Saturday, December 12, 2009

selera lama

aku ingat aku dah cukup tua, dah cukup matang untuk layan cerita-cerita bergenre serius.


TAPI TAK BOLEH
.


[bosan, kata hati aku]


pusing-pusing akhirnya cerita comedy & romantic comedy jugak jadi mainan jiwa aku.


atau,


yang berunsurkan penyiasatan (janji ada elemen komedi. walau sikit). like The Mentalist or White Collar.


yang ada makhluk asing. like Fringe. or V


yang ada kuasa luarbiasa. like chuck. itupun kalau intersect tu boleh dikira sebagai kuasa luar biasa. Sarah is one hot babe *selingan*


and yang paling common, yang ada vampire. i'm not talking about edward cullen in twilight. aku tak minat twilight. serious. aku maksudkan Vampire Diaries. and not because of the ever charming and lovable Stefan. he's the good vampire. i just like the storyline. and i like Elena.

for the record, Vampire Diaries dalam bentuk novel keluar dulu sebelum The Twilight Saga. so takde unsur peniruan di situ ok. just so we are clear...



hmm, i'm bored. nampak sangat tak?



p/s: aku tengok satu episode siri TV yang bernama Bored To Death. dan seperti tajuknya, i was bored to death.

Friday, December 11, 2009

Monday, December 7, 2009

05122009

sedang rakan-rakan bekas pelajar Mozac meraikan reunion mereka di Mozac yang berada di atas bukit nun di Melaka sana, aku pulak sibuk meraikan sepupu aku yang bernikah pada 4hb dan bersanding pula pada 5hb-nya.

one of my chilhood friend, si karam tu pon kahwin pada tarikh yang sama.

oh the significant of one particular sunday..


i hate weddings. i really do. it's a tiresome event.

lagi-lagi bila you have to stay for hours. doing nothing. nak tengok pengantin punya pasal...

i hate the lame DJ. yang suka sangat ulang-ulang the same ayat. and play lagu-lagu lama yang mostly tak relevan pun dengan the wedding. dan si peng-karaoke yang buat telinga aku macam nak bernanah.

man the speaker (always) was so loud it's deafening.

and the food, macammana sedap pun, biasanya akan membuatkan aku sakit perut the next day. kalau tak sakit perut pun aku akan terkentut-kentut macam la aku telan gas instead of food.


BUT...


although i was so penat sampai my back hurt so bad, i don't really hate this particular wedding. the day dia nak nikah tu memang la macam sengsara jugak aku. we went there at 2pm (it takes about 45 minutes dari rumah aku ke rumah dia kat tangkak sana) and balik rumah hanya pada 10.50 malam. sampai rumah dalam 11.30. pergh memang nak tercabut rasa pinggang.

bosan sebab most of the time me & my sis just sit around doing nothing. sampai-sampai tu adalah buat kerja sikit but that's it. me and my other sepupu memang tak rapat, we don't really talk to each other. so while they were having fun kitorang just tengok je la dari jauh. bosan kan?

yang jadi pengubat bosan dan pinggang aku yang sakit ialah bila dapat tengok pengantin. haha kata tak suka pergi wedding tapi bila dapat tengok pengantin kok terus sihat? bukan apa, i've been to a few weddings, seen a few pengantin but this time, it's one of the best. dari persalinan baju sampailah solekan, memang top-notch.

perempuan kelihatan paling cantik on the day of her wedding. aku setuju untuk kali ini. she really looks amazing. dan takde seorang tetamu perempuan pun yang dapat overshadow dia. ala you know la kadang2 tetamu dress-up bukan main mengalahkan pengantin. which is a nightmare to the bride. haha..

it also helps yang cousin aku ni berkulit cerah, berkulit licin, kurus and a few inches taller than me. even without the make-up pun dia boleh dikira a beauty. kalau with make-up dia dah boleh jadi model majalah.



the pelamin.
green was the theme. jadi warna hijau boleh di lihat dimana-mana.
aku tak pakai baju kaler hijau.
aku tak nak kelihatan seperti langsir.



pengantin.
aku takde kamera canggih maka gambar pun tak clear.
waktu sanding pakai persalinan putih.
waktu nikah pakai persalinan krim-coklat.
kemudian tukar pada persalinan hijau.
soalan: bukankah persalinan putih selalu di pakai waktu akad nikah?
all the dresses were gorgeous btw.
and the make-up sangat cantik ok.

pengapit punya pipi punyalah merah.
solekan pun ada la gaya macam nak lawan dengan the bride.
pastu macam every picture dia nak menyelit.
tapi kau nak lawan dengan the bride jangan haraplah.
walau kawan lelaki kau puji (keji kut) kau kelihatan berbeza.
haha...



peristiwa sebelum sanding.
anak-anak kelaparan kenalah bagi makan.



p/s: aku tak tau nama pengantin lelaki (read: aku tak ambik tau pun).