Monday, December 19, 2011

Hari yang panjaaaang sangat.....

so i drive an old car. a 1998 kancil. buruk ke, lama ke, bukan masaalah pada aku. janji ada bumbung & boleh gerak kan. tapi sedih jugak la, pasal asyik meragam je. bila meragam, duit pun melayang-layang-layang la T_T. daripada tayar pancit, ke air-con rosak and this morning, driver shaft plak bermasaalah.

 i was driving out of petronas, sekali je ada bunyik 'ketuk', like i hit something. aku berhenti, tengok-tengok ok je semua. bila aku jalan balik tu, dalam 10 seconds, i felt like macam ada benda putus ke (or patah. couldn't tell). lepastu kereta rasa bergoyang. aku pun apelagi, terus berenti tepi jalan & keluar selamatkan diri. wa tatau apa okeh apa masaalahnya, baik wa lari dulu sebelum apa-apa.

haha...drama betul.

called my dad, he picked me up & sent me to work. lepas tu panggil orang repair. dah melayang RM200 arini. just like that. urghh...sengal betul gua rasa. but ini ok lagi. drama selepas ni lagi hebat. jeng jeng jeng...

petang tadi, my sis sepatutnya amik aku by 5 o'clock, give or take. sekali je sampai pukul 5.40 tak sampai-sampai lagi. so i texted her. sekali je dia called cakap dia accident plak.

 i was like, SHOCKED. terperanjat mak, okeh!

tanya-tanya, dia ok je, kete pun cuma bumper belakang je calar sikit. but the person yang langgar dia tuh (yes, dia kena langgar, bukan dilanggar) mintak ganti rugi plak pasal dia punya passenger door kemik. apekes?? dah langgar orang, tak ngaku salah, lepastu berani plak mintak ganti rugi?? GRRRR..hangin aku dibuatnya. lagi hangin sebab orang tu ialah orang Pakistan. haihhh...dah masuk kampung orang tu agak2 la kan...

yang adik aku tu pun sengal, takut abah marah punya pasal, dia tak nak telefon. so i have to call my Along instead. As a back-up. maklumla, kami ni takde experience dengan kes-kes macam ni. aku? aku sama la clueless macam dia. harapan aku, Along dah biasa bawak kereta, so she must knew something.

so the Pakistani ni nak setel out of court so we both don't have to pay for the RM300 fine tu. that's fine by me tapi bila dia mintak gantirugi yang aku marah tu. ko langgar aku, aku kena bayar plak? jadi kitorang ber-kem la kejap kat balai polis pasal nak setelkan hal ni. dia mintak RM100, pastu naik RM130. i said to him, if you want to settle this, i can only give you RM50 max. no more. dia tak nak so i called my dad.....

and got scolded  by him! tengok....aku dah agak mesti aku jugak yang kene marah ni. tapi takpe, at least dia cakap dia nak datang. yaay!aku cakap dengan mamat Pakistan tu, you tunggu sekejap. PAK I NAK DATANG.

which was a good move i think, tak lama lepas tu dia datang kat kitorang and said, he'll settled for RM60. but by then my dad was already on his way so tunggu je la. my dad datang bawak jiran/sedara aku sorang. pergh gaya macam gengster plak aku tengok. datang-datang je mintak tunjuk IC & pasport segala. haha....diorang masuk balai and pung pang pung pang apentah (aku tak masuk pasal aku malas nak join man-to-man discussion. kononnye la. sebenarnya aku malas nak jalan). after a while, abah datang & cakap we just have to pay RM50. so aku bayar la guna duit Along dulu pasal i'm RM20 short. ala gua duduk kampung manala ada bawak duit banyak-banyak dalam purse. bukannya ada shopping mall pun nak menyinggah kat sini.

lepas bayar, semua orang balik & habislah cerita.

aku sebenarnya takde la nak marah sangat. aku tengok, mamat Pakistan tu pun jenis yang ada bahasa orangnya. cuma ye la, dah tak salah nak kena bayar pulak. duitt tu...sayang tau....anyway, bumper aku pun dah calar, lampu belakang pun retak sikit. pakai duit jugak tu kalau nak repair. so i'm gonna leave it like that buat sementara ni. kalau tak perati betul-betul tak nampak kut. rasanyela....

the good thing is, my sis said she'll pay me back. ceh, ade duit rupenyer.....selamat RM50 aku. haha....


ni la dia kereta yang melanggar tu. haihhh.....

orang kata, any experience, is a good experience. eh ada ke orang kata? kalau takde, anggap je la ade ye. takpela ini semua pengalaman berguna. akan datang kalau terjadi kat aku ke, ada jugak bayang-bayang ape yang patut aku buat. Along cakap, the right thing to do is to take the picture after the accident & jangan alihkan kereta tu. betul ke? kalau betul, ok, lepas ni aku tau la.. 

