Sunday, December 19, 2010

Perception

how do you see me?

kadang-kadang aku malas nak bother cakap-cakap orang pasal aku. but sometimes i wonder, too.  because aku memang ada opinion about a lot of people (said and unsaid. depending on my mood but mostly i kept it to myself).

i mean, don't you?


A tu baik but sometimes she's too strict. and garang.

B always think he's better than anyone. well he's not.

C thinks he's being diplomatic. but i think he's weak.

D is the best friend everyone could ever hope for. 

E is pretty when she smiles. tapi selalu muka masam je, why?

F ni sombong. and suka duduk toilet lama-lama.

etc etc


and when you have this much 'opinion' , tidakkah orang lain ada 'opinion' semacam itu jugak terhadap kau?

apa yang aku buat sekarang ialah cuba untuk tidak bercakap perkara yang tidak baik pasal orang. cakap yang baik-baik saja sudahlah. sebab if you offended someone, you cannot marah-marah la when they offended you in return. karma is a bitch, man. that's what i keep telling myself bila je mulut aku gatal nak mengutuk orang. haha..


remember, cakap yang baik-baik sahaja...


p/s: someone said i was exclusive back in the days. meaning, aku cuma bergaul dengan orang-orang tertentu. in reality, it's not like that at all. I'm all awkward bila berdepan dengan orang yang aku tak kenal or rapat. i can barely talk. and that my friend, is the truth...

Friday, November 26, 2010

The Little Ones







Cuti Hari Raya Aidiladha yang blissful. sampai rasa nak meng-upload dekat blog yang dah lama tak diisikan dengan gambar. I've more pic to share tapi nantilah...some other time. hari ni masih malas. hehe...

Saturday, October 16, 2010

Demam 2PM

ituhari aku bangun tidur aku rasa badan aku lenguh-lenguh. tekak pun rasa perit semacam. boleh tetiba aku terfikir aku kena buatan orang. kisahnya aku & rakan-rakan ada bersembang perihal santau-menyantau ni hari sebelumnya. mana la tau kan?

tapi takde lah. aku perasan je tuh. padahal aku tu ada ura-ura nak demam. tapi sebab aku gagah (Alhamdulillah) aku kena demam sipi-sipi aje. tempias je gitu. sakit tekak for a few days + selsema sikit. takde hal punya. paracetamol pun 2 biji je aku makan masa hari pertama. bila badan tak rasa seram sejuk aku anggap dah baik la tu.

tapiiii....lepas baik demam tu aku terjangkit demam lain plak. Demam 2PM. amik kau, siang malam aku asyik melayan lagu ni je.

let's chekidaut...



Fuyoohh.... shuffle tu!! nampak macam senang tapi percayalah, aku try dah banyak kali sampai sekarang tak jadi. hahaha. tapi aku suka lagu ni sebab utamanya ialah pasal suara-nya. how come they sounded sooo good, eh? eventhough i like their other songs, yang sebelum-sebelum ni punya, this is the first time i came to appreciate their voices.

looking forward to their new track!!



p/s : tak...aku tak demam pukul 2 petang....

Sunday, September 19, 2010

THE news





semalam aku kata EVENTFUL kan? so this is what happened....


semalam macam hari-hari sabtu yang lain. aku pakai my usual attire aku untuk hari sabtu (apparently I've been wearing the same thing on Saturdays. macam uniform ko..haha..) my female senpai (who is pretty much a chatterbox btw) cuti so the office macam very the quite you know. like, the silent is defeaning wtf. haha. the other 2 male senpais aku tengok memang macam bz abis so i opted out to duduk diam-diam and buat-buat sibuk so not to disturb them. yeah, eventhough aku memang takde keje langsung. gege..

so it started after lunch break. tengah-tengah senyap-senyap ni tetiba dengar orang jerit-jerit. memula ingatkan ada bangla gaduh ke apa.bila jenguk from the office window (our office is transparent btw) nampak api menjulang-julang kat belakang.WHOAA!! aku fikir 'eh macam jauh. tak effect kat office kitorang kut,' so aku rileks je la. tapi abang-abang tu plak macam 'WEH LARI WEH!!' sambil buat muka cuak. yang sorang tu dah siap capai barang apa semua, yang sorang lagi tu macam aku la, terkial-kial nak off pc & everything. aku pun capai la beg & sweater aku and jalan keluar. tapi ada sedikit kemusykilan bila aku tengok office sebelah masih relax buat keje like nothing happened.

dalam blur-blur ni aku jalan je la ikut bangla-bangla yang sibuk lari-lari tu. serious aku blur. it was like SURREAL you know. dah la aku kesorangan. and then masa kat surau tengahari tu baru je dengar cerita pasal sorang bangla dari kilang sebelah yang kena sambar api and terbakar separuh badan. tetiba je kat sini pulak terbakar. suratan atau kebetulan?

but i have to admit, masa aku tengok api menjulang tu aku boleh terbayangkan ada somebody yang terbakar satu badan & tengah terguling-guling kat situ. wah wah wah bukan main lagi imaginasi kau ye cik...

lepas keluar pagar tu (dalam gambar tu pon ko nampak pagar kan..) aku lepak la dengan mangsa-mangsa yang lain. chewahh...magsa la kononn.. tapi akak sorang tu memang betul mangsa pasal yang terbakar tu memang tempat yang dia jaga. tapi dia memang pantas menyelamatkan diri. syukurlah... ada sorang kakak ni plak dah merembes-rembes air mata pasal harta-harta dia semua dia tak sempat nak capai. again, syukurlah ada bangla yang baik hati nak pergi selamatkan harta dia. tapi yang lawak tu, baru la tengahari tu dia kutuk-kutuk bangla pasal baru pandai sikit dah nak tunjuk terer. and how diorang tak berapa nak respek perempuan pasal memang macam tu adatnya kat negara diorang. tengok-tengok yang dia kutuk-kutuk tu la yang willing to help her in this dire situation.

huh, the irony..

i must be excited ke ape...my legs was shaking tau. gigil. macam sayu pun ada jugak bila tengok orang lain mata merah-merah.

