Monday, December 19, 2011

Hari yang panjaaaang sangat.....

so i drive an old car. a 1998 kancil. buruk ke, lama ke, bukan masaalah pada aku. janji ada bumbung & boleh gerak kan. tapi sedih jugak la, pasal asyik meragam je. bila meragam, duit pun melayang-layang-layang la T_T. daripada tayar pancit, ke air-con rosak and this morning, driver shaft plak bermasaalah.

 i was driving out of petronas, sekali je ada bunyik 'ketuk', like i hit something. aku berhenti, tengok-tengok ok je semua. bila aku jalan balik tu, dalam 10 seconds, i felt like macam ada benda putus ke (or patah. couldn't tell). lepastu kereta rasa bergoyang. aku pun apelagi, terus berenti tepi jalan & keluar selamatkan diri. wa tatau apa okeh apa masaalahnya, baik wa lari dulu sebelum apa-apa.

haha...drama betul.

called my dad, he picked me up & sent me to work. lepas tu panggil orang repair. dah melayang RM200 arini. just like that. urghh...sengal betul gua rasa. but ini ok lagi. drama selepas ni lagi hebat. jeng jeng jeng...

petang tadi, my sis sepatutnya amik aku by 5 o'clock, give or take. sekali je sampai pukul 5.40 tak sampai-sampai lagi. so i texted her. sekali je dia called cakap dia accident plak.

 i was like, SHOCKED. terperanjat mak, okeh!

tanya-tanya, dia ok je, kete pun cuma bumper belakang je calar sikit. but the person yang langgar dia tuh (yes, dia kena langgar, bukan dilanggar) mintak ganti rugi plak pasal dia punya passenger door kemik. apekes?? dah langgar orang, tak ngaku salah, lepastu berani plak mintak ganti rugi?? GRRRR..hangin aku dibuatnya. lagi hangin sebab orang tu ialah orang Pakistan. haihhh...dah masuk kampung orang tu agak2 la kan...

yang adik aku tu pun sengal, takut abah marah punya pasal, dia tak nak telefon. so i have to call my Along instead. As a back-up. maklumla, kami ni takde experience dengan kes-kes macam ni. aku? aku sama la clueless macam dia. harapan aku, Along dah biasa bawak kereta, so she must knew something.

so the Pakistani ni nak setel out of court so we both don't have to pay for the RM300 fine tu. that's fine by me tapi bila dia mintak gantirugi yang aku marah tu. ko langgar aku, aku kena bayar plak? jadi kitorang ber-kem la kejap kat balai polis pasal nak setelkan hal ni. dia mintak RM100, pastu naik RM130. i said to him, if you want to settle this, i can only give you RM50 max. no more. dia tak nak so i called my dad.....

and got scolded  by him! tengok....aku dah agak mesti aku jugak yang kene marah ni. tapi takpe, at least dia cakap dia nak datang. yaay!aku cakap dengan mamat Pakistan tu, you tunggu sekejap. PAK I NAK DATANG.

which was a good move i think, tak lama lepas tu dia datang kat kitorang and said, he'll settled for RM60. but by then my dad was already on his way so tunggu je la. my dad datang bawak jiran/sedara aku sorang. pergh gaya macam gengster plak aku tengok. datang-datang je mintak tunjuk IC & pasport segala. haha....diorang masuk balai and pung pang pung pang apentah (aku tak masuk pasal aku malas nak join man-to-man discussion. kononnye la. sebenarnya aku malas nak jalan). after a while, abah datang & cakap we just have to pay RM50. so aku bayar la guna duit Along dulu pasal i'm RM20 short. ala gua duduk kampung manala ada bawak duit banyak-banyak dalam purse. bukannya ada shopping mall pun nak menyinggah kat sini.

lepas bayar, semua orang balik & habislah cerita.

aku sebenarnya takde la nak marah sangat. aku tengok, mamat Pakistan tu pun jenis yang ada bahasa orangnya. cuma ye la, dah tak salah nak kena bayar pulak. duitt tu...sayang tau....anyway, bumper aku pun dah calar, lampu belakang pun retak sikit. pakai duit jugak tu kalau nak repair. so i'm gonna leave it like that buat sementara ni. kalau tak perati betul-betul tak nampak kut. rasanyela....

the good thing is, my sis said she'll pay me back. ceh, ade duit rupenyer.....selamat RM50 aku. haha....


ni la dia kereta yang melanggar tu. haihhh.....

orang kata, any experience, is a good experience. eh ada ke orang kata? kalau takde, anggap je la ade ye. takpela ini semua pengalaman berguna. akan datang kalau terjadi kat aku ke, ada jugak bayang-bayang ape yang patut aku buat. Along cakap, the right thing to do is to take the picture after the accident & jangan alihkan kereta tu. betul ke? kalau betul, ok, lepas ni aku tau la.. 

akhir kata, 

TERIMA KASIH, ALONG! JASAMU DIKENANG =P

TERIMA KASIH, ABAH! JASAMU PUN DIKENANG JUGA. hehe...



p/s: pandai jugak aku negotiate ek. buat-buat garang, padahal kecut. muahaha...



update 10 pm
tengah dinner kat rumah tadi, gua sentap bila my mom tiba-tiba cakap, with a very sarcastic tone, whether aku senang hati kalau both my sis (yang drive tadi, and the one with her), die. fuhh...sentap siutt. the thing is, sepatutnya adik aku amik aku kat pekan tadi instead at my work place. tapi tadi sebab hujan, aku malas ler nak naik bas. lagipun dari pekan tu ke tempat kerja aku tak sampai pun 10 minit. nak jadi cite, masa adik aku nak keluar dari bengkel kereta tu la she had that accident. aku balas balik, aku kata if i'd known benda tu nak jadi, aku pun takkan suruh la diorang amik aku (apa ingat aku tak sayang ke adik-adik aku?). sob sob...apekah tuduhan itu? sangat tidak adil pada aku. hilang selera makan aku tau. tapi disebabkan tak nak membazir, aku habiskan jugak nasi lagi suku pinggan tu. menangis pulak nasik tu karang. aku ingat nak merajuk, tapi lepas tu dia cakap macam biasa plak dengan aku. aik? kensel la merajuk gini..

it's to be expected la kalau kena marah dengan abah. he's like that. but mom? it was traumatic for me too. and I've already feel guilty to begin with. tapi aku paham la, she's a mom. risau-risau aku, risau lagi dia ye tak?