akhir kata, 

TERIMA KASIH, ALONG! JASAMU DIKENANG =P

TERIMA KASIH, ABAH! JASAMU PUN DIKENANG JUGA. hehe...



p/s: pandai jugak aku negotiate ek. buat-buat garang, padahal kecut. muahaha...



update 10 pm
tengah dinner kat rumah tadi, gua sentap bila my mom tiba-tiba cakap, with a very sarcastic tone, whether aku senang hati kalau both my sis (yang drive tadi, and the one with her), die. fuhh...sentap siutt. the thing is, sepatutnya adik aku amik aku kat pekan tadi instead at my work place. tapi tadi sebab hujan, aku malas ler nak naik bas. lagipun dari pekan tu ke tempat kerja aku tak sampai pun 10 minit. nak jadi cite, masa adik aku nak keluar dari bengkel kereta tu la she had that accident. aku balas balik, aku kata if i'd known benda tu nak jadi, aku pun takkan suruh la diorang amik aku (apa ingat aku tak sayang ke adik-adik aku?). sob sob...apekah tuduhan itu? sangat tidak adil pada aku. hilang selera makan aku tau. tapi disebabkan tak nak membazir, aku habiskan jugak nasi lagi suku pinggan tu. menangis pulak nasik tu karang. aku ingat nak merajuk, tapi lepas tu dia cakap macam biasa plak dengan aku. aik? kensel la merajuk gini..

it's to be expected la kalau kena marah dengan abah. he's like that. but mom? it was traumatic for me too. and I've already feel guilty to begin with. tapi aku paham la, she's a mom. risau-risau aku, risau lagi dia ye tak?

Sunday, December 4, 2011

Skip Beat Promo





tak tau nak ketawa ke nak menangis. buttttt....Donghae's looking good here (hehe). so did Siwon but dia tidak menyerupai Tsuraga Ren macam dalam manga tu. so adalah sedikit spoilt for me (because i'm a hardcore fan. supposedly?).

the girl, well the girl....gua tak ada komen lagi. maybe later.



kalau cerita ni korea buat kan bagus. haihh kenapela Taiwan yg buat.....

Sunday, October 9, 2011

Rendang daging


as promised.... 



RESEPI DIAMBIL DI SINI

Note that resipi di atas adalah untuk 1kg daging. yang aku nak buat adalah 1.5kg. jadi aku tambah la bahan-bahannya accordingly. 



aku replaced santan kelapa dengan santan kotak because i'm health concious. haha...banyakla aku punya health concious. yang sebenarnya aku malas nak kopek & parut kelapa. kalau korang rajin, by all means, gunalah santan kelapa yang asli. hasilnya memang akan lebih baik. dia punya manis santan tu, dia punya lemaknya, memang terbaik. kerisik pun sama. kalau rajin buatla sendiri. kalau beli & tak bernasib baik, dapatlah kerisik yang kurang kualiti (like the ones i bought). bau macam ada sedikit tengik, rasanya pun macam ada pahit-pahit gitu. tapi because sayang nak buang, so.....


nak tumis tu jangan lupa cili kering ye..aku tak amik gambar pun sebab cili kering gua punya adik dah siap blend-kan semua *good girl*

bila dah naik bau tu masukkan la daging ye. pastu masukkan air. banyak mana tu, sampai daging empuk la. you know the drill..





okeh, siap dah rendang aku. amacam, gempak tak?


resipi ni yang uniknya pada aku ialah penggunaan rempah kurma tu. i've my doubt, initially. sebabnya aku memang tak suka makan ayam kurma ke, daging kurma ke, etc, etc. sebelum ni kalau masak rendang memang tak pernah letak rempah apa-apa. the first time aku guna resepi ni plak (masa aku buat 'the-partially-open-house' masa raya itu ari), aku guna rempah kari pasal rempah kurma tak ada pulak kat rumah. tastewise? dua-dua pun sodap. it's just that kali ni aku rasa aku terletak terbanyak pulak rempah kurma so jadi macam pekat sangat pulak. kalau untuk 2kg daging memang sedang elok kut.


aku nak masak nasi himpit, tapi adik aku kata tak payah. so we ate it with....


the good ol' nasi lemak. Yumss!!

Friday, October 7, 2011

in full bloom

6th October 2011,  9.37 pm.
 
7th October 2011,  3.44 am.

7th October 2011,  7.01 am.

7th October 2011,  7.04 pm.




BUNGA CINA.

I.LOVE.THE.SMELL.