tapiikann, kalau aku jadi akak ni mesti aku boleh trauma. dia pergi toilet, takde siapa tau dia kat toilet, so takde siapa cari dia. bila dia keluar-keluar toilet je tengok dah gelap, orang dah takde, asap dah berkepul-kepul. keluar main office, tak pasal-pasal kena marah pulak pasal tak lari. imagine how shocked she was..sampai kat kitorang (aku memang cari dia pun mula-mula tu tapi tak jumpa so aku assume dia dah keluar awal2) dia dah nak menangis. jadi tersedih aku sekejap. iyalah, macam takde siapa kisah pasal dia pulak. sebenarnya orang kisah tapi tu lah tengah panik-panik tu kadang-kadang banyak benda yang kita terlupa. yang penting nyawa sendiri dulu kita selamatkan. ye tak? I'm not saying it's not selfish. but it's human instinct. sudah fitrah...

anyway, the aftermath takdela as severe as i thought it would be. satu department memang hangus terbakar. the other department, walaupun tak di-effect oleh api, di-effect-kan oleh air pulak (from the sprinkler & bomba). so macam ada banyak kerugian jugaklah di situ. my office & office sebelah yang takde kena-mengena tu pon boleh jadi banjir from all the water. pulak?

they told me, tahun 2004 pernah jugak ada kebakaran disebabkan petir. and tahun ni pun beberapa kebakaran jugak. tapi tak pernah seteruk ini. hmm, SEBAB DULU AKU TAKDE. haha...

will we operate macam biasa? kena tunggu Isnin la to find out...



sekian sahaja berita dari saya. bye bye (^_^)

Sunday, August 22, 2010

quick interval

I've been meaning to write a longer post, but i sangat malas. but since today aku telah mendapat satu jawapan yang laaaamaaa sudah aku cari, i would like to share it with you.

masih ingatkah aku pernah bertanya if there's anyone yang tau tajuk one japanese movie yang aku tengok waktu kecik-kecik dulu di sini? so i did some digging today, and i'm confident yang the name of the movie is......




it's a 1995 movie & apparently, a box office hit. i don't remember much about the movie kecuali pasal nama tu but i think it's the same movie. i mean, what is the odd that there's a different movie with the same plot? plus, the year the movie came out fitted the time as well. in 1995, i would be 13. masih budak kan?

I'm thinking of downloading the movie & watch it again tapi tengoklah dulu. sekarang masih malas.


that's all for now. selamat berpuasa everybody.

Saturday, July 17, 2010

perkara lebih sedih daripada ditinggalkan ialah apabila ditinggalkan tanpa sempat mengucap selamat tinggal.


hari ni, bila aku tiada di rumah, kucing aku kena buang.


Ya Allah.... tak tergambar rasanya perasaan aku sekarang ni....


rasa nak mencarut, but i'm more shock than angry.


more sad than angry.


more devastated than anything.

.......

...




p/s: to the person who threw away my cats, PUAS HATI KAU??? help me god coz i so wanna punch/kick/strangle her right now..

Saturday, July 3, 2010

my favourite kitten is dying

and I'm trying to cope by feigning ignorance.





but my heart is dying....




*tears*

Wednesday, June 30, 2010

Park Yong Ha bunuh diri???

shocking la weh!

the most shocking part was that he hang himself with his mobile phone charger cable.

i mean, how original was that?

ok jangan cakap kau tak kenal pulak. kalau kau layan Winter Sonata, Park Yong Ha adalah the second hero, yu-jin punya childhood bestfren yang syok kat dia jugak tu.



hmm, why suicide?

Monday, June 28, 2010

Infinite - Come Back Again (Dance Version)

the one I've been waiting for. Yay!!





btw, Super Junior’s 4th repackaged album was officially released yesterday. can't wait for the MV!

Sunday, June 27, 2010

june's favorites

1) Infinite - Come Back Again



cheezy MV. BUT


sizzling live performance. love!!


2) Prosecutor Princess

Kim So Yeon in comedy? weird but entertaining nevertheless.



3) D-NA - Stumble Stumble. Shitty MV. but the song is catchy.



and their live performance is better.


4) SS501 - A Song Calling For You MV.



Strangely enough, i didn't drool over Kim Hyun Joong (the bartender 0.21. for those who didn't know) in Boys Over Flower (that's because KIM BUM blinded my eyes. haha) but i find him adorable here. The hair & the hat (and the earing) maybe?


5) kerepek sukun. because it's good to munch when I'm sleepy.


6) Greek (like i Tweeted before). mad love.



what else? hmm....


last one before i forget,

plain white t's - friends don't let friends dial drunk

because i heard it in Greek.

(though I've heard it looongg before and didn't really think much of it)

Friday, June 25, 2010

RAGE

perangai aku ialah no matter what you say about other people, aku tak akan amik pusing as long as aku tak rasa sendiri. first hand. i mean, everybody has a bad day. so kalau kebetulan kau terkena time orang tu angin tak baik ke apa, tak bermaksud dia tu memang jahat, teruk or whatsoever. cuma kau berada di tempat yang salah di waktu yang salah.

just because kau tak suka orang tu, doesn't mean aku pun kena tak suka jugak. aku akan layan dia macam biasa. so long as orang tu tak buat taik dengan aku la kan..

but today, aku naik hangin btol dengan sorang superior aku ni. i always heard some bad things about. like, dia ni suka menjerit (suka marah-marah i mean) & pengotor (they told me NOT to enter the toilet after her sebab dia ni macam spesies tak cebok lepas membuang), and aku without them telling me that pun aku rasa dia memang agak 'cold' orangnya. spesies yang layan orang besar-besar je. tapi ye la aku masih boleh tolerate lagi sebab selagi aku tak kena kan.. but today....today i was so angry sampai menggigil rasa satu badan. boleh aku hantar form kat dia & lepas dia sign tu (dh la sign kt tempat yg tak sepatutnya sambil mendengus kecil as if macam nak sign tu susah sangat macam nak daki gunung everest) dia boleh toss je form tu just like that. so freaking disrespectful. macam la dia tak boleh handed in the form balik pada aku secara baik. it wasn't the first time but today memang aku terasa sangat. sebab dia campak form tu lebih jauh dari biasa. and sebab dia buat muka.

celaka punya orang..

haiihhh...

ok. this rage ends today. tomorrow and next and the next day aku dah tak mahu fikir banyak-banyak. tension-tension pun tak guna ye tak? sebabnya aku bukan boleh mengelak untuk jumpa dia pun.



takpe, hari ni hari kau...

Sunday, June 20, 2010

maybe it's Justin Bieber. OR maybe it's Usher.



what i can say is, Justin is lucky he signed up with usher rather than Justin (Timberlake).

or am i wrong?

