Thursday, June 16, 2011

Emo

tadikan...tadi...aku bergaduh dengan Sepet. actually bukan gaduh la. tapi aku teramat la marahnya sampaikan bila aku teringat muka dia je hati aku jadi berbara-bara. pasal apa aku marah tak perlu la aku cerita. cukupla kalau aku kata aku rasa sangatla tertipu dengan kata-kata manis dia. chewahh..drama queen plak. i trusted him & this is how he repays me?

oh ya, ini langsung tidak berkaitan dengan cinta or perasaan. just so you know...

dipendekkan cerita, he kept calling me tapi aku tak angkat. aih orang tengah marah mana ada mood nak dengar dia bercakap ye tak? so i SMS la cakap yang right now aku akan bertambah marah kalau aku bercakap dengan dia. meaning, tunggu la aku sejuk dulu kan... aku ingat dia paham la. sekali dia reply kata okla lepas ni dia tak kacau aku lagi. siap berjanji lagi. i was like, WTH?

oh man, is he a woman or what?

so bla bla bla...(pendekkan cerita lagi)...aku masuk office nak photostat & dia datang pada aku, explaining things. ikutkan hati aku tak nak dengar TAPI AKU NAK GUNA MESIN PHOTOSTAT NI TAKKAN NAK LARI KUT? urghh terpaksa la aku dengar. abis dia cerita tu, dia pandang aku, dengan muka yang bajet aku paham la. sekali aku cakap...

DAH? ITU AJE?

lepas tu aku blah. wawawa...tu la, aku cakap degil...taknak dengar...kan dah bengang...tapi lepas tu aku rasa bersalah la jugak. aku SMS, aku kata terima kasih sebab bagi penerangan kat aku tapi buat masa sekarang aku tak boleh terima alasan dia. because i was very disappointed with him..

pergh siap berterima kasih tu. betul-betul berhati mulia la aku nih..

sebelum balik aku pergi membuang. pastu kat office tetiba berasa mood lebih baik. macam dah tak marah. haha. mungkin all the negative energy tadi dah termasuk sekali dalam sisa kumbahan aku. so sekarang aku dah ok. tapi tengah fikir lagi apa hukuman aku nak bagi kat si sepet ni. he can't get away after making me angry kan? LIFE HAS TO BE FAIR. right?

kesimpulannya, bila aku tengah marah, just leave me alone. cukuplah aku tau how sorry you are. tak payah nak desak-desak aku nak maafkan kau time tu jugak. ingat aku ada switch on off apa? nanti aku dah cool aku pandai la cari kau. bukan apa, lagi ko pressure-pressure aku, lagi marah aku jadinya. takut aku tercakap apa-apa yang hurtful pada kau. aku pun tak suka la kalau jadi sampai camtu sekali.

ok? paham kan anak-anak?

Sunday, June 12, 2011