab sedap...(dan boleh buat air mata aku berderai. chewahh!!)


planetarium - ai otsuka



flavour of live - utada hikaru


OP untuk HYD ialah Wish -Arashi, HYD2 pulak Love So Sweet - Arashi jugak. aku malas (malas lagi) nak letak kat sini jadi carilah sendiri kalau kau rasa berminat.


lepas ni meraban la aku mencari mana nak tengok Hana Yori Dango Final pulak. tapi rasanya kalau tengok online/streaming mysoju ada kot. tapi ahh, mungkin aku tak rajin. ye, malas la tu maknanya...


p/s: aku langsung tak jatuh cinta dengan watak-watak lelaki HYD. that having said, aku rasa yang main watak Nishikado Sojiro, Matsuda Shota tu agak cool la jugak. tapi paling penting, dalam episode 1 HYD2 ada watak cameo Ikuta Toma. oh abang tomaku....