Sunday, September 19, 2010

THE news





semalam aku kata EVENTFUL kan? so this is what happened....


semalam macam hari-hari sabtu yang lain. aku pakai my usual attire aku untuk hari sabtu (apparently I've been wearing the same thing on Saturdays. macam uniform ko..haha..) my female senpai (who is pretty much a chatterbox btw) cuti so the office macam very the quite you know. like, the silent is defeaning wtf. haha. the other 2 male senpais aku tengok memang macam bz abis so i opted out to duduk diam-diam and buat-buat sibuk so not to disturb them. yeah, eventhough aku memang takde keje langsung. gege..

so it started after lunch break. tengah-tengah senyap-senyap ni tetiba dengar orang jerit-jerit. memula ingatkan ada bangla gaduh ke apa.bila jenguk from the office window (our office is transparent btw) nampak api menjulang-julang kat belakang.WHOAA!! aku fikir 'eh macam jauh. tak effect kat office kitorang kut,' so aku rileks je la. tapi abang-abang tu plak macam 'WEH LARI WEH!!' sambil buat muka cuak. yang sorang tu dah siap capai barang apa semua, yang sorang lagi tu macam aku la, terkial-kial nak off pc & everything. aku pun capai la beg & sweater aku and jalan keluar. tapi ada sedikit kemusykilan bila aku tengok office sebelah masih relax buat keje like nothing happened.

dalam blur-blur ni aku jalan je la ikut bangla-bangla yang sibuk lari-lari tu. serious aku blur. it was like SURREAL you know. dah la aku kesorangan. and then masa kat surau tengahari tu baru je dengar cerita pasal sorang bangla dari kilang sebelah yang kena sambar api and terbakar separuh badan. tetiba je kat sini pulak terbakar. suratan atau kebetulan?

but i have to admit, masa aku tengok api menjulang tu aku boleh terbayangkan ada somebody yang terbakar satu badan & tengah terguling-guling kat situ. wah wah wah bukan main lagi imaginasi kau ye cik...

lepas keluar pagar tu (dalam gambar tu pon ko nampak pagar kan..) aku lepak la dengan mangsa-mangsa yang lain. chewahh...magsa la kononn.. tapi akak sorang tu memang betul mangsa pasal yang terbakar tu memang tempat yang dia jaga. tapi dia memang pantas menyelamatkan diri. syukurlah... ada sorang kakak ni plak dah merembes-rembes air mata pasal harta-harta dia semua dia tak sempat nak capai. again, syukurlah ada bangla yang baik hati nak pergi selamatkan harta dia. tapi yang lawak tu, baru la tengahari tu dia kutuk-kutuk bangla pasal baru pandai sikit dah nak tunjuk terer. and how diorang tak berapa nak respek perempuan pasal memang macam tu adatnya kat negara diorang. tengok-tengok yang dia kutuk-kutuk tu la yang willing to help her in this dire situation.

huh, the irony..

i must be excited ke ape...my legs was shaking tau. gigil. macam sayu pun ada jugak bila tengok orang lain mata merah-merah.

tapiikann, kalau aku jadi akak ni mesti aku boleh trauma. dia pergi toilet, takde siapa tau dia kat toilet, so takde siapa cari dia. bila dia keluar-keluar toilet je tengok dah gelap, orang dah takde, asap dah berkepul-kepul. keluar main office, tak pasal-pasal kena marah pulak pasal tak lari. imagine how shocked she was..sampai kat kitorang (aku memang cari dia pun mula-mula tu tapi tak jumpa so aku assume dia dah keluar awal2) dia dah nak menangis. jadi tersedih aku sekejap. iyalah, macam takde siapa kisah pasal dia pulak. sebenarnya orang kisah tapi tu lah tengah panik-panik tu kadang-kadang banyak benda yang kita terlupa. yang penting nyawa sendiri dulu kita selamatkan. ye tak? I'm not saying it's not selfish. but it's human instinct. sudah fitrah...

anyway, the aftermath takdela as severe as i thought it would be. satu department memang hangus terbakar. the other department, walaupun tak di-effect oleh api, di-effect-kan oleh air pulak (from the sprinkler & bomba). so macam ada banyak kerugian jugaklah di situ. my office & office sebelah yang takde kena-mengena tu pon boleh jadi banjir from all the water. pulak?

they told me, tahun 2004 pernah jugak ada kebakaran disebabkan petir. and tahun ni pun beberapa kebakaran jugak. tapi tak pernah seteruk ini. hmm, SEBAB DULU AKU TAKDE. haha...

will we operate macam biasa? kena tunggu Isnin la to find out...



sekian sahaja berita dari saya. bye bye (^_^)