Tuesday, October 4, 2011

awww.....



too cute...

kisahnya : mak dengan ayah bergaduh pasal afiq (who
did something wrong at school. but nothing too serious)
 and....

you know the rest of the story.

 this is the kind of thing that makes me
wanna have children on my own ;P

ada sekali, i had a fight with mom (i was six, maybe),
and i wrote this letter about how nice it is to be
my neighbor's daughter (mom's friend). in a hurry, i left the
letter in a shoe. but my Along boleh terjumpa pulak
surat tu & she kept making fun of me, and my
mom pulak boleh tak layan aku hari tu.
urghh menyesal beb, menyesal....

anyway, mak Afiq is now 7-weeks pregnant.
she said dia tak kisah dengan jantina of the baby.
but i hope she'll get a daughter because she
already had 3 sons. i mean, don't you wanna know
if she'll look like you?


I KNOW I WOULD!

Friday, September 30, 2011

Last season...& how it ended

in anticipation of the new season of (loads of)  the TV series that I've been following, let's recap what happen in last season finale.

warning, contain spoiler!



Fringe, season 3 finale

Peter entered & activated the doomsday device & find himself 15 years in the future. though the parallel world destroyed, the other world continue to disintegrate.

in the end, after convincing the two sides to work together to try to repair the damage to save both universes, he suddenly disappears, forgotten, like he never existed.


The Mentalist, season 3 finale

O'Laughlin was Red John's mole (which mean his feelings for Van Pelt is a scam. say what?? they even planned to get married!). anyway, he was shoot to dead. and then Jane shot a man who claimed he's Red John. but was he really?


Nikita, season 1 finale

Alex shot Nikita - actually a hoax - Nikita's alive. Percy tried to take over the CIA - failed. Michael - trapped in division - sets fee by Birkhoff. Amanda removed Alex's tracker device.

will Amanda & Alex work together?




Supernatural, season 5 finale

Castiel removed the wall in Sam's head. Sam battled against himself in his head. will Sam recover?

Castiel, enriched with new power, claimed to be God. is that a bad thing, or good thing?


The Vampire Diaries, season 2 finale

Damon, is in his deathbed after being bitten by a Tyler (werewolf). in desperate attempt to save him, Stefan turned to Klaus, who gave him his blood (the cure, obviously) but not without a condition.

Damon's saved - Stefan left Mystic Falls with Klaus.

and oh, Jeremy can see dead people. specifically, Anna & Vicki.

creepy...


 **************************************************

i'd love to continue, but me, being a lazy ass, it'll probably took forever. so I'm gonna stop here. mind you, I've wrote this since last week and still cannot finish. all the series are on the 2nd episode already.

by the way, I've watched Revenge and i must say i loved it. can't wait for the next episode.  

(pssstt...for a moment there, i've fell in love with Jack Porter ! haha...)


i've also watched The Secret Circle and i think it's promising (magic is always amusing). and John Connor (haha. it's Thomas Dekker actually), is still a cutie. like!


as for the anime, Natsume Yuujincho's 3rd season, Natsume Yūjin-chō San, ended beautifully. the warmness just filled my heart. i even cried! i heard that there's gonna be a fourth season (yaay!!) so i'm really looking forward to it.



ok let's end this. tata everyone!

random #5 : muka tak cukup tido memang macam ni la


"tok, saya datang ni nak menuntut ilmu kebal...."

4th august 2011
6.06 a.m



**2 drafted entries on hand. waiting for inspiration (^_-)

Sunday, September 25, 2011

my internet experience

i've been using the internet for:

i) e-mailing friend
- Hotmail was the first. now I'm loyal with YahooMail (got three). Gmail i have, but never really use.

ii) education purpose
- copy paste was the secret to high mark. haha..

iii) MIRC
- been an addict about a year and then completely stop. don't even remember how to use it anymore.but it's where i met some amazing friends so I've really fond memories.

iv) downloading songs
 - dial-up was such a pain. horrible, horrible experience. never again....

v) www.kawanaku.com
- just to connect with old friend. what's my password again?

vii) friendster.com
- i've lost everything stored there. including my first blog. friendster suck!

viii) blogger.com
- my second blog  ^_^

ix) downloading anime
- after switching to broadband. but not until years on dial-up suffering

x) downloading movies
- used to be via torrents. but then switched to direct download

xx) watching youtube

xxx) downloading TV series. lots & lots of them.

xl) facebook.com - aren't we all? what's with the new layout?



ok. pretty much in that particular order.


thank god I'm not much of a gamer or else I'll be stucked to the internet 24/7.


just to share, this is the link to my usual donwload sites:


http://www.cyber12.com/
http://animestash.info/
www.syok.org/
http://eszacktvseries.blogspot.com/
http://www.mediafiremovie.org/
www.mangatraders.com


they pretty much got everything i need. from animes, movies, k-drama, j-drama, tv series (including Malay ones). the last link is where i download my Skip Beat manga.



anyway, if you have other recommendable site, do share.


now excuse me, i got Transformers:Dark Of The Moon waiting..

