Friday, March 9, 2012

Sharing is Caring (entri berbentuk edukesyenel)

ek eleh edukesyenel mendenye....

pejam-celik, pejam-celik, dah Jumaat rupanya. macam baru semalam rasanya aku cakap,urghh isnin..malas betul nak kerja (^_^). anyway, memandangkan hari Jumaat ada extra waktu rehat 1/2 jam, aku buat keputusan nak merepek kat sini. aku perati banyak betul entri tak berpaedah aku publish sepanjang 3 tahun berblogging ni. so hari ni aku tukar selera sikitla...aku nak merepek (masih nak merepek lagi), tapi pasal benda yang bagus sikit. siiiikiiit je, tak banyak. tapi bolehla untuk tambah pengetahuan awam sesama kita. muahaha...

actually masa godek-godek blog ni tadi, aku teringat...dulu aku pakai IE, sekali je bila baca blog si Shaggy, eh apesal tak boleh baca ek? akhirnya aku tersedar (atau disedarkan) yang MANA ADA ORANG PAKAI IE LAGI OII!! ishh ye tak ye jugak ek. ketinggalan zaman aku nih. lepastu aku beralih la pada Firefox. Setelah beberapa lama, Chrome pulak keluar. tapi aku still stick pada Firefox sampaila hujung tahun 2011. itupun sebab aku tengok adik aku yang 13 tahun tu guna. kepimpinan melalui tauladan...kot?

Chrome ni yang paling aku suka adalah sebab dia punya interface simple, tak crowded dan menyakitkan mata. the reason why Facebook adalah popular adalah sebab dia simple. seriously weh web yang banyak-banyak kaler & segala apa fungsi semua nak sumbat sampai nak load pun berejam adalah unappealing. jawabnya, alt + f4 je la.

secondly sebab boleh search directly kat address bar. convenience, right?

lain-lain benefit Chrome tidaklah aku mengkaji jadi let's leave it at that.

satu masaalah bila bertukar ke Chrome ialah, gua tak boleh download video dari Youtube. which is, APEKAH?? ape? apesal tak streaming je ko tanya? sebab, internet rumah aku lembab, streaming without buffering is almost impossible (because i'm not the only user). baik aku download, lepas tu boleh ulang-tayang berapa banyak kali aku nak tanpa gangguan. i used to use Flashgot, yang sangat best sebab boleh download video from most site, not just Youtube. but sayangnya Chrome tak support Flashgot pasal Flashgot adalah Plugin untuk Firefox T_____T

so I searched in Chrome Web Store for alternative and.....tadaa....




boleh pilih quality video yang ko nak, or even convert to MP3. terbaikkk...

apepun, kalau diberi pilihan, aku still pilih Flashgot. sebab kadang-kadang kalau aku tak jumpa link untuk download anime yang aku nak, ataupun dari Youtube, aku bukak mana-mana site yang provide online streaming, and download from there. kalau nak seribu daya ye kawan-kawan...haha..

harapan aku lepas ni akan ada orang yang develop extension semacam Flashgot untuk Chrome.


extension seterusnya yang berguna buat aku ialah....





link api semestinya link direct download favourite aku. jadi extension ini agak berguna. tapi biasanya aku guna bila nak cari mp3 je...



taip je la apa ko nak kat box tu. but pepandai la pilih keywords. 
kalau silap memang tak dapat result.
cuba lagi sampai berjaya. kalau tak berjaya, sila cari kat youtube 
pastu download as MP3 guna Chrome Youtube Downloader. hihi...



okaay next.....ini ialah extension yang selaluuuu sangat aku guna....




apa nak buat, English aku memang berterabur. sebab kamus berat nak bukak (haha), haruslah guna ini hari-hari. dulu aku suka google je for definition/words. tapi guna ini laagi senang. bukan setakat words je, you can translate the whole paragraph. and by translating, aku maksudkan untuk banyak bahasa. bahasa cine ke, jepun ke, thailand ke, aku dah try (translate komen kat Youtube wakakaka). and of course, kalau ko try translate satu ayat yang panjang, meaning dia takkan 100% betul. but bolehla kalau setakat nak paham apa kawan cina ko tulis kat status facebook dia. stalker, much? haha...

perlu tak aku cerita macam mana nak guna dia? but on second though, tak perlu la sebab senang sangat & tak mencabar minda. anyone can use it...


ok kalau orang tanya, kenapa tak guna google translate, jawapannya aku ialah....gunalah....sapa kata aku tak guna?




katalah aku nak tauuu sangat pasal The Greatest Love, ala drama korea tu, yang heronya Cha Seung Won tu...sekali aku search semua site in korean pulak.. time ni la aku guna google translate, memang berguna. boleh juga kalau nak guna Google Dictionary, tapi leceh. kalau guna google translate, ko click je akan ada option untuk translate the whole page. sekali lgi, memang translation dia tak sempurna. but it's an alternative la kan....dapat jugakla ko paham sikit-sikit...cukupla...minat punya pasal =P


rasa-rasanya itulah chrome extension yang aku selalu pakai. ada satu lagi extension yang aku guna untuk Free Download Manager aku, but tak ingat pulak apa namanya. sebenarnya ada banyak pilihan extension dekat Chrome web store tu, tapi tak rajin pulak aku nak surf satu-satu. jadi kalau korang ada guna extension yang best-best tu, janganla kedekut nak share dengan aku. 


Sharing kan caring...ye tak?


akhir kata....




aku download ni lalu tengok berkali-kali. sapa berani kata aku poyo meh aku sepak..






p/s: pembetulan, INFORMATIONAL bukan EDUCATIONAL. my bad...

Wednesday, March 7, 2012

Today's Breakfast




dah siap packing untuk bawak bekal baru teringat nak amik gambar (^_^)