Saturday, May 16, 2009

"rasanya sakit sekali,"

kata maid indon abang aku pada aku.

asalnya kami bercakap (dia bercakap. aku mendengar. tapi aku tak paham pun mostly apa yang dia cakap tu) pasal kucing. dia tanya aku nama kucing aku pastu plingg terus dia cerita pasal kucing dia tanpa henti. pastu dari satu topik ke topik yang lain.

kucing dia ada 3 ekor.

satu nama Nike. sempena nama arwah Nike Ardilla, penyanyi popular indonesia satu masa dulu.

satu nama ???. sorry aku tak ingat pulak.

yang terakhir nama achit (kalau aku tak salah dengar la). nama sempena arwah kawan baik dia yang meninggal kemalangan motosikal.

bla bla bla bla dia cerita pasal kemalangan itu. then dia kata, " achit itu cowok saya,"

apa??? *tercengang kejap aku*

"rasanya sakit sekali. sampai ke hari ini," kata dia lagi.

disebabkan kematian cowok (boyfriend) dia, dia amik keputusan untuk merantau. keluar dari kampung. akhirnya dia sampai malaysia tahun lepas.

kemalangan tu berlaku tahun 2001.

sampai sekarang dia tak nak cari pengganti. mungkin ingatan pada arwah achit masih kuat walaupun dah bertahun dia pergi.

kemudian dia bercerita pasal family dia pula. katanya dalam family dia (8 orang adik beradik, 5 lelaki 3 perempuan. dia yang bongsu. kalau tak silap aku la), dia paling kekurangan. kurang cantik, kurang pandai, hitam dan yang sewaktu dengannya. senang kata she's the black sheep of the family la. tapi aku tgk dia takla hitam pun. apetah lagi berbulu tebal macam kambing biri-biri. haha.

keluarga dia bukan orang susah pun. akak dengan abang dia ada business sendiri. dia pun kalau nak kerja dengan kakak abang dia boleh. tapi tu la dia nak merantau sebab kecewa.

"kalau tak percaya saya ada no talipun kakak saya," kata dia bersungguh. aku senyum je la.. [note: kakak dalam bahasa indon maksudnya abang kan?]

masuk cerita pasal abang dia yang sorang ni pulak. ha tengok berapa cerita yang aku kena dengar. kesian aku kan? abang dia ni cakep bangat (hensem gile). ramai peminat. umur dalam 30-an tapi masih single. masuk cerita pasal bekas awek dia pulak, yang curang. kemudian.......

dah cukup la tu. takkan semua cerita dia aku nak tulis kat sini.

sebenarnya aku bukan baik pun dengan maid abang aku tu. tapi disebabkan bila abang & kakak ipar aku balik sini aku dengan adik-adik aku yang lain terpaksa share bilik dengan dia. jadi nak tak nak kena la bercakap sikit-sikit. umur dia lebih kurang baya aku jugak kut. ntahla aku tak pernah tanya.


bila aku ingat balik aku rasa kelakar. bercakap dengan dia macam ayam bercakap dengan itik!



note: ni peristiwa masa cuti 1 mei haritu. baru ada hati nak menulis sekarang.



aku rasa lagu ni sesuai untuk menggambarkan perasaan dia



Masih tertinggal bayanganmu
yang telah membekas di relung hatiku
hujan tanpa henti seolah bertanda
cinta tak disini lagi kau telah berpaling

REFF:
Biarkan aku menjaga perasaan ini
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
engkau pergi aku takkan pergi
kau menjauh aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
ooh oooh

Masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu cerminkan hatimu
aku takkan bisa menghapus dirimu
meskipun kulihat kau kini diseberang sana

REFF

Andai akhirnya kau tak juga kembali
aku tetap sendiri menjaga hati

Wednesday, May 13, 2009

VLS

stands for Very Loud Snoring.


yes, SNORING.


serious serik bila terpaksa berkongsi bilik dengan si penghidap VLS.

separa cerah separa mendung


macam hati aku

*sigh*

Monday, May 11, 2009

salah faham

i overheard this conversation between tok wan & tok yah one morning.


tok wan: dia takde telefon aku.

tok yah: ..........[atuk aku ni ada masaalah pendengaran. cakap kena jerit2 sikit baru dia dengar]

tok wan: [a little louder] dia takde telefon aku.

tok yah: ....... [still not listening]

tok wan: [kuat lagi] dia takde telefon!

tok yah after a few seconds...


tok yah: mana pergi telefon dia?




hehe. tersengih aku dalam diam.


korang paham tak?


kalau tak paham sila pahamkan betul-betul ok.