Saturday, April 4, 2009

One In A Million (OIAM) - Top 6

2 girls, 4 guys left. rizu(an) was the first male contestant to be voted out (sorry, tak reti nak panggil dia rizu). bye bye.

starting this week, no more immunity will be given.


now, straight to the point....


Tomok singing Umbrella by Rihanna.

he wasn't copying rihanna but it wasn't entirely original either. his rendition of umbrella sounded very much like Vanilla Sky cover of Umbrella, just not as good. tomok strained his voice a bit too much.

not his best performance but he was still very entertaining.


Amylea singing Somewhere only we know by Keane.

what i like about Amylea is that she has a very good voice control. her pronunciation's especially good and i can hear every word she sang clearly. it's annoying,really, when singers mumbling their lyrics.

as for last night, though i prefer the original song, her rendition was something i can accept since she did retained some of the original melodies, not twisted it 360 degrees like esther always did (i freaking hate that. i didn't hate esher though).

vocally wise, the best performance last night.


Esther singing Sweet About Me by Gabriella Cilmi.

a cabaret-like performance. doesn't work for me (heck, it didn't work when Nita did it). plus i was unfamiliar with the song so it kinda take all the fun from me.


Nine
singing Cinta Gila by Grey Sky Morning.

nothing interesting. i can never find him interesting. am i bias or what?


....i want to say something but i don't have anything else to say....


Aweera
singing Di penjara Janji by Awie

aweera certainly has the voice that many rockers (or rockers wannabee) will envy. i just wish he could stop singing all the 80's rock song and try to do something different. something fresh. something new.

i think there's nothing wrong with his performance beside being the same as the original.


Simon
singing Living On A Prayer by Jon Bon Jovi.

talk about saving the worst for the last huh?

weak performance. he didn't butcher the song. he just sang it exactly the way jon bon jovi sang it.

ok, i'm actually fine with copying the original, but at least make it more interesting. simon didn't do justice to the song. he just didn't.



nine @ simon should be the next to go.

Friday, April 3, 2009

going for one next week and another in near future

interview. bukan omiai. haha...gelak untuk lawak sendiri.

yang lawak ialah nenek aku. belum pun dapat satu pekerjaan sudah berangan nak suruh aku job-hopping. bila aku minta dia jadi realistik dia 'basuh' aku. katanya kalau tetapkan hati boleh dapat mesti boleh dapat.

tolong sikit. aku tak suka pressure diri aku dengan mengatakan aku MESTI dapat apa yang aku nak. it's not good for my soul. sekurang-kurangnya aku takkan menangis berguling-guling atau tekap muka dengan bantal dan jerit kuat-kuat kalau aku gagal.

boleh bagi aku kata-kata semangat tapi tolong jangan pressure.

aku akan buat yang terbaik yang aku boleh buat. that, at least i can do. dan aku harap kalau aku gagal akan ada orang backing me up, bukan tambah menambahkan lagi 'sengsara' dalam hati aku ni.

contohi my mum. my mum tu she can be pretty annoying at times. but there's no denying that she's pretty good at consoling me. because mum knows best.

aku sebenarnya tak suka bercakap pasal pekerjaan or anything related to it (sebab aku menyampah bila orang bekerjaya tanya aku apa yang aku buat sekarang. haha). tujuan asal entry ini ialah untuk bertanyakan kamu, kamu dan kamu (terbuka kepada sesiapa yang nak menjawab) adakah kamu mempunyai tips (any tips will do) untuk interview? masa kamu pergi temuduga dulu what sort of questions yang penemuduga tanya, kod pakaian, etc. aku nak buat rujukan sebagai persediaan terakhir.



p/s: or0, ko banyak pengalaman kan? tolong aku please.....

p/s/s: kamu familiar tak dengan damansara perdana?



----------------------

ini cerita abang aku beberapa tahun lepas. sebab guna 'cable' dia dapat panggilan interview kat satu company ni. menurut cable tersebut memang confirm akan dapat kerja tu pasal dia yang akan interview. sekali je on the day of the interview boss dia datang & boss dia yang jd interviewer. haru tak haru? lastly abang aku tak dapat pun kerja itu. moralnya jangan sebab ada cable
ko ingat hati ko boleh senang lenang. malang tu tak berbau. that having said, i'm using the same cable. cuma cable aku guna cable lain yang dia ada, not directly guna kuasa dia. kita tengok macam mana nasib aku nanti.


p/s: if i have a choice, aku juga tak nak pakai cable sebab aku rasa ianya satu penindasan pada orang lain. terutama yang lebih berkelayakan.

Tuesday, March 31, 2009

Fir dah bertunang. what a suprise!

padanlah aku asyik teringat kat dia semenjak dua menjak ni.


congratulations!



p/s: cepat2 la update blog. gue udah nggak sabar. hehe.