Sunday, June 6, 2010

random

1) bila perasaan berluap-luap mahu bershopping tapi bila melihat akaun tidak berisi, oh kecewa bangat...


2) kalau kau ada perasaan untuk melihat kemalangan (aku lah tu) baik kau upakan je la. sebab it won't be pretty. take me la for example, everyday to work aku akan berangan what if there's an accident on my way to work? now that would be interesting, i thought. yeah right until this one ah soh kena langgar dengar dengan motor depan mata aku. it was a minor accident, thankfully, sebab moto tu tak laju pun. and ah so tu cuma luka sikit dekat siku. and the next day baru dia rasa kaki dia sakit. but it's enough la to make me re-think akan angan-angan aku tu. it could be me you know. or someone i care about.


3) akibat terpijak minyak, aku tergelincir depan office orang. that was, my friend, pengalaman paling memalukan dalam beberapa tahun kebelakangan ni. masa aku tergelincir, on stage, depan perhimpunan sekolah dulu pun aku tak rasa malu macam ni. haha...

4) minggu depan aku akan dengan rela hati pergi majlis kahwin anak makcik sekampung aku. because she invited me personally i'll feel bad kalau tak pergi. and because her house tak jauh pun. AND because my parents are going.

i rest my case.


5) aku rasa 'kelakar' bila kau kutuk fizikal seseorang bila kau pun bukan sesempurna mana pun.

note to self: sebelum mengata / make fun of other people, sila cermin diri sendiri dulu.

Monday, May 31, 2010

kucing (2)

remember the three kittens i've told you about? yang jiran aku buang and kitorang kutip & bela?

tiga-tiga dah mati.

not on the same day la but the last one died this morning...

sakit, i guessed. mata sakit & hidung sumbat. they're practically blind. kelaparan pun ye jugak kut. aku rasa diorang takde tenaga nak berebut susu dengan another 3 kittens yang physically lebih besar & kuat dari diorang. they were fine at first. segar je. tapi orang kata dah ajal dia. redha je la...

aku tak sedih pun. i mean, i never really have the time to bond with them. in fact, i'm (kinda) glad they died sebab aku tak sampai hati tengok dia sakit-sakit macam tu. macam jahat je kan....but that's the truth.

the other 3 kittens (yang obviously aku sayang lebih) macam dah ada sign nak sakit mata. waduh harap-harapnye tak serius la. penasaran gue!!

Sunday, May 23, 2010

newest from Big Bang





just heard/watched it. not crazy about the song but boy, GD looks good here. somehow he managed to look different in every MV. aku suka semuanya. walaupun some people said that dia nampak girlish dalam haru-haru. aku suka. i think he's adorable. and he's very into the character. so yeah, i like him.

and for the record, he composed most of Big Bang's hit songs. so yeah, i have an absolute respect for him.


eh apsal video ni besar sangat?

kucing

1) my cat tangkap a bird/ayam (macam burung tapi macam rupa anak ayam pun ada jugak) this morning and gave it to her kittens to play/to eat. have i realized that the poor bird was still alive, awal-awal aku dah selamatkan.but bila aku amik burung tu dia dah nyawa-nyawa ikan. i can still feel the warmness of the body on my hand.

damn, aku rasa macam pembunuh..


2) one day aku asyik dengar bunyi anak kucing dekat rumah jiran aku. aku ni kalau dengar bunyi anak kucing je mesti tercari-cari & lepas tu je macam gelisah je bila tak jumpa. jiran aku ni tak bela kucing tapi memang ada stray cats yang duduk menumpang rumah diorang. so aku cari la mana datang bunyi tu tapi since belakang rumah dia berpagar aku jenguk-jenguk macam tu je la. kucing tu sepanjang hari berbunyi. looking for the mother agaknya. balik kerje my sis said yang dia letak anak-anak kucing tu pada kucing aku yang baru beberapa minggu beranak. boleh tak tuan rumah tu (kurang ajar) letak anak-anak kucing tu dekat luar, dekat sebelah rumah aku and tinggalkan macam tu aja. mentang-mentanglah dia tau kitorang memang kaki sayangkan kucing. irresponsible betol! adik aku tu kesian punya pasal dia amik la selamatkan. nasib baik kucing aku boleh terima. tapi kesian kucing aku dari anak 3 ekor kena amik anak angkat lagi 3 ekor. dah 6 ekor. sampai kurus jadinya. and yeah, ini bukan kali pertama jiran aku tu buat macam tu. last time 3 ekor jugak. tapi tiga-tiga mati sebab how do you expect them to live without their mother? yang sakit hatinya aku ni ha...bila mati aku jugak yang melalak.

anyway, macam shiall je orang yang amik kesempatan atas kelemahan orang lain ni. even if we're related by blood. pfftt..

Friday, May 14, 2010

dirty

LOL.


Ini entry ada unsur-unsur 18SX. jangan cakap aku tak warning...

dulukan, aku tak rasa kelakar when someone's making joke such as the one kat atas tu. ala, lawak-lawak berwarna kuning dan yang sewaktu dengannya. ada sorang schoolmate lelaki dulu, aku sangat-sangat annoyed bila dia mencarut guna perkataan 'pepek' (sorry aku tak tapis). kuat pulak tu. he was practically shouting. i was like, shilako la mamat ni takde perkataan lain ke ko nak guna hah??. tapi dalam hati je la kang tak pasal-pasal aku plak yang kene terajang. haha.

tapikan sekarang ni boleh dikatakan aku dengar perkataan 'tetek' and 'lubang' and 'kote' on daily basis. and aku tak rasa ianya insulting pun. it's just jokes shared between manusia-manusia yang dah berkahwin. aku pulak cuma seekor makhluk asing yang ikut gelak walaupun aku rasa benda tu takde la lawak sangat. apa orang kata... masuk ladang kambing kita mengembek...go with the flow!

tapi awas, aku cuma rasa macam tu sebab diorang dah kawen & it's like normal to them. tapi kau, kau, kau yang bujang-bujang ni jangan terlebih mesra pulak nak berlawak-lawak macam tu dengan aku.

tapi yang perempuan tak pe....



p/s: but still, geli la panggil payudara as tetek. call it breast la macam mulia sikit...

Sunday, May 9, 2010

award award!

sementara aku teringat ni baikla aku buat. haha...Interesting Blogger award ni diberikan oleh puan Salwa yang menulis di blog Just A Tiny Worker Bee.

she's an old friend of mine yang udah bertahun tidak kutemu. also a proud mother of Faheem (how old is he again?). so here it goes....