Thursday, September 22, 2011

random #4


si kecik yang menganggu jiwa raga saya kebelakangan ini. 
the third one berkaler all black. jatuh dari bumbung petang tadi.
juga saya kembalikan kepada mummy.
I've met all three so saya agak berpuas hati.
 ye la, your mom took you away when you're about two days old.
seeing you guys sihat sudah cukup buat saya senang hati *love*

si kecil ini pula, saya sudah bercadang mahu membela dia.
i can take care of one kitten. i think!
dia adalah jenis yang friendly.
kesana-kemari mengekori ahli keluarga saya.
2,3 hari ni, kalau dIa masih hang around di sini,
akan saya mandikan wangi-wangi.
just you wait...


cousin saya bernikah pada 16 september 2011.
ya, lepas ni senang nak celebrate anniversary. 
sungguh 1 Malaysia!

tema hijau kah?
pelamin memang gorgeous. i loike..

tapi perkara paling hilarious pada hari itu ialah....
against all odd, these two were wearing the same (pattern) baju kurung.
ok to be fair, kaler tak sama la. one was blue (the left one, my along),
and one was black (the right one, my cousin).
kalau saya la, mesti tak sabar-sabar nak balik =P

ini adalah my Along darling daughters.
my god they were handful!
but they are also adorable walaupun selalu buat
auntie pusing. especially yang hujung belah kanan tu.
sungguh rebellious. geram i tau!
the one at the left look exactly like me masa i kecik dulu.
adakah bila dia besar akan serupa saya juga?

ini adalah sesi makeover untuk mereka berdua ni.
because they were wreaking havoc in my room, this was the only way
to silence them. suka sangat diorang ni
pakai lipstick. siap request nak kaler merah. hihi...

and this is me yang sibuk nak tumpang camwhore.
sengaja pakai red-coloured lipstick pasal nak
layankan kepala bebudak ni. macam mak lampir ko!
(although i picked the one picture yang tak nampak
saya macam mak lampir sangat. hehe)


sekian random post kita pada hari ini.

Monday, September 5, 2011

of engagement

#1
ada sorang budak kat office ni. she used to tell me about her worries of not having a boyfriend. oh scratch that, she has someone but that someone tu agak membosankan. i can understand la why she wanted to tell me despite not being very close to her. it's because I'm older (5 years older ada kot), and i'm also boyfriend-less. [dalam bahasa kasarnya, i'm more pathetic than her].

selain dari alasan di atas, i think it's because I'm gifted with this look (sympathetic/kind/understanding look) yang selalu buat orang nak bercerita masaalah dengan aku. annoying, really...

oh don't worry, i don't find myself pathetic. at least, not at that level. i personally think a woman shouldn't let a man define who she is. i mean, it shouldn't make you any less special if you didn't have a boyfriend/husband. YOU ARE WHO YOU ARE. dalam kes budak ni, she's too bothered dengan kawan-kawan dia yang mostly kawen awal. kalau duduk kampung, this is to be expected. kawen awal adalah mindset orang-orang kampung. but this girl bukannya tak ada education. it annoys me when she adapt herself to that kind of mindset. especially when she's still young...

anyway, that girl got engaged last Saturday. wow...i don't know why she kept that from me. takut aku terasa ke PASAL AKU DAH TUA TAPI BOYFRIEND PUN TAKDE?? ceh aku takde rasa apa-pun. jodoh masing-masing la kan...

apa-pun aku tertanya-tanya jugak, adakah dia bertunang dengan mamat yang dia kata membosankan tu?



case closed.



#2
my older sister also got engaged raya ketiga itu ari. with a guy waayy younger. i don't remember his age but i think he's at least 4 years younger than me. at least! honestly speaking, getting to marriage stage is gonna be hard. my sister tu, walaupun umur dah lanjut, perangainya mengalahkan adik aku yang tingkatan satu. terlalu childish! so i hope this guy boleh bertahan la. please la biar dia bertahan. tak dapat aku bayangkan if it doesn't work *horror*



#3
and me? when will i get engaged?

jalan masih kabur lagi la kawan....gotta find a boyfriend first...haha....