AIM-16, Best Hard Rock Album, Nrocinu 'KEAMANAN' tercalon


aku baca semalam pasal AIM ni dalam utusan malaysia. tapi sebab aku cuma belek yang calon yang penting (baca: siti nurhaliza) & kategori yang penting (baca: yang ada siti nurhaliza), tak perasan pulak ada Nrocinu terselit dalam senarai calon. tapi dalam surat khabar tulis Album Rock terbaik, bukan Best Hard Rock Album.

whatever-lah. i guess it's the same thing.

bukak friendster aku baca bulletin board bertajuk di atas yang di-post oleh kamarul, vocalist Nrocinu. eh, betul ke ni?, aku fikir. bukak balik utusan belek satu-satu senarai calon baru aku perasan. wah, that's kinda cool right? untuk band setahun jagung macam Nrocinu bersaing with the likes of Hujan, Butterfingers, The times & Kristal. i mean, Nrocinu is not even popular (sorry, i'm just voicing my humble opinion). but hey, ini memang peluang yang bagus untuk buka mata orang tentang kewujudan Nrocinu.

ye. untuk buka mata aku jugak. i don't even like their song. bukan sebab tak bagus, but ikut selera masing-masing la kan. i'm just not into their kind of song.

kalau aku tak suka kenapa aku sibuk-sibuk cakap pasal Nrocinu ala-ala nak promote ni? saja untuk kawan-kawan. untung-untung ada pembaca yang terbaca dan berminat nak tau lebih pasal Nrocinu. aku sendiri tak tau pasal sejarah Nrocinu. pasal tu boleh baca di sini. (website lama tu. terbaru pasal diorang aku tak tau). tapi aku kenal Kamarul vokalis Nrocinu tu. dan dia kenal aku juga ok. ini bukan kes minat dari jauh / minat artis ke apa. actually, it's kinda funny how we knew each other.

masa semester pertama dulu, abis je Minggu Haluan Siswa aku & roommate cadang nak berjalan ke BP (Batu Pahat). first time la katakan, jadi memang clueless sikit on how to get there, naik apa, tambang apa, jauh ke, etc etc. we decided nak naik taxi (or cab as you may call it. but here at parit raja we called it taxi je. orang kampung.) sebab senang sikit. but then masa tunggu taxi tu ada dua orang budak lelaki yang sama clueless-nya macam kitorang nak pergi BP jugak. we chatted a bit pastu cadang nak hang out sama-lah memandangkan lebih senang in case apa-apa terjadi. maklumlah tempat asing.

one of them was kamarul, or mambo as we called him, atau Roll nama komersil dia dalam Nrocinu. the other one, kawan dia aku tak ingat namanya. kami berlima (aku, nana, wawa, mambo & kawan) kongsi teksi yang patutnya boleh amik 4 orang penumpang je. nasib baik tak kena saman. kitorang lepak kat summit (mana lagi?) & since mambo & kawan nak jamming kitorang join sekali jadi tukang tengok. kitorang pun tak ada apa nak buat. itulah first time (and the last) pergi ikut jamming. nak pekak telinga aku dibuatnya. bingit ya tuhan!.

kebetulan mambo satu course dengan wawa & nana. lepas tu adalah sekali dua kitorang makan sama. kat puspa tomyam depan ittho tu. kawan mambo keluar ittho masa semester pertama jadi tak pernah dengar pasal dia lagi lepas tu. sebab tu aku tak ingat nama dia kot. kitorang takdelah baik yang baik sangat pun dengan mambo. baik gitu-gitu je. terutama aku la sebab lain course. setakat cakap oitt or senyum je bila berselisih. tak pernah borak pun. akhirnya sampai abis degree macam tu. tapi aku masih ingat pada dia sebab dia antara orang pertama yang aku kenal dekat ittho.

masa tahun 3 (ke 4?) mambo fotostat surat yang kitorang bagi kat dia masa ajak makan masa first sem dulu. aku yang tulis surat tu. bila baca balik memang lawak. macam kanak-kanak ribena je. terharu sebab dia masih simpan surat bodoh tu. dia tanya siapa yang tulis. syyhhhh....jangan bagitau dia aku yang tulis. malu!

habis cerita pasal mambo. kawan-kawan, sila bagi sokongan pada Nrocinu supaya mereka tak terkubur. susah payah menang Rock Unite tahun 2006 dulu. kenalah tunjukkan hasil kemenangan pada yang mengundi. hehe...

shaggy ada menulis review mengenai album keamanan di sini. sorry shaggy aku link tanpa kebenaran.

Monday, March 30, 2009

tiada

minggu ni tiada entry untuk OIAM. i missed the show. sibuk jalan-jalan shopping kat tesco. shopping jajan je. orang miskin.

i also missed the siaran ulangan. pukul 12, tv9 kan? agaknya la. aku pun tak pasti. anyway aku miss sebab aku ingatkan ada ulangan lagi hari isnin. rupanya aku salah. ceh...

tomok menang immunity lagi. aku tengok kat youtube. biasa je aku rasa. mungkinkah persembahan yang lain teruk?

yup, it must be it.

bila dah terpandang tetiba ada rasa loya pulak

seekor kucing pendatang (stray cat) kat rumah aku dah nyawa-nyawa ikan. atau lebih tepat nyawa-nyawa kucing. mungkin dia dah guna all 9 lives yang dia ada. tapi pada aku dia sebenarnya nak bunuh diri. dah tau lapar cari makan tak mau. harap orang nak bagi dia makan pulak. bukanlah aku kedekut ke apa tapi kucing aku pun dah banyak. alangkan nak bagi diorang makan pun selalu tak cukup.

sekarang kucing tu tersadai dalam longkang. bernafas lagi. aku tengok dari jauh pun rasa nak muntah. aku trauma tengok kucing on the verge of death. haritu baru je aku kebumikan anak kucing aku (cantik namanya). setakat ni tak pernah aku kebumikan kucing besar (adult cat). perasaannya sama tak?


p/s: sebenarnya aku ada rasa bersalah sebab tak bagi dia makan sampai dia dah sekarat macam tu. sekadar nak sedapkan hati aku bagitau diri sendiri yang kucing tu memang ada penyakit.