1)Thank & link the person that gave you the award.
wawa, thank you thank you thank you thank you very-very much. aku nak taip 1000 X tapi tak larat plak rasanya. hehe..

2) Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered.
imma skip this step. most of the blogger i knew of dah kena tag pun. maklumla my circle of friends kat sini bukannya besar sangat...

3) Contact said Blogs and let them know they've won the award.
 imma have to skip this also.


4) State seven things about yourself.

1- an otaku. 
2- bau nescafe 3-in-1 Mild yang packaging kaler coklet tu boleh buat aku terbangun dari tido. sedap btol bau dia!
3- tak berapa mempunyai kesukaan untuk membeli baju atau kasut baru. samaada cerewet or kedekut. haha..
4- dah lama tak memancing.
5- tak berapa suka manggis dan betik. kesukaan aku ialah tembikai susu.
6- aku rasa edward robert pattinson tak hensem and selekeh. bella pulak laaaagii la aku menyampah.
7- aku takut petir dan hujan lebat. rasa nak sembunyi bawah katil. tapi aku sendiri pun tidur tak berkatil so how?

as of now

I'm at my lowest low but I'm slowly climbing my way up. slowly but surely. taking one small step at a time. picking up myself bit by bit along the way.

trying to make it whole.

trying to re-discover myself.

how many stairs does a great wall of china has?
think i can climb this one?


trying to grow up. like REALLY grow up.

making my parents to stop worrying about me is a good start, don't ya think?


anyway, i hope i can make it to the top someday. it's not gonna be an easy journey, i know. especially for someone like me who had spent years of her life being worthless insignificant & playing around. but this is a wall that i have to climb. and i will climb it even if my lazy ass refuse to.

I'll spank myself if worse come to worst (^_-)


I WILL MAKE THE DIFFERENCE  
ok this is just  me being optimistic haha..

Wednesday, May 5, 2010

your source of information. or not?

selain Dramawiki & wikipedia, ada juga Encyclopedia Dramatica.

which is more or less like a 'scary movie' version of Wikipedia.


hell what can i say?

Hilarious!

Tuesday, April 27, 2010

haru-haru (day by day), memang yang terbaik dari Big Bang.

you know what, i've watched/listened to this video/song for a thousand times but still tak jemu-jemu lagi. watching it for the first few times, i cried. god i cried like crazy. padahal satu apa pun aku tak paham. hehe. and today aku tengok lagi sekali, and this time with the english translation.




kalau ikut MV, this girl (Min Young) broke-up dengan G-Dragon (that's the main actor) pasal dia ada penyakit and nak buat pembedahan. tak tau la penyakit or pembedahan apa but most likely she won't survive. so dia macam tak nak la G-Dragon sedih if anything bad happened. but G-Dragon ni plak salah paham & ingat the Min Young ada affair dengan TOP. so berperang la G-Dragon & TOP ni sampai bertumbuk-tumbuk segala. kawan-kawan diorang pon dah tak boleh apa dah .only on the day of the surgery baru G-Dragon tau perkara sebenar bila Taeyang call him and tell him everything. tapi malangnya bila dia sampai hospital je dah terlambat coz Min Young dah meninggal.

oh ye, ingat tak masa mula-mula start MV ni the girl ada bagi cincin kat TOP? and near the end ada dialog between GD & TOP (ini Haru-Haru punya MV version 2, so takde dalam ni. kalau nak tengok part ni kena tengok version 1, MV yang original).

so dalam part ni, TOP pulangkan balik cincin to kat GD and he said, "sorry for lying. Min Young really loved you a lot,".  this is the part yang betul-betul buat aku sentap and terus bercucuran air mata. part yang member-member dia pujuk dia tuh pun aku rasa sayu gile. damn, terer betul si GD ni berlakun. memang believable...



nah aku letak MV yang original. baru aku perasan dalam MV version 2 jalan cerita-nya takde.


again, tengoklah MV original version, lagi tight dari yang ni. yang buat aku kagum ialah walaupun lirik dia takde kena mengena dengan bergaduh, tapi TOP & GD were singing & acting like they meant it. tapi bila tengok part yang tak jadi tu rasa kelakar la pulak..

ok kalau ikut the song, actually the girl mintak putus and this guy walau tak rela + sedih gila + devastated dia harap perempuan tu tetap happy dengan orang baru. and that he will be ok in time.

lebih kurang macam tu lah.



ok sekarang aku nak layan jiwang jap. bye-bye.

Friday, April 23, 2010

Berita Harian Online | 6 pelajar lelaki direman bantu siasatan kes rogol

Berita Harian Online | 6 pelajar lelaki direman bantu siasatan kes rogol

OH MY GOD!

astaghfirullahalazim.....mengucap panjang aku bila baca berita ni semalam. budak 14 tahun dah pandai merogol. mendera somemore. and what's with the pencil? A PENCIL FOR GOD SAKE! try sticking it up your ass, you dumbshit. SAKIT BODOH! habis sepuluh, dua puluh tahun lagi kau nak jadi apa? KETUA SAMSENG? SERIAL RAPIST? BAPAK AYAM?

sedih. sedih aku bila mengenangkan nasib mangsa. dah la hamil. ntah apa la nasib dia lepas ni. entah apa la nasib anak dia lepas ni. umur baru 14 belas. tak sampai dua dekad. her life's destroyed now. siapa nak bertanggung jawab?

kalau ikut harian metro, mangsa adalah anak terbuang dan tinggal di rumah kebajikan. dah kena langgar lepas tu kau lenyek2 dia pulak. kurang ajar punya budak.

aku harap budak yang merogol dia, dengan kawan2 dia yang bersubahat tu dijatuhkan hukuman yang seberat-beratnya. kalau boleh sebat dia seratus kali. penjara seumur hidup. peduli apa kalau dia tu juvana. a crime is a crime. despite his age, kalau dia dah pandai merogol maknanya he can be treated as adult. he SHOULD be treated as one. barulah adil pada mangsa.

i can't imagine kalau family aku sendiri kena macam tu. or kalau aku seorang mak anak anak aku dirogol orang. maybe i'll be mad enough to kill the suspect with my own hand. MAYBE...

