Friday, February 13, 2009

kutu pintar

korang tau kutu pintar tu apa?

bukan kutu kepala yang mengalami mutation sebab terkena bahan kimia dalam syampu sampai sampai jadi pintar ok.

ingat tak aku pernah tulis on my birthday my mom gave me something as a present? present itu ialah modal untuk aku masuk kutu pintar sebanyak RM120 (ke RM130 eh..aku lupa). kutu pintar ni pakcik aku yang kenalkan. konsepnya sama la macam most MLM yg ada sekarang. cari orang untuk dapatkan duit. lagi banyak dapat cari orang lagi banyak la untungnya. bezanya kutu pintar ni macam main kutu biasa tu la. takde jual2 barang. bukan MLM sama sekali.

aku ni kira sinikal, mane percaya benda2 cari untung macam ni. nak-nak lagi bila libatkan pencarian orang. huh memang la tak kuasa. tapi dah orang bagi aku terima je la. aku tak untung, rugi pun tidak.

lepas masuk aku biar je macam tu. takdela aku fikir sangat pon.

percaya tak percaya aku dah terima pulangannya. buat permualaan memang la tak banyak lagi. tapi dah balik modal. and hari ke hari jumlah makin bertambah.

paling best aku cuma goyang kaki. aku tak cari orang pun. pakcik aku yg tolong sikit sikit.

pakcik aku tu memang toksah cakaplah. harituh dia bawak wangpos sikit punya tebal. mau ribu ribu tu. fuhh, punya la bersemangat. dia suruh aku promote kt kawan2 masa belajar dulu. aku malas sebenarnya tapi aku tulis je la kat sini kot2 korang berminat nak join *erk, sebenarnya aku rasa bersalah dengan pakcik aku kalau aku langsung tak buat ape2*

aku serius tak pandai nak promote. korang boleh baca sini kalau nak tau lebih lanjut. kalau berminat cari aku okeh?

Thursday, February 12, 2009

slow - kiyoharu

aku baru abis layan anime Yamato Nadeshiko Shichi Henge (The Wallflower) sebanyak 25 episod. walaupun character dalam animenya tak secantik Ouran High School Host Club (yg pada aku memang superb), tapi masih dalam tahap boleh layan sebab aku masih boleh bergelak ketawa.

maknanya kelakar la tuh.

tapi Ouran High School Host Club lebih kelakar. cuma YNSH ni unik sikit jadi pada aku masih punya charm-nya.

ah... 25 episod rasa macam tak cukup. i want more!

OP untuk YNSH ialah Slow by Kiyoharu. dalam banyak anime yang aku layan (tak termasuk bleach) inilah OP yang aku tak jemu-jemu (lagi) dengar pasal sedap/unik/kena dengan anime dan sebagainya. kalau bukan sebab dia jadi OP untuk YNSH, kalau aku terdengar secara tak sengaja kat mana-mana pun rasanya aku akan suka jugak.

btw, kiyoharu tu cool la...hehe....




Yamato Nadeshiko Shichi Henge - slow -single version- - Kiyoharu

situasi

bunkface - situasi.

aku selalu dengar lagu ni kat tv waktu iklan. tapi kat iklan setakat keluar chorus je la kan. tapi first time dengar rasa lagu ini sangat catchy. paling menangkap telinga aku ialah salah satu bait lirik dia, 'engkaulah destinasiku'.

wah, rasanya jantung aku akan dup dap dup dap dengan kencang kalau ada yang cakap 'achik, engkaulah destinasiku'. woo hoo...


tapi kenapa bila tulis jadi macam geli geleman la pulak?





Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
Dan aku, ku layu
Disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
Itulah impian aku

C/O
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
Tuk menggapai bintang
Terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
Engkaulah, destinasiku
Dalam ingatanku... oh oh oh...

Kerana diri ini tak daya lagi
Menempuh hidup yang ku temui
Dan aku, ku tunggu... oh oh oh
Disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
Itulah impian aku



p/s: aku tak berapa nak tangkap maksud liriknya. macam tak make sense je gabungan keseluruhan lirik ni. atau adakah bahasa melayu aku begitu lemah?

abah

abah semalam tetiba terajin pulak & basuh pinggan-mangkuk yang ada kat sinki. sambil tu dia membebel-bebel pasal orang-orang yang malas basuh pinggan sendiri lepas guna.

aku berbalas pandang dengan adik. dalam hati aku kata 'eh, selalunya dialah yang tinggalkan pinggan atas meja untuk ibu pungut & basuh . sekarang dah pandai nak komplen?'

abah, susah kan kalau ibu takde?


hehe. takyah rajin-rajin la bah...selalunya orang yang basuh pinggan2 tu pon.........