Saturday, August 27, 2011

menjelang hari raya...[update]

semangat nak cuti raya

5 minutes before siren balik. poyoss...

believe it or not, aku sebenarnya demam. tapi gaya memang
tak nampak macam demam pun. balik rumah terus flat. took a 
panadol (aku dah raya dulu, excuse me) lepas tu terus baring & berselimut 
tanpa bukak kipas ke apa. my inside is burning tapi aku rasa sejuk.
lepas dah peluh-peluh sikit ni aku ada rasa sikit baik la. and then i googled
and found this :
ok, pengalaman aku dengan home remedy memang la kurang menyenangkan.
i've tried putting on bits of garlic in my nose hoping to cure my selsema.
i didn't know it'll burn!
lagi satu, guna air garam to cure sakit tekak.
pedih bodoh! and it didn't work.
both home remedies doesn't work melainkan menambahkan sakit ati aku je.
but, i'm desperate here. panadol doesn't seem to work and it seems easy enough.
and so....
yeah, that's onion in my stoking. forgive the kain batik and all..
aku baru pakai less than an hour. don't know if it'll work.
but aku ada rasa sikit senang, tak pasti because of the panadol, 
or the sweat or the onion.
i'll tell you later!

till then, Selamat Hari Raya kawan-kawan.
siapa yang nak balik kampung tu semoga selamat pergi dan balik ok.
chow!


UPDATE
The onion didn't work. i still have fever the next day (today)
walaupun i wore it sepanjang malam. tapi, i think it did help to alleviate the pain.
i mean, did i tell you my body aches all over? masa pakai tu memang rasa
sakit badan tu berkurang la. plus, it gave off this comfortable
feeling yang aku tak reti nak describe.

apa-pun, lepas telan 2 biji panadol petang tadi, my body started to
sweat profusely and now i think i'm all better. still have the selesema though. and
semua makanan berasa payau. tapi itu biasala tu kan....

aku rasa selsema aku ni tak berapa teruk. harap-harap takde la masa raya
nanti kerja aku mengelap hingus je. urgh.....

Wednesday, July 27, 2011

I thought i've sorted it out. My feelings.


but did i?


Sunday, June 26, 2011

Anime Recommendation

Disclaimer : provided that we have the same taste =P

Must Watch**

1) Ouran High School Host Club**
2) Fruit Basket**
3) Saiunkoku Monogatari
4) D-Gray Man
5) Kaichou wa Maid-sama!
6) Inuyasha
7) Kaze No Stigma
8) Death Note
9) Code Geass
10) 07-Ghost


Ongoing

11) Fairy Tail
12) Ao No Exorcist

and the usual, Naruto & Bleach.


semalam ada orang kata muka aku ialah muka suka tengok movie romantic @ yang ada handsome boy. but i said, I'm not really into movies (although what he said was sort of true. hehe). aku lagi suka tengok Anime/TV series. and then mamat tu kata, masa dia muda dia suka tengok cerita yang ada pretty girls. but now bila dah kawen & ada anak, dia lagi layan action movies and cartoons.

well, eventually people change, right? maybe someday i'll change too..



______________________________________________________________

03/07/11

wah aku dah terlupakan satu anime yang pada aku sangat epic. it's GINTAMA! it's the most ridiculous anime I've ever counter. ridiculously stupid but highly entertaining. do watch!


Thursday, June 23, 2011

ramalan cuaca

aku rasa cuaca yang sekejap panas, sekejap mendung, sekejap ribut ni membuatkan aku pun rasa sekejap happy, sekejap marah, sekejap sedih.

sekian terima kasih.

Thursday, June 16, 2011

Emo

tadikan...tadi...aku bergaduh dengan Sepet. actually bukan gaduh la. tapi aku teramat la marahnya sampaikan bila aku teringat muka dia je hati aku jadi berbara-bara. pasal apa aku marah tak perlu la aku cerita. cukupla kalau aku kata aku rasa sangatla tertipu dengan kata-kata manis dia. chewahh..drama queen plak. i trusted him & this is how he repays me?

oh ya, ini langsung tidak berkaitan dengan cinta or perasaan. just so you know...

dipendekkan cerita, he kept calling me tapi aku tak angkat. aih orang tengah marah mana ada mood nak dengar dia bercakap ye tak? so i SMS la cakap yang right now aku akan bertambah marah kalau aku bercakap dengan dia. meaning, tunggu la aku sejuk dulu kan... aku ingat dia paham la. sekali dia reply kata okla lepas ni dia tak kacau aku lagi. siap berjanji lagi. i was like, WTH?

oh man, is he a woman or what?

so bla bla bla...(pendekkan cerita lagi)...aku masuk office nak photostat & dia datang pada aku, explaining things. ikutkan hati aku tak nak dengar TAPI AKU NAK GUNA MESIN PHOTOSTAT NI TAKKAN NAK LARI KUT? urghh terpaksa la aku dengar. abis dia cerita tu, dia pandang aku, dengan muka yang bajet aku paham la. sekali aku cakap...