Tuesday, March 23, 2010

nampak je senang. tapi......

aku percaya yang ramai orang serupa macam aku. kadang-kadang perasan macam terer sangat sampai semua benda kau percaya kau boleh buat. kau macam tu tak?

mesti ada kan sikit-sikit.....

masa jalan-jalan kat youtube tempoh hari aku saja-saja la layan video secara rambang. tanpa tujuan khusus and aku terjumpa la video pasal cara-cara menggunting rambut sendiri. this one girl ni kata dia macam frust nak gunting rambut kat kedai pasal the end product selalu tak menepati kehendak dia. so she cut her own hair. GILA COOL, i thought. and memang rambut dia cun pon.

ah jeles!!

selepas itu aku telah memasang angan-angan untuk memotong rambut aku sendiri. BY MY OWN HAND WHOA. cita-cita besar tu! dia boleh buat takkan aku tak boleh kut. sebagai preparation, aku siap beli gunting and klip rambut etc etc. punyalah bersungguh.


and so i cut my own hair. and it was a DISASTER. my haircut jadi choppy and tak balance between kanan and kiri. mana taknya, my left hand tak steady macam my right hand. aku baru sedar bila aku cuba memotong guna tangan kiri. haha. obviously it was a failure. but i didn't mind. i just have to ikat my rambut until dia panjang balik. and to keep it a secret from anyone else. haha. lagipun the whole process macam seronok. it wasn't the first time i played around with my hair. tapi ini yang paling dashyat. and mendebarkan. and exciting. nanti nak cuba lagi sampai betul-betul menjadi.

OR NOT.

this one time masa sekolah, masa tu rambut aku pannnjanng sangat. and ada senior nak potongkan untuk aku. so i let her. ok lah menjadi juga dia potong. tapi ada sekali, masa ni aku tak ingat siapa yang tolong potongkan, we stopped halfway pasal ada hal apa ntah kat aspuri. and rambut tu terbiar macam tu sampailah cuti sekolah. aku memang la tak kesah sebab aku tak nampak pun how bad the hair was. kat belakang kan..balik rumah suruh my mom betulkan and she was suprised macam mana my hair boleh ended up macam tu. uikk, teruk sangat ke??


kesimpulannya, sometimes you just have to let the pros do their job. IT'S SAFER.


BWAHAHAHAHAHAHA.

Tuesday, March 16, 2010

harajuku aku tau la. horojuku/horojuko?

lawak plak aku rasa. masa dia write story tu dia tak cuba ke nak google dulu word tersebut?

mungkinkah typo?

ok mungkin.

aku merujuk pada artikel Variasi dekat berita minggu pasal Fiffy.

adik nak berfesyen ala-ala gadis jepun? baiklah. tapi jangan la 'kesal' pulak kalau ada yang menyindir. rambut adik tu je dah cukup buat orang berpaling. itu belum masuk bab pakaian lagi.

comel bukan tak comel. tapi inikan Malaysia. hehe..

btw, lagu kawaii tu tak kawaii langsung. sorry to say.

good luck anyway!

Sunday, March 14, 2010

i can't believe they turn YAMATO NADESHIKO SHICHI HENGE into a drama



dulu aku pernah tulis pasal YMSH (the anime) dekat sini. alih-alih dah dijadikan drama plak. cuma Kamenashi Kazuya je yang aku familiar. yang lain-lain pernah la jugak aku tengok menjadi watak tempelan di mana-mana.

Basically drama ni pasal 4 handsome guys yang ditugaskan untuk menukarkan seorang perempuan (yang spooky?) untuk menjadi lebih feminine/ladylike/womanly. and it's all for a free board-and-lodging.

aku tak tengok lagi drama tersebut. will it be different than the anime?


nah, i don't think so...

Thursday, March 11, 2010

tak waras??

Anak bekas setiausaha sulit Pak Lah tak waras
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

2010/03/11
PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini semalam, memerintahkan anak bekas setiausaha sulit Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dituduh mengugut untuk membunuh dan mencederakan bapanya ditempatkan di Hospital Bahagia, Ulu Kinta Perak.

Mahkamah membuat perintah itu mengikut Seksyen 348 Kanun Acara Jenayah (KAJ) selepas meneliti laporan perubatan tertuduh dan berpuas hati ketika kesalahan itu dilakukan, tertuduh Muhammad Ezra Rusli, 27, tidak waras.
Pendaftar Mahkamah Majistret, Latifah Ibrahim yang membacakan keputusan itu mendapati tertuduh melakukan kesalahan berkenaan, tetapi disebabkan tertuduh tidak waras mahkamah membebaskannya dan memerintahkan dia ditempatkan di Hospital Bahagia. Latifah yang membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan berkata tempoh berapa lama tertuduh akan ditempatkan di pusat berkenaan akan ditentukan mengikut perkenan Sultan Selangor.

Perbicaraan kes berkenaan hanya berlangsung selama sehari dan pihak pendakwaan memanggil tiga saksi memberikan keterangan iaitu bapa tertuduh, Datuk Rusli Abdul Malik, 62, yang juga pengadu, pegawai polis yang membuat tangkapan dan pegawai penyiasat kes.

Pada 18 September tahun lalu, Muhammad Ezra mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggugut untuk membunuh bapanya dengan menggunakan sepucuk pistol jenis Glock mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dia juga mengaku tidak bersalah bagi tuduhan kedua iaitu mencederakan bapanya mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di rumahnya beralamat di C2-07, D’Shire Villa, Jalan Camar 4/1, Seksyen 4, Kota Damansara di sini, di antara jam 3.30 petang dan jam 5 petang, 8 September 2009.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Choo Hueay Ting manakala tertuduh diwakili peguam S Selvi.

Sementara itu Muhammad Ezra yang juga seorang peniaga turut didakwa memiliki sebutir bom tangan jenis Grenad (M213) di rumahnya mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 di Mahkamah Sesyen di sini.




LET JUST PRAY HE'LL BE OK IN TIME.