Monday, February 9, 2009

get well soon, mom.

sabtu ibu masuk wad. semput dia menyerang lagi. kali ni sedikit lebih teruk dari kali terakhir dia masuk wad tahun lepas.

ibu memang nampak tak bermaya. selain takde selera makan tambah parah lagi dia allergic dengan ubat (and some food as well). jadi muka dia jadi merah macam kena sunburn. haih, anak mana yang tak kesian dengan mak yang sakit. tapi aku (being me) tak pandai nak tunjukkan pada dia ke'concern-an' aku. jadi bila aku lawat dia aku berlagak macam takde pape pun. like it's no big deal. truth is, walaupun ada rasa sedikit seronok sebab di rumah tiada siapa yang nak berceramah (read: membebel) pada aku, aku benci sebab rumah rasa sunyi tanpa dia.


rasa kosong.


aku.rasa.lonely.

Sunday, February 8, 2009

in the middle of crossroad

oh ad*l...

my mom & my grandma keep saying that i should woo him. apparently after i rejected him (which i don't even know when excuse me) he's befriended a Sabahan girl but too bad his mom didn't approved. she's afraid if/once he goes there he won't come back.

say, is this a horror story or what?

i was like. are you crazy or what? why drag me into this mess? of course, it was all in my head. all i did was listened. all i heard was bla...bla...bla..... i mean, why should i care about other people problem?

first of all, if he likes me he should say it. TO ME. then i can reject him (for real) and he can go and run off with that girl and make his mom really really unhappy and then blame me for the rest of her life. OMG i'm kidding. the point is, if can't even confess to me then it's not worth it. confessing to third party doesn't count as confessing. get it?

even if you don't have the gut to confess, at the very least ask me whether i'm available. at least i know you might be interested (in me). truth is i hate to be asked that question. but since he's been so nice to me i think i can make an exeption.just asking wouldn't hurt, would it? well, no point telling that to a coward though...

and dummy, unreply sms didn't mean i rejected you la oii... i didn't get your sms. how to reply?

sorry for calling you a coward and dummy. but you deserve it. it's your fault that i'm troubled. i hate making decision and now i have to decide whether i like you enough to woo you. dah la i suck at wooing guys. i'm not 17 la wei. aku dah tuaaaaaaaaaaa....

maybe i should email him or something and see how it goes from there. but i'm sure since he's a coward nothing will go from there. haha. damn jahat aku ni. sms is out of question. credit takde. he's not a maxis user anyway. call laaggiiila out of question. i don't know if you knew it already, i actually hate talking by the phone. i feel like a robot.

ok maybe not hate. hate's a little strong. dislike. i dislike talking by the phone.

ahhh...truth is after getting dumped and rejected, the last thing i want is a marriage proposal from he-who-i-don't-love-but-possibly-will-love-in-the-future. but future seems so far away, so out of reach. what if it doesn't work? should we at least try to date?


i wanna be happy. i hope i can be happy. i hope i can make someone else happy. i just don't know how.


can you please teach me?


p/s: cik isti dah update blog oii.....

AKU.DIA.KAU

yang seorang kata:

"kau couple la dengan dia. aku sokong je"


yang sorang jawab:

"apa sokong-sokong....dia kan suka kat kau. aku sokong je"


cinta tiga segi memang tak menggembirakan sesiapa. tapi bila kau redha, kau akan rasa it's not as bad as you thought it would be. one day you might even find it to be funny.

sekurang-kurangnya itu yang aku rasa sekarang.

aku.dia.kau.....takdir itu memang bukan untuk kita. tapi sekarang walaupun kita sudah dipisahkan oleh jarak, kita gembira dengan hidup masing-masing kan?

dan aku juga senang sekali kerana kita masih berkawan bagai tiada apa yang berlaku.



p/s: miss J, stop pairing me with him. it's cute but it doesn't work that way. after all, it's you that he wants..