DAH? ITU AJE?

lepas tu aku blah. wawawa...tu la, aku cakap degil...taknak dengar...kan dah bengang...tapi lepas tu aku rasa bersalah la jugak. aku SMS, aku kata terima kasih sebab bagi penerangan kat aku tapi buat masa sekarang aku tak boleh terima alasan dia. because i was very disappointed with him..

pergh siap berterima kasih tu. betul-betul berhati mulia la aku nih..

sebelum balik aku pergi membuang. pastu kat office tetiba berasa mood lebih baik. macam dah tak marah. haha. mungkin all the negative energy tadi dah termasuk sekali dalam sisa kumbahan aku. so sekarang aku dah ok. tapi tengah fikir lagi apa hukuman aku nak bagi kat si sepet ni. he can't get away after making me angry kan? LIFE HAS TO BE FAIR. right?

kesimpulannya, bila aku tengah marah, just leave me alone. cukuplah aku tau how sorry you are. tak payah nak desak-desak aku nak maafkan kau time tu jugak. ingat aku ada switch on off apa? nanti aku dah cool aku pandai la cari kau. bukan apa, lagi ko pressure-pressure aku, lagi marah aku jadinya. takut aku tercakap apa-apa yang hurtful pada kau. aku pun tak suka la kalau jadi sampai camtu sekali.

ok? paham kan anak-anak?

Sunday, June 12, 2011

Wednesday, May 11, 2011

randomness

fndrocka :
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.. =)

oh tetiba aku berasa sentap dengan pernyataan ini. aku rasa aku belum cukup baik untuk senyum & berharap orang itu bahagia. CAN YOU?

atau mungkin cinta aku tak cukup sejati. haha..or maybe it's not love after all...



OMG OMG OMG...baru dapat tau Skip Beat punya live action WILL NOT be played by Jerry Yen & Ariel Lin. DO YOU KNOW HOW THANKFUL I AM?? the first time i heard that there will be an adaption of this manga/anime, aku sangat happy. until i found out about the casts. i was very disappointed because Jerry Yen is soo kayu & Ariel Lin pulak aku tak kenal. duh, i won't be bothered to watch this. But now, i am out of the world happy sebab the leading role dah pun bertukar kepada.....jeng jeng jeng....

SI WON & DONGHAE
!!!!! and Ivy Chen. granted, i don't even know who's Ivy Chen. but who cares? Si Won & Donghae adalah my two favorite boys from Super Junior. I absolutely looooveee them. ah I'm in heaven. can't wait!



kakak tu tanya, adakah aku akan wish happy birthday to LAN, WAN, MAN (the three guys in my office) when it's their birthday. i said, kalau dia jenis yg kecoh2 mintak hadiah or suruh wish, i will not. because I'm twisted like that. haha..

Thursday, April 21, 2011

plus 8

Petang tadi....


aku : apa ko panggil aku?

dia : miza? ima?

aku : woii..miza tu ko buang M-nya. Iza la..

dia : ohh...iza. umur ko berape ek?

aku : la ituhari kan ko dah tanya aku lahir tahun berapa.

dia : eh ada ke? takde lah... ko 21 kan?

aku : *senyyyuuuuuum* a'ah. 21 tu ko tambah 8.

dia : 29?? TIPU!! tengok punch card..

dia : 1982....EH BETULLA!!




tell me, isn't life wonderful?

Tuesday, April 19, 2011

Analisa

tetiba aku rasa ada mood nak menulis panjang. so here goes...


aku rasa aku ni bukanlah jenis orang yang suka menghukum. yang tiba-tiba je boleh tak suka orang just because you don't like them. ye, memang aku ada first impression untuk orang-orang yang aku baru kenal. but i don't actually berpegang pada-nya. i mean, manusia ni jenis yang beremosi. bergantung pada emosi dia (atau kau), you may hate them or like them.

tengokla nasib kau (atau dia) baik atau tak...

Kakak Kawan Baik 1 (KKB-1), punya banyak orang yang tak suka dia dalam office. she doesn't/couldn't get along with the rest of the girls. jangan tanya aku kenapa. you know how (mean) girls can be. if you're not in the group, you're basically an outcast. but she gets along just fine with me. and aku, walaupun tak rapat dengan the rest of the group, tak pernah pulak ada masaalah dengan diorang. technically speaking. buttt, i am not in the same office with them. so i don't know who's on the wrong here. tapi sepemerhatian aku, dua-dua pihak pun ada sesuatu yang perlu diperbaiki. as for me, malaslah nak masuk campur hal rumah-tangga orang. korang nak gaduh tarik-tarik rambut ke, ape ke, lantak la. as long as I'm happy *selfish*