Friday, February 26, 2010

actifast yang tak fast

aku sakit kepala semalam. mula-mula aku biarkan aja. kadang-kadang dia hilang sendiri. tapi makin aku biar makin berat pulak kepala aku jadi aku makanlah sebiji panadol actifast. selalu aku kalau sakit kepala memang akan ambil sebiji panadol and dalam 15 minit memang akan ok punya. so aku ingat kalau namanya pun dah fast mestilah kejap je boleh hilang sakit kepala aku tuh.

aku tak ambik dua biji sebab aku tak demam so just one is enough la kut.

tunggu punya tunggu sampai setengah jam tak berkurang jugak sakit kepala aku. so i took another one. still after setengah jam masih lagi sakit kepala aku tak berkurang.

aku masuk bilik and baring-baring. wah rasa mengantuk la plak. so aku tidur. ingat nak tidur kejap sekali je aku tidur for 10 hours straight. WHOA!!

last time aku tidur macam tu ialah selepas makan ubat selsema yang memang aku tau gerenti buat kau mengantuk.

orang kata panadol tu tak baik. so aku google la untuk home remedy if kau sakit kepala. inilah yang aku baca kat satu forum

As said by the doctor that whenever we have a headache, that's because it is due to the electron/Ion imbalance in the brain. As an alternative solution to cope with this matter, they suggested that we buy 1 or 2 cans of isotonic drink (eg.100PLUS), and mix it with drinking water according to a ratio of 1:1 or 1:2 (simply, it means one cup 100plus, one cup water.or 2 cups water).

and satu lagi

Another method will be to submerge your feet in a basin of warm water so that it bring the blood pressure down from your throbbing head.


SELAMAT MENCUBA!

my first time

hari ini.

aku mandikan anak sedara aku, allya yang umur 2 tahun lebih tu.

UNTUK KALI KEDUA.

kemudian lepas mandi kenalah pakaikan baju, bedakkan, sikatkan rambut etc etc..

tapi sebelum tu kenalah pakaikan pampers dia dulu.

aku pelik. puas aku adjust-adjust pampers tu tapi kenapa macam tak muat/kelihatan pelik. dah 5 minit, allya dah mula resah. terpusing sana. terpusing sini.

kemudian kakak aku kata "terbalik la....,"

ooohhhh, PAMPERS TU TERBALIK RUPANYA. padanlah tak boleh tampal. HAHA..


inilah kisah pertama kali aku pakaikan pampers budak.

sekian terima kasih...

Friday, February 19, 2010

kenapa aku benci bawang putih bawang merah

aku jenis begini, bila dah tertengok satu cerita, dah terfollow, walau tak sedap rasa sayang pulak nak tinggalkan. sebab tu la agaknya aku teruskan tengok cerita cerita indon yang banyak tak munasabah dari munasabahnya. yang berlambak-lambak kat kaca tv sekarang. contohnya cerita bawang merah bawang putih, yang aku tak tau apa rasionalnya sampai diulang tayang oleh TV3.



biar aku rephrase ayat aku, tak rasional bagi aku sebab aku rasa itu cerita budak-budak sekolah yang bodoh. rasional bagi TV3 sebab banyak makcik-makcik, nenek-nenek yang tastenya tak macam aku.


jadi apa sebenarnya bawang putih bawang merah?

bukan. bukan bawang putih & bawang merah yang kau buat masak tu. bawang putih bawang merah ialah kisah mengenai Alya (bawang putih) & Siska (bawang merah) & Rika Sumanto, ibunya si Siska merangkap ibu tiri Alya.

si heroin, si bawang putih, yang konon baik (tapi selain menipu dia juga berzina. SAY WHAT??), yang walaupun dilindungi puteri (kalau betul dia malaikat, she suck at it) & Ferdi & , masih lagi berupaya diseksa mental & fizikalnya oleh Siska & Rika. typical damsels in distress, perlu diselamatkan berulang-kali (boring) dan akhirnya apa?



MIMPI!



mimpi kau tau. memang buang masa. memang nak kene pancung sape yang bagi idea untuk cerita sampah macam ni. Grrr....



(nota untuk Nia Ramadani: boleh tak jangan berlakon jadi gadis manis yang innocent lagi baik hati? you are so much better being a bitch & that's a compliment)



WRITER'S NOTE: Ini pun satu entry yang aku drafted pada tahun 2008. masa tu bawang putih bawang merah tengah di-ulang tayang kat tv. sepengetahuan aku, untuk versi kat malaysia ni ending dia yang mimpi tu kena cut. meaning that the whole story bukan mimpi la. tapi kan, aku pun dah konpius samaada mimpi atau tak sebenarnya.

alien invasion?

first we heard a sound. foot steps. like someone was moving outside the house. the foot steps sounded nearer and nearer. then we heard something mechanical being turned on and there was the noise. it gets louder and louder every seconds.

we looked at each other quizzically. partly scared.

I'm no psychic but i can certainly read what's on their mind at that exact moment. what's on their mind, what's on my mind, i know we're thinking about the same thing.


what was that?!


suddenly i remembered my cats. oh my god, they were outside! i must get them inside. i must save them!

my first reaction was to get out from the back door. but as i walked halfway to the door, white smokes enter the house from the lower door gap. i was stunned so i stepped back.


i couldn't get out. i couldn't save them. what should i do now?


we started panicking....



WRITER'S NOTE: wrote this one on 8th of August 2008. a true story btw. just experimenting with a new style of writing. HAHA. i never get to finish it (and then forgot about it).

whoa, i drafted this in 2008


perkara-perkara yang menimbulkan tanda tanya/keserbasalahan/kemeluatan pada aku di laman web friendster.


1) bila seseorang mengaku cute/comel/cun walau sebenarnya dia tak. [note: dia serius mengaku. bukan dengan nada bergurau]

- banyak aku jumpa kat friendster. caption pada gambar beliau seperti 'comelnya dia (dia tu merujuk pada diri sendiri), shommelnye (err), cute kan aku?' dan sebagainya. pendek kata caption yang membuatkan orang tertarik (nak view). akan menimbulkan tanda tanya/kemeluatan/keserbasalahan orang sebab biasanya caption itu tidak memberi justice pada gambar tersebut. jangan menipu pembaca ok?


ataupun, next time, just leave the caption blank boleh kan dear?


oh well, maafkan dia. mungkin dia serius rasa dia comel. tapi yang aku peratikan awek indon memang comel. cuba tengok kat most popular member.


2) minah bertudung in real life tapi boleh pulak letak gambar free hair yang sexy (baju pun kalau boleh nak free jugak). captionnya mestilah berbunyi 'hmm...sexy" . tak contradict ke tu cik adik?

and NO, gambarnya tidak diswastakan.


3) letak gambar self-snap berpuluh keping tapi expression semua sama. cuma berlainan sisi dan baju. err WHY?


