Thursday, August 13, 2009

SERI (bukan seri mersing, ok)

it's hard to be a mother. i know. cuma aku tak boleh bayangkan lagi macam mana susahnya pasal aku pun belum ada anak lagi (dan suami).

semalam ibu 'gaduh' dengan mak dia. tok wan, nenek aku la tu. aku takde la tengok secara siaran langsung, but i can pretty much guess apa yang nenek aku cakap sama ibu. tak pedulikan dia, asyik ikut telunjuk lelaki, anak derhaka, etc.etc.

same old same old.

betul syurga itu memang di bawah tapak kaki ibu. tapi aku bengang dengan orang yang suka 'abuse' that right. sikit sikit anak derhaka. sikit sikit anak derhaka. sukakah kau kalau anak kau derita sebab ko punya ke-selfish-an?

kisahnya begini, nenek aku tu macam ada sakit sendi ke apa and dia sibuk nak suruh ibu (merangkap abah aku) bawak dia berubat cara kampung. and pergi bomoh somemore. abah pulak ialah someone yang tak suka benda-benda meleceh plus mengarut ni. kalau sakit pergi klinik atau hospital. period.

sudahnya memang ibu la yang kena.

same old same old.

finally today my grandma nak jugak pergi hospital. aku paham la dia takut/tak suka nak duduk hospital. tapi janganla sampai nak condemn anak sendiri tak pedulikan dia. anak mana yang tak sayangkan mak? mak aku sanggup duduk kampung ni untuk apa kalau bukan untuk dia? cuba ingat sikit...


kan aku dah terjauh dari tajuk....


masa kecik anak menyusahkan kau. nanti kau dah tua kau pulak menyusahkan anak. kan seri tu??


kesimpulannya: jadi mak memang susah. tapi jadi anak pun susah juga.



ada sorang sedara aku ni, umur lebih kurang nenek aku jugak, khabarnya asyik mencari pasal sana sini dengan orang kampung lain. ibu kata dulu dia tak macam ni. dia baik dengan orang lain. tapi tu la mungkin sebab faktor usia. sensitif & buat remarks yang bukan-bukan yang tak fikirkan sensitiviti orang lain. sudahnya orang terasa..

Monday, August 10, 2009

oh tart telur!


aku merinduimu.......


bila teringat jaya jusco yang kat air keroh tu mesti akan teringat la boheme, tempat borong roti time outing zaman sekolah dulu. bila ingat la boheme akan teringat tart telut. bila teringat tart telur akan teringat kobeng@ marlia mardiana. dia suka pesan ni bila aku outing (or sesapa yg berkenaan) & dia tak.


dulu aku tak suka sangat pasal benda selalu ada gamaknya. sekarang jadi terindu-rindu. benda jauh dari depan mata begitulah...