 KKB-1 selalu cakap dia tak minat nak cakap pasal orang. walaupun begitu, on some occasions dia akan mengumpat juga. haha. aku la yang jadi tukang dengar. isk isk...tak pasal-pasal menambah dosa. one day ni dia bercerita pasal a girl in her department yang telah meminta tolong a guy in another department untuk siapkan kerja dia. so i said, Quote : dia dah terdesak kut. tu yang mintak tolong bestfriend dia. but KKB-1 cakap, kalau terdesak pun, kenapa x nak mintak tolong kawan-kawan satu department?

sebab aku malas nak argue, aku senyap je la sambil dengar dia mengomen-ngomen. guess what, a guy in another department tu ialah si Chinese in my previous post (will be renamed as Sepet, as inspired by Gedh), and that girl is a Malay colleague with whom he has a shady relationship/friendship with. you see, KKB-1 tak tau Sepet & aku ialah kawan. I've never intended to tell her because i thought it's not a big deal. jadi bila dia komen tentang dua-dua manusia itu (yang kedua-duanya has a good relationship with me), i just don't know what to say.

but i did ask KKB-1 (again) pasal the relationship between those two. saja gatal.... kesimpulannya, it's still a mystery. kalau nak tau cerita sebenar kena tanya tuan empunya badan. tapi tu cerita dulu kut pasal the girl baru je kawen bulan lepas. and Sepet, well, he has a gf.

sekarang aku dah takde feeling yang serious pada Sepet. seriously! I'm done with the flirting and such. tak macho tau. stupid even. bukan apa, i have some time to think & try to figure him out. pada aku, he is the kind of guy who likes to please woman. all woman. he did tell me one time yang kawan-kawan dia mostly perempuan, and most ended-up falling in love with him. and guy doesn't really like to be his friend. and i know why. i understand why. sebab layanan dia baik sangat most girls will get the wrong idea. and i am one of those clueless girl. sadly.

in my defend, he definitely flirted with me. i didn't make that one up. adakah kau cuma menganggap aku kawan biasa kalau hari-hari tanya aku sihat ke tak? walaupun ko nampak aku hari-hari? ko tak ada kerja lain kah? none of my normal male friend ever treat me like that. OMG I'M GIVING MYSELF EXCUSES. but I'm wiser now. and too tired to think about anything else beside work. anyway, aku tak condemn la Si Sepet ni. i think being nice is in his nature. bukan sebab dia playboy ke apa. but one of these days, when i have the chance to have a real conversation with him (which is gonna be rare), I'm gonna tell him why his male friend doesn't stick long with him. he ought to know, right?

so my Sepet crush is officially over.FINITO.

on a completely different story, petang tadi anak boss cakap aku makin gemuk. wth? baru la aritu aku terperasan pipi aku makin naik (after completely disregarding my carb diet). what an epiphany... damn those sugar!

Saturday, March 19, 2011

judge me if you must, but i'm in trouble..

kisahnya begini, masa aku mula-mula masuk kerja, ada lah sedikit expectation yang aku akan bertemu jodoh di sini. ye lah, i didn't meet my 'one & only' masa belajar dulu kan. bajet masa kerja boleh cari la *laughing at myself*. tapi bila aku usha-usha, hampeh. there's not that many MALAY guys around. Banyaknya Chinese (pasal the owner is Chinese). yang Melayu tu pun, pakcik-pakcik. so no, takde harapan la nak cari pakwe ke ape. I'm doomed :-((

there's this Chinese guy that i thought pretty cute. but i poked around & found out that he has a gf (and a mysterious past relationship/friendship with a Malay colleague). so i let go. wah kenot play with fire la. dangerous!

it's been a few months now. and my life has been pretty normal. recently, just recently, he (that Chinese guy) started to came by my office more often. yes, memang dia datang sebab dia ada urusan dengan supervisor aku. but sambil tu, sikit-sikit he started to flirt with me. it started small but now it's escalating. dia macam bergurau tau but gurauan dia memang semacam. tak tau la sebab dia bukan melayu ke jadi gurauan dia macam janggal. i mean, orang lain pun selalu jugak bergurau dengan aku, Chinese jugak, but not like him. aku memang layan tak layan la (selalunya buat donno je) but still, he didn't stop. makin menjadi-jadi ada la!

so one day he asked for my number. yang sebenarnya aku memang tak nak bagi. tapi bila dia cakap, nak kawan-kawan saja & work related, i fell for it. takkan tak nak bagi kut nanti dia ingat kita perasan dia nak mengurat kita. and my work did involve him. he started texting & believe me, it's not about work. memula tu macam harmless la jugak so aku layan la. i am a pretty lonely soul after all *haha*. almaklumla kawan-kawan jauh. kawan-kawan baru mostly older @ younger. but he's about my age & i kinda miss having friend around my age. plus, he did has a reputation as a nice guy. there's no reason to doubt him, isn't it?