4) yang bercinta mesti nak tayang-tayang how much they're in love. maka akan banyaklah shoutout berbunyi 'i love you so much' 'i miss you so much' dan banyak juga lah mushy bulletin yang sebenarnya [NOTE: FAST FORWARD TO PRESENT TIME, I DON'T EVEN REMEMBER WHAT MY POINT WAS]


get a room already!





p/s: masa ni masih aktik ber-friendster. sekarang tidak lagi...haha...

Wednesday, February 17, 2010

current favourite ( title pun kena edit jugak? how lame..)

i've changed my current fav section today, after leaving it 'bersawang' for quite some time. and since I'm bored (like i always do) & have nothing to blog as of late (writer's block maybe? yeah AS IF i'm a real writer haha) i'm gonna be lame and go through it one by one. so let's see...


1) The Vampire Diaries



- i believe I've told you before how much i like this TV show. and if i haven't (or if you missed it) here i go again. I LOVE THE VAMPIRE DIARIES!!! it's gotten interesting now that we knew *SPOILER ALERT!* Katherine was never trapped in the church . so where has she been all these years?

i've wiki-ed for the book version of TVD. i think the story is a bit different from the drama. well I HOPE IT'LL BE DIFFERENT now that i spoilt it sillymewhymustireadwhatishouldn'treaddamn!.


2) Chuck



- again, i believe I've told you before how much i like this TV show. nah I'm not gonna repeat it (^_^). now entering 7th episode of the 3rd season, CHUCK GOT HIMSELF A NEW GIRLFRIEND YAAY!! better yet, it's none other than Kristin Kreuk, better known as Lana Lang in Smallville. god i love her since...forever.

still, i don't like the fact that Sarah and Shaw is becoming an item. i have to admit though, that they do look great together. poor Chuck...


3) Fairy Tail




- it's manga-turned-anime. again. the same as Skip Beat and D-Gray Man (which i removed from my current fav because it's not my current fav anymore. obviously. love the anime but the manga is so confusing I'm having a hard time to understand the storyline). i love everything about this anime, from the character down to the seiyū. in short, EVERYTHING. damn funny too. Natsu, Erza, Gray, Lucy and Happy (a talking cat. AYE!) crack me up every time. perfect combination. LOOOOOVE IT.


*of course, it helps that Bleach and Naruto are becoming boring nowadays.*


4) T-ara




can't seem to get these two songs out of my head.





WHY?

because T-ara is good.

the second song has another version. but i like this one better.



so that's all for now. see ya!

real bummer

kenapa? kenapa?


KENAPA TERMINATOR: THE SARAH CONNOR CHRONICLES CUMA ADA DUA SEASON??


dah la ending-nya tergantung . Grrr...





writer's note: patutnya aku mengamuk bulan April aritu. tapi tu la...lambat. haha...


p/s: shirley manson (of Garbage. the band, not the sampah) is one hell of a liquid metal. I'm lo-ving it...

Sunday, February 7, 2010

Anak Singa

kalau sebut anak singa apa yang kau bayangkan?

aku bayangkan macam kucing dewasa yang berwarna coklat. lepastu ada bintik hitam sikit-sikit kat bulu dia. wah mesti comel! dapat peluk sekor best nih..

aku nak! aku nak!

jadi kau bayangkan bagaimana kecewanya aku bila anak singa yang dimaksudkan berupa seperti ini....


(berselindung di sebalik si tudung krim for worst case scenario)

jangankan nak peluk. nak cuit pun tak berani..

frust-nye I!


-2005 in memory-

Thursday, January 28, 2010

my mistake. i'm sorry.

aduhh ntah apela yang merasuk aku semalam. tetiba je hangin satu badan. and then i went on and said something unnecessary. tsk..

kisahnya begini, ada orang tu tulis dalam blog dia pasal 'somebody'. and aku terasa la yang somebody tu, aku. kalau, KALAU betullah orang aku yang dikatakan itu, aku naik angin la pasal dia mengulas pasal something that i wrote (bukan pasal dia pun. although aku memang pernah tulis pasal dia dalam blog aku) dalam tahun lepas. and perkara yang aku tulis/cerita tu pun ialah perkara yang berlaku many,many years ago. it's not even relevant now.

but ok fine, i said some bad things so it's fine la kalau dia nak kutuk aku pasal tu. i totally deserved that.

tapi yang aku tak tahan tu when she's implying that I'm a negative person. dari dulu hingga sekarang. and possibly in the future. and adalah some other stuff that she wrote yang umpama mencurahkan minyak ke api.

*weh tadi aku dah tenang tetiba darah naik balik plak. i'm gonna take five*

i said to myself many times yang i couldn't be bothered with what some 'random' people say, regardless of what it is. random as in someone yang bukan kenal ko sangat pun. alah cuma kat blog je kan bukan real world pun. tak payah la nak serious sangat...

tapi tu la aku dah terbakar plak semalam. hari ni aku teringat plak lagi satu perkara yang aku selalu bagitau diri sendiri (see, i don't need anybody to tell me. I'M FINE BY MYSELF), if i can say bad things about people, it'll only be fair IF they are also allowed to do so.

i shouldn't have snapped like that. so it's MY MISTAKE and I'M SORRY. i will be careful from now on supaya aku tak tulis perkara-perkara yang bakal menimbulkan kontroversi (seriously guys, no politic? not even environment?) pada masa-masa akan datang. and kalau aku boleh tambah, lainkali KEEP YOUR OPINION TO YOURSELF. like i always do. kau ingat ko sorang je yang bila baca blog orang lain timbul rasa tak puas hati, or menyampah, or benci? aku ada jugak tapi aku rileks je. setakat ko baca apa yang orang tulis tu tak bermakna kau dah kenal dia luar dalam. and tak bermakna kau lebih baik dari dia. kau simpan baik-baik pendapat kau yang mulia tu and ko apply la kat diri sendiri.

kalau aku boleh guna ayat kau balik, i would say "DO NOT SIMPLY JUMP TO CONCLUSION". people's life is not as simple as yours. definitely.


Your Honour, i rest my case.



p/s: aku cuma nak peluang untuk bela diri.

Wednesday, January 27, 2010

are you mad because i've blogged about you?

