Friday, July 10, 2009

bila aku tengok balik gambar lelaki yang aku minat 7-8 tahun yang dulu dalam hati terdetik, "My God, apa yang aku nampak pada dia?"

aku tau aku bercitarasa pelik. lelaki yang aku minat tidak selalunya yang kacak atau yang popular atau pandai.


yang kurus, pendek, berlagak. check.

yang kurus, tinggi, lembut. check.

yang tinggi, berkulit gelap, pengacau ketenteraman awam. check.


persamaan: none of them adalah dalam lingkungan yang aku cakap diatas, kacak, popular, pandai.


aku tak berapa minat lelaki kacak sebab banyak sangat saingan maka akan menimbulkan sakit hati nanti.

lelaki popular? lelaki popular biasanya lelaki kacak atau lelaki kacak dan pandai. kalau pandai sahaja jarang-jarang ada perempuan mahu pandang.


aku tau aku bercitarasa pelik. pelik sebab kawan-kawan kata pelik. tapi aku rasa tak peliklah. kalau dah suka peduli la rupa atau perangai dia macam mana. putih, hitam, kurus, gemuk, tinggi, rendah, baik atau jahat.

umur?

ada apa pada umur?

takde apa, dol.


betul aku ada cakap aku tak minat lelaki muda. tapi lelaki lebih tua pun banyak jugak masaalahnya. dulu pernah aku 'kawan' dengan lelaki yang 5 tahun lebih tua (lebih kurang la pasal aku tak ingat dah berapa umur aku dan dia waktu tu). tapi perangai dia mengalahkan aku yang perempuan ni. kuat merajuk. manja. mengada-ngada la bak kata aku. muka memang hensem. tinggi plak tu. tapi sayang tak dapat nak tampung kekurangan dia. aku pun muda lagi masa tu. bercinta suka-suka. bila bosan ha cabutlah lari!


tapi aku belajar dari situ. yang umur tu tak ada apa-apa maknanya. dalam erti kata lain, lelaki muda is acceptable asalkan mental dia tak macam budak 16 tahun. ataupun 20 tahun. tapi aku tak la segagah mek wook yang kawin dengan lelaki 69 tahun lebih muda. hehe...kesian mek wook laki dia kena tangkap sebab positif dadah. tapi bagus jugak dari biar harta dia diperabih buat beli dadah.


pendek kata tepuk dada tanya selera. setiap hubungan tu mesti ada halangannya. ada kesusahannya. mana ada langit yang selalu cerah ye tak? pokok pangkalnya hati kau. kesungguhan kau. merujuk pada satu ayat yang aku baca kat blog neem, perempuan kalau dah tujuk true-self dia kat lelaki and lelaki tu masih still in love memang lucky la.


well, the same goes for the guys. kalau kau terlebih manja, kuat merajuk and mengada-ngada tapi perempuan masih boleh terima, well, lucky you!


aku rasa tak semua orang boleh tolerate kelemahan/kekurangan diri pasangan. kalau kau serius, ko memang sayang, lautan api boleh kau redah, ko top-up la kekurangan dia dengan kelebihan kau. dia pun sama. sebab tula ada istilah you complete me. kau melengkapi aku. manusia ni manalah ada yang sempurna.


eh, ape yang melalut jauh sangat ni oii!! aku sebenarnya tengah berfikir pasal kawan aku masa sekolah dulu. aku heran macam-mana dia boleh kawin dengan si tuutt tu padahal masa sekolah dulu aku sangsi yang diorang tu pernah bercakap. personaliti tak yah cakap la. macam langit dengan bumi.


ah, dunia ni penuh dengan kejutan.


p/s: sekarang aku tak pakai istilah minat. aku guna istilah suka. minat-minat ni macam permainan budah sekolah.