but when he started to talk about falling in love, i have reason to doubt him now, haven't i? kalau dia cakap he's fallen in love with me takpe jugak kan. but he's hinting that I AM THE ONE who's fallen in love with him. apekah? permainan apekah ini? sedangkan yang keep texting me, calling me, talking to me, is him. kenapa jadi terbalik pulak?

him : dpt rasakan u sdh jatuh cinta pd i. haha~

aku : perasan :-P i x senang jatuh cinta la. plus i x kacau bf orang. i orang baik tau...

him : tahu~ mungkin u sdh jatuh cinta pd i u sendiri pun tak tahu :-P

aku : .........*mati akal*


ok tolak semua tu ke tepi. to be honest, i do like him. like A LOT. because i've liked him before semua perkara aneh ini berlaku. and kalau la aku tak mengingatkan diri sendiri yang dia dah ada awek, i would totally, definitely fall for him. but all I'm doing now, all i can do, is dodging him wherever i go. and pretending not to see him, which I'm an expert ;-) but he's always there. Always. watching me, provoking me at every chance. I'm seriously going crazy over here.

the thing is, aku rasa benda ni berpunca dari aku tau. one day aku ada hantar satu document ni pada dia. he was sitting and aku berdiri depan meja dia. lepas dia sign document tu, he looked at me and smiled. i was a little stunned because i thought he was so cute. and then i smiled back. tapi senyuman aku tu was more like a smile of embarrassment (i almost laugh actually). at that moment, i was like an open book. he could totally read me.



well, I BET HE DID...


flirting with him is fun. tapi ada la jugak yang tak bestnya. sebab it is odd (if not uncomfortable) working with someone you see...err... romantically. lagi satu, he lacked in communication. with Mr.J (my previous crush), the conversation we had was more witty, enjoyable (for me, at least). tapi dengan dia ni, i need to be careful with my words sebab he doesn't really understand Malay that much. or English. so aku kena buat ayat yang sepadan dengan peguasaan Bahasa dia. bukankah itu kurang menyeronokkan?

and so i'm troubled. as i tweeted...



sebagai peng-akhiran....





yes i'm in troubled.. but I'm gonna enjoy this trouble till it last (^_^)

Tuesday, March 8, 2011

random

ketahuilah bahawa benda yang kau nak sangat are mostly the ones that you can't have.

nafsu je semua tu.

macam aku kadang-kadang nak sangat makan KFC, boleh siap terbayang-bayang lagi. meleleh air liur. tapi bila ada kat depan kuit-kuit sikit je dah cukup. dah jemu...



sekarang ada rasa nak makan McD la. ada tak sesiapa yang nak belanja?

Sunday, February 13, 2011

Funny Dream

semalam aku berjaya khatam Secret Garden setelah 2 minggu. it was great although aku mengaku aku forward some scenes gara-gara nak habiskan cepat. aku still tak berapa minat Hyun Bin tapi akhirnya aku faham kenapa.

it's his hair. i don't know why but i hate it.

and Ha Ji Won is the prettiest when she's angry. haha...

at the last episode, Oska ada mention 2PM and Beast. kalau tak silap, on earlier episode UEE was mentioned by someone. i like that. macam free publicity for the artists. and as a result, aku boleh termimpi 2PM malam tadi. you should know that i'm a huge fan, right? aku mimpi diorang buat concert & i was there with Isti & MummyMimie (why those two? i had no idea). the best part was, they invited me to stage. they were singing for me on stage. wah!!!

what funny was that, they were 2PM but they weren't. i mean, MUKA LAIN dowh. like lain sangat-sangat. and the only name i remember was Chansung. and the only face that's right was Nickchun.

Chansung, Junho, Wooyoung, Junsu, Nichkhun, Taecyeon

it's a ridiculous dream, i know. but it was fun while it lasted. sebab aku bangun dengan rasa happy & kelakar. bolehla...dalam mimpi pun jadilah. walaupun muka ntah muka sape-sape, at least they sang for me.

mimpi pun mimpi la....

Saturday, February 12, 2011

SEKALI AIR BAH, SEKALI PANTAI BERUBAH

peribahasa yang takde kena mengena..


because i took hundreds of pictures, it's gonna take times to separate them all (for you to see). and because i'm not very motivated to finish it in one go, here's 2/3 of the picture. i'm gonna put the other 1/3, the AFTER picture when i...err..feel like it? no promise.it's a little too much (picture) to put in one post anyway.

here's the BEFORE and DURING pictures. click to enlarge.