BLOGGING IS ADDICTIVE

aku sudah ber-blog di blogspot dari tahun 2007 lagi. ntah bila aku nak bosan aku pun tak tau. blogging ni seronok bukannya apa, it's like a diary yang tak berapa nak rahsia. yang semua orang pun boleh baca (unless you keep in private la). tapi of course since it's not really a diary, and since everyone pun boleh baca, kau tak boleh nak tulis semuanya yang kau nak tulis. you have to be careful sebab kau tak tau siapa yang bakal baca. it might be the one yang kau cerita dalam blog, orang yang kau tak suka, orang yang ada masaalah dengan kau, ORANG YANG MENCARI KESALAHAN KAU, etc etc. hehe.


I'M NO ANGEL

aku mengaku aku bukannya baik pun. banyak jugak aku menghentam orang dalam blog aku ni. but you have to know, A BLOG IS JUST A BLOG. it's not your heart. while it's true that i mostly wrote what i felt at that particular moment, it's very hard to convey my exact feeling in it. always. because a human heart, MY heart is not a book that you can read cover to cover. it is NOT something in black and white.

plus, it changes over time.


as for me, there's always something in between that i would like to keep to myself. some hidden truth/lies like...


i may have hate you in the past, but that doesn't mean i hate you NOW.

i may have like you NOW, but that doesn't mean i don't hate you in the past.


FEELING CHANGE. i don't hate the person i hate 5 years, 10 years, 15 years back. i may have a grudge against them THEN, but i could care less about it NOW. sure i wrote about them in the present time. but you know what, i wrote about them 5 years, 10 years, 15 years back in my diaries. when i WAS angry. blog doesn't exist then. I'm not angry now. i was just re-creating the moment. any writer would do the same.

but you wouldn't understand. you think that i am a bitter person. you think I'm still hung up over what happened in the past. and you think I'll be bitter the rest of my life.

you don't know the half of me, darling. it's a shame that with so little thing you knew about me, you decided that you knew me. YOU DON'T. you are not me. you think you understand me but you don't. there are things that only YOU know because you've been through it. this is one of them.

you're not in my shoes so how can you possibly know?

people are fundamentally different. just because i don't do the things you THOUGHT right, it doesn't mean I'm wrong. it just mean I'm different than you. i do things MY way. you do yours YOUR way. i won't judge you, so don't judge me.


ALTER EGO

a blog is just a blog. it's an alter ego. it's the manifestation of your heart, but it's not your heart. not really. DON'T GET CAUGHT IN IT. if you do, you lose.



p/s: you think i am unforgiving? you are wrong. BECAUSE I FORGIVE YOU. and if i wrote something about you that pissed you off, i apologized. it wasn't meant for you to read but you did so I'm sorry. but if you wanna retaliate, feel free to do so in your blog. i won't held it against you.

Wednesday, January 20, 2010

welcome to the world, Allya Zafira


inilah sebabnya aku ke Kedah ituhari.
she was born on Thursday, 14th January 2010.
the irony was, walaupun begitu jauh aku pergi mengembara,
aku tak dukung dia walau sekali.
aku takuutttt...
she's red and small and fragile.
kalau jatuh macam mana?



aku biasakan diri aku 'auntie' pada anak sedara aku. bukan la perasan omputih tapi since nama panggilan aku kat rumah adalah icik, takkan aku nak bahasakan diri as MAK CIK kut. kan tak glemer tu.

aku panggil kucing aku Baby (cuma yang sekor tu je, because she's very dear to me), and aku bahasakan diri aku Kak Cik. to all my cats. i feel more like a mother to them tapi takkan la aku nak bahasakan diri aku mak/ibu/mama kut pada diorang. macam sewel dah tu. haha..

kadang-kadang aku tersasul-sasul. pada anak sedara aku bahasakan diri sebagai kak cik, pada kucing aku bahasakan diri sebagai auntie. it's bad. i can't differentiate those two species!

Thursday, January 14, 2010

guilty, i know!

darn, i missed my bff's birthday. tertukar dengan somebody else's birth date. and i'm going to see him soon. empty handed!

now i can't even bring myself to wish him happy belated birthday.

haihh....

Wednesday, January 6, 2010

hillarious * i mean hilarious*


oh snap!

hari ni saya tadah muka saya sebab saya tengah happy




si tembam: nak kutuk i pun boleh. i tak kisah punya.



p/s: sekali sekali camwhoring dalam blog apesalahnya..nanti kalau dah blogging secara anonymous dah tak boleh nak tayang muka..

Sunday, January 3, 2010

Hello Big Bang

Question,

why did i find TOP to be HOT irresistible? *grin*


Big Bang is definitely in my 2010 lookout list.





update:
i included the song translation. so that you can appreciate the lyric as much as i do. i think it's beautiful. you?

The rain just now has stopped
The smell of asphalt is floating around the city
Hey, over there too, the weather is fine already right?
For the weather has cleared up from the west
Since youre not a morning person
Everyday, will you be able to wake up properly?
Im still worried about things like that

The spreading sky, the freedom
Although neither of them has changed
Right now, just that its only just that you are not by my side

Let me hear your voice
If we become honest, surely
Well be able to understand each other
Please open your heart
Let me hear your voice
The path we have come is, for us, definitely
An important STEP to that future

The first time I met you was
Around this season right?
The light up street was
Glowing beautifully
The crybaby-you, from that time on, often
Laid your forehead on my shoulder
You were crying right? That extreme warmth
From your touch on my shoulder

Everyone lives, carrying his own worry
Desperately holding his broken heart

Let me hear you voice
If we become more kind
Well be able to love each other
Dont avert my eyes
Let me hear your voice
Lets get over those entwined anxieties and loneliness
The feelings of this moment become our bond

Yeah, Since you went away hasn't been the same
In my heart all i got is pain
Could it be that i play the game
To loose you, i can't maintain
Sunlight moonlight you lit my life
Realize in the night while love shines bright
Can't let you go we were meant for forever baby let me know

Days passed without you can't forget you
Letting me be the cloud hanging above me
Raining on me missing your touch
Nights get longer and it's hard to clutch
We're apart breaks my heart
Its all for the best girl, you're my world
In time my love unfurls
'Till then wait for you girl

Let me hear your voice
If we become honest, surely
Well be able to understand each other
Please open your heart
Let me hear your voice
The path we have come is, for us, surely
An important STEP to that future


p/s: love Daesung voice (he's the guy who sings on 00.54). melts me all the way to the bone.

Saturday, January 2, 2010

Note to Huha

the music is good.

you (the vocalist of course) just need to work on the vocal.

but seriously, guys, i think you got potential.

http://www.myspace.com/thehuha




p/s